Seronoknya Menginap di Rouhi Retreats, Ayer Hangat, Langkawi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengalaman menginap di Rouhi Retreats, Langkawi.

PENGALAMAN MENGINAP DI ROUHI RETREATS | Baiklah, sekarang tibalah masanya untuk aku ceritakan tentang penginapan sepanjang percutian di Langkawi baru-baru ini. Percutian selama 6 hari 5 malam di Langkawi merupakan satu pengalaman yang sangat menarik dimana 4 daripada 5 malam kami tidur dan menginap di Rouhi Retreats manakala baki 1 malam lagi kami berkhemah di satu lokasi yang aku akan ceritakan dalam artikel berasingan.

Pengalaman menginap di Rouhi Retreats, Langkawi.

Pengalaman menginap di Rouhi Retreats, Langkawi.

Rouhi Retreats merupakan sebuah lokasi penginapan yang terletak di kawasan Ayer Hangat, Langkawi. Sebuah lokasi yang aku boleh katakan agak tersembunyi, tenang dan nyaman. Masuk sahaja ke kawasan hadapan, anda akan lihat deretan rumah dua tingkat seperti kediaman berek, kemudian masuk ke kawasan rumah-rumah yang cantik dan moden dikelilingi kawasan hutan yang hijau dan anak sungai.

Pertama kali ke kawasan Ayer Hangat, Langkawi, percuitan kali ini cukup berbeza berbanding sebelum-sebelum ini. Kalau sebelum ini aku pasti akan memilih untuk tinggal di hotel, tetapi kali ini lokasi penginapan adalah di Rouhi Retreats.

PELANCARAN & PERASMIAN ROUHI RETREATS

Pengalaman menginap di Rouhi Retreats, Langkawi.

Kami juga bertuah kerana majlis perasmian turut diadakan ketika keberadaan kami di sana. Sebuah majlis ringkas dengan mengikut SOP diadakan sebagai tanda perasmian dan pembukaan Rouhi Retreats ini secara rasmi.

Majlis perasmian dimulakan dengan bacaan doa  oleh Ustaz Fidaus Ar Radhi dan dirasmikan oleh Pegawai Daerah Langkawi, Yang Berusaha Tuan Haji Saiful Anwar Bin Azmi. Antara yang turut hadir adalah Ketua Balai polis Ayer Hangat, Kapten Shah Fitri, Jabatan Pertahanan Malaysia,  Tuan Haji Mushir, Pengerusi QTT Group, Puan Akmar Samudin CEO Intermedia Production,  Encik Azry Executive Producer IM, Puan Linda Salleh LVTS Golden Travel & Tour, YM Ku Aliff Wakil Kota Mahsuri, Encik Sabri wakil Koperasi Nelayan Kubang Badak dan PakSu Khairin daripada Langkraf. Turut hadir adalah pengasas Rouhi Retreats ini sendiri iaitu Puan AR Syarifah Alawiyah Alhabshi.

Kemudian, sesi melawat kediaman dan kawasan sekitar Rouhi Retreats diadakan, membawa kami dan semua tetamu melihat kawasan sekitar kediaman indah ini. Sepohon pokok lemon ditanam sebagai tanda majlis perasmian Rouhi Retreats ini.

Pengalaman menginap di Rouhi Retreats, Langkawi.

Okay, pasti ramai yang ternantikan bagaimana keadaan sekeliling dan juga kediaman di Rouhi Retreats ini. Berikut adalah sedikit gambar dan gambaran Rouhi Retreats yang anda boleh lihat.

LUARAN

Pengalaman menginap di Rouhi Retreats, Langkawi.

Pengalaman menginap di Rouhi Retreats, Langkawi.

DALAMAN

Pengalaman menginap di Rouhi Retreats, Langkawi.

Pengalaman menginap di Rouhi Retreats, Langkawi.

Pengalaman menginap di Rouhi Retreats, Langkawi.

RUANGAN DAPUR & BILIK AIR

Pengalaman menginap di Rouhi Retreats, Langkawi.

Pengalaman menginap di Rouhi Retreats, Langkawi.

Pengalaman menginap di Rouhi Retreats, Langkawi.

Cantik bukan Rouhi Retreats ni? Sebenarnya melihat gambar sahaja tidak cukup untuk memberi gambaran penuh keadaan dan suasana di sini. Aku sarankan untuk anda datang sendiri disini dan menginap disini.

KOLAM RENANG

Pengalaman menginap di Rouhi Retreats, Langkawi.

Okay, bila ada kawasan kolam renang yang cantik, siap dengan tempat lepak dan rehat, kami pun bersarapan di tepi kolam renang dengan sedikit sesi bergambar kenang-kenangan. Penuh warna-warni. Kolam renang ini tidaklah sebesar saiz olimpik, tetapi saiznya cukup untuk berenang dan berendam sambil menikmati bunyi bunyian alam dan keadaan yang cukup menenangkan.

