Tempat Makan Menarik di Langkawi Wajib Singgah & Cuba

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tempat Makan Menarik di Langkawi Wajib Singgah & Cuba

TEMPAT MAKAN MENARIK DI LANGKAWI | Seperti yang anda sedia maklum (kalau tak dimaklumkan pun tak apa), baru-baru ini aku ada bercuti di pulau lagenda yang terletak nun jauh di utara Malaysia. Percutian selama 6 hari 5 malam ini termasuklah ke beberapa lokasi tempat makan menarik yang aku rasa patut diketengahkan untuk pengunjung datang.

Disebabkan pandemik yang berlaku, ramai peniaga dan pengusaha restoran yang terkesan apabila perniagaan tidak dapat dibuka serta jumlah pelancong yang datang ke pulau ini sangat kurang. Alhamdulillah apabila Langkawi dibuka kepada pelancong, saban hari pelancong dan pengunjung kian meningkat dan pengusaha restoran dapat menarik nafas lega degan kedatangan pelanggan yang semakin ramai.

TEMPAT MAKAN WAJIB SINGGAH BILA DATANG KE LANGKAWI


{tocify} $title={ISI KANDUNGAN}


Baiklah, terimalah senarai tempat makan menarik di Langkawi yang anda wajib singgah (tidaklah wajib, cuma sekadar penegasan dan hiperbola penulis) sekiranya anda bercuti di pulau yang indah ini.

NASI DAGANG PAK MALAU




Antara lokasi popular untuk makan di Langkawi adalah restoran Nasi Dagang Pak Malau. Terletak berdekatan dengan Kota Mahsuri, restoran ini menawarkan menu yang cukup popular di pantai Timur iaitu Nasi Dagang.

Bukan sahaja juadah yang dihidangkan sangat sedap dan menyelerakan tetapi suasana dan pemandangan di restoran ini juga sangat indah. Berlatar belakangkan sawah padi yang terbentang luas serta jajaran gunung yang indah di Langkawi ini. Jangan lepaskan peluang untuk datang dan singgah untuk mencuba menu sambil mengambil gambar kenang-kenangan di sini.

LOKASI : No. 186, Jalan Makam Mahsuri, Mukim Ulu Melaka, Langkawi, Kedah 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia


NELAYAN KUBANG BADAK CAFE




Okay, sekiranya anda menyertai Kubang Badak Bio Geotrail dimana anda akan dibawa melihat 12 geotapak menarik (akan diceritakan dalam artikel lain), aku syorkan untuk anda makan tengah hari di Nelayan KB Cafe.

Setelah penat melihat dan melawat lokasi menarik menaiki bot, mendaki bukit dan sebagainya, semuanya akan hilang setelah melihat makanan kampung yang sangat sedap. Kalau di Kuala Lumpur dan bandar pasti sukar nak dapat makanan kampung macam ni, dengan ulamannya, serta lauk beronok. Pernah makan ke tidak beronok ni?

LOKASI : Jeti Kubang Badak 07000, Kedah
HUBUNGI : 017-5097589

WARUNG UPIH IKAN BAKAR SEAFOOD 




Pantai Cenang dan Pantai Tengah merupakan salah satu lokasi tumpuan pelancong tempatan dan pelancong luar negara untuk bersiar-siar, membeli-belah dan sebagainya. Bila datang ke sini, anda jangan lepaskan peluang untuk melihat matahari terbenam dimana pendapat aku sendiri, pemandangan matahari terbenam di sini adalah paling cantik dan indah!

Okay, sementara menunggu matahari terbenam, anda bolehlah makan dan memesan makanan di sebuah restoran yang terletak di Pantai Tengah ini iaitu restoran Warung Upih Ikan Bakar Seafood. Anda boleh makan makanan seperti ikan bakar, tomyan dan pelbagai lagi. Masakan Thai disini adalah terbaik kerana tukang masaknya berasal dari sana.

Sementara menunggu makanan sampai, anda bolehlah melihat dan bersiar-siar ditepi pantai. Makan malam di tepi pantai juga adalah pengalaman yang menarik, disamping pemandangan matahari terbenam yang sangat indah.

LOKASI :  Charlie Motel, Jalan Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
HUBUNGI : Warung Upih

SELERA LUBUK BUAYA




Satu lagi lokasi malam malam yang popular di Langkawi adalah restoran Selera Lubuk Buaya. Memang ramai pengunjung yang datang makan di restoran ini sehinggakan ada yang beratur! Tarikan utama sudah pastinya juadah yang disediakan cukup lazat dan menyelerakan.

Seperti biasa bila datang ke Langkawi, pastinya anda wajib makan makanan laut yang segar. Masakan Thai, Western dan pelbagai lagi turut tersedia disini. Pengalaman aku makan disini, semua juadah yang disediakan memang sedap dan suasana makan di sini juga seronok dengan jumlah pengunjung yang ramai, masing-masing menikmati makanan yang dipesan.

LOKASI : Lot 9659 Kampung Padang Putih Jalan Pantai Tengah 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia

Jangan lupa untuk datang dan singgah ke restoran-restoran yang tersenarai ini.  In shaa Allah jika aku berpeluang lagi ke Langkawi, aku pasti akan ke restoran-restoran lain dan akan memasukkan restoran-restoran itu ke dalam senarai ini.

Sekiranya anda pernah ke restoran menarik di Langkawi yang tidak tersenarai, anda boleh komen dan in shaa Allah aku akan masukkan dalam senarai juga. Apa-apapun sentiasa jaga kesihatan, jaga keselamatan dan kesejahteraan diri anda, keluarga dan mereka yang berada di sekeliling anda.

SEKIAN

Kredit : Dboystudio | Eddy Rush |  Warung Upih | Google Image

4 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. best betul nama kedai Selera Lubuk Buaya tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa nak masuk restoran tu pun macma, wah hebatnya nama restoran :)

      Delete
  2. Thanks for sharing. Bookmark dulu. Kalau ke Lamgkawi nanti boleh try

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post