Berikut adalah gambar sekitar sarapan di tepi kolam renang dan penggambaran yang cantik dan penuh warna-warni.

Pengalaman menginap di Rouhi Retreats, Langkawi.

Pengalaman menginap di Rouhi Retreats, Langkawi.

Pengalaman menginap di Rouhi Retreats, Langkawi.


BAGAIMANA PENGALAMAN MENGINAP DI ROUHI RETREATS ?

Of course aku akan berikan sedikit ulasan dan review tentang penginapan di Rouhi Retreats ini. Penginapan di sini tidak seperti penginapan di hotel mewah, tetapi disini bagaikan gabungan moden dan kampung. Fasiliti dan kemudahan di kediaman adalah terbaik, tersedia pendingin hawa, katil yang selesa, bilik air yang luas, ruang bilik dan ruangan dapur yang sangat luas, peti ais yang besar.

Pengalaman menginap di Rouhi Retreats, Langkawi.

Pengalaman menginap di Rouhi Retreats, Langkawi.

Dalam masa yang sama, berada di luar kediaman anda akan rasa bagaikan berada di rumah sendiri. Dikelilingi kawasan hutan yang menenangkan serta anda dapat melihat gunung ganang dari kediaman sahaja.  Di bahagian belakang rumah pula terdapat satu anak sungai dimana anda boleh merendamkan kaki sekiranya teringin.

Alhamdulillah, cuaca dan keadaan di Langkawi pada percutian kali ini sangat baik.  Hujan tidaklah sekerap yang disangka, jadi lawatan ke tempat menarik di sekitar Langkawi berjalan lancar. Langit petang dan pagi yang sangat cantik. Kalau anda yang suka bangun awal, bolehlah melihat langit subuh yang sangat cantik.

Pengalaman menginap di Rouhi Retreats, Langkawi.

Kalau lapar dan sebagainya, boleh sahaja keluar sedikit berhadapan dengan Rouhi Retreats ini, terdapat gerai-gerai jualan makanan kampung yang murah, seperti Nasi Lemak RM1, ayam panggang dan beberapa juadah lain.

Jujur, menginap disini berbeza dengan penginapan dihotel. Persekitaran yang cantik, kediaman yang moden, bilik tidur yang luas, boleh memasak dalam kediaman. Semuanya serba lengkap. In shaa Allah jika datang ke Langkawi bersama keluarga, aku pasti akan menginap disini.

Lokasinya terletak di Ayer Hangat, Langkawi juga memudahkan kerana ia bagaikan berada di tengah-tengah pulau Langkawi. Anda boleh ke lokasi-lokasi menarik sekitar Langkawi dengan mudah. 



ROUHI RETREATS


LOKASI : Lot 679, Jalan Ulu Melaka, Ayer Hangat, 07000 Langkawi, Kedah

Untuk Pertanyaan Lebih Lanjut Hubungi :-
  • +60134323268 (PK)
  • +60182404505 (Adam Daniel)

Pengalaman menginap di Rouhi Retreats, Langkawi.

ROUHI RETREATS

#DigitalNomads #Longstay #Shortstay #Staycations #Weddings #TeamBuilding #AyerHangat #LangkawiTraveller  #QTTxLangkawi #InterMediaProduction #QTTGroup #RouhiRetreats #GengBuddiesPiLangkawi #CutiCutiBuddies #BuddiesDiscovery #BuddiesTravelogue #LADALangkawi #Langkawi #NaturallyLangkawi #LangkawiSafePlaceToGo #FT0421 

10 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Ok. Nie boleh masuk list untuk lokasi menginap dfor my next trip to Langkawi.

    ReplyDelete
  2. Boleh tahan harga per person ye. Huhu. Sekali sekala happy kan diri apa salahnya kan.

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing, this retreat seems like a perfect spot to relax in Langkawi, gotta plan a trip there soon miss the beach already.

    ReplyDelete
  4. menarik gak tempat ni, ok boleh masuk list untuk trip jjcm yahoooo

    ReplyDelete
  5. tempat ni cantik gila..ada kelas tersendiri.. best Kalau dpt bw keluarga bercuti ke sini

    ReplyDelete
  6. Serius menarik rumah ni. Luas bersih kelengkapan ada. Siap ade swimming pool. Persekitaran nampak best

    ReplyDelete
  7. Nice lah ada style homestay macam ni kat Langkawi. KAdang ada yang family besar susah nak jumpa kan.

    ReplyDelete
  8. Tapi betullah, kalau bercuti di Pulau ni faktor cuaca yang lebih di utamakan, kalau hujan, jangan kata air hangat, terus jadi air sejuk hahahahaha

    ReplyDelete
  9. aerilllllllll.. cantiknya tempat ni !!! pada akak dah habis lengkap dah semua ada.. selesa dan luas.. nanti Langkawi dah lapang sikit boleh lah kot akak singgah bercuti kat sana.. hee~

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post