Review Filem : Small Town Heroes (2022)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Review Filem : Small Town Heroes (2022)

Apa khabar buat semua pembaca dan rakan-rakan? Alhamdulillah, kali ini aku nak kongsikan kepada anda tentang ulasan dan review sebuah filem Mandarin tempatan iaitu Small Town Heroes. Filem Small Town Heroes (2022) ini merupakan sebuah filem yang bakal ditayangkan bersempena perayaan tahun baru cina 2022 iaitu pada tarikh 3 Februari 2022. Selain itu, filem ini turut merupakan filem dibawah Skim Wajib Tayang FINAS.  Jadi, tanpa melengahkan masa, jom lihat ulasan dan review filem Small Town Heroes ini.✌


{tocify} $title={ISI KANDUNGAN}

SMALL TOWN HEROES

  • Review Filem : Small Town Heroes (2022)
    Pengarah :  Ryon Lee
  • Bahasa : Mandarin
  • Subtitle : English/ Malay/ Chinese
  • Klasifikasi : P13
  • Tarikh Ditayangkan : 3 Februari 2022
  • Genre : Drama
  • Durasi : 1 Jam 53 Minit
  • Pengedar : GSC Movies
  • Pelakon : Jack Lim, Layla Sania (Cikgu Aishah), Phua Chandler (Feng), Roger Shak (Hero), Yuan Teng
  • Format : 2D

SINOPSIS FILEM SMALL TOWN HEROES

Review Filem : Small Town Heroes (2022)

Filem ini mengisahkan tentang kehidupan dua kanak-kanak iaitu Hero dan Feng yang tinggal di sebuah rumah anak yatim iaitu  Xingfuyuan (House Of Happiness) yang terletak di luar bandar. Banyak perkara yang dilalui oleh mereka berdua yang membuatkan mereka lebih matang dan rapat antara satu sama lain. Namun, satu peristiwa telah berlaku dan mengubah kehidupan mereka berdua. Apakah sebenarnya yang terjadi? Saksikan filem yang cukup menghiburkan ini di pawagam berhampiran anda bermula pada 3 Februari 2022 untuk mengetahui kisah seterusnya.


ULASAN FILEM SMALL TOWN HEROES

Review Filem : Small Town Heroes (2022)

Sebenarnya, jujur aku agak jarang menonton filem Mandarin, tidak kira keluaran tempatan atau antarabangsa. Mungkin kerana aku lebih meminati filem-filem dnegan genre seperti aksi, seram dan pelbagai lagi terutamanya dalam bahasa Inggeris dan Korea. Tetapi, peluang yang diberikan untuk aku menonton filem ini sebelum ditayangkan aku tidak akan lepaskan dan filem ini mmebuka mata aku untuk menonton filem-filem Mandarin yang lain. 

Review Filem : Small Town Heroes (2022)

JALAN CERITA | Bagi aku, jalan cerita untuk filem ini merupakan satu perjalanan yang sangat banyak warna-warninya. Dari awal sebenarnya seperti filem-filem lain, tertanya-tanya tentang plotnya, dan satu-persatu dirungkaikan.  Plotnya dari awal sehingga ke akhir mudah difahami dan ringan, penceritaan tentang persahabatan antara dua orang kanak-kanak lelaki dan diselangi dengan kisah-kisah lucu dan telatah cikgu mereka dan rakan-rakan mereka yang lain. Bukan itu sahaja, mainan emosi juga turut dipertontonkan buat penonton, menjadikan filem ini lebih menarik untuk ditonton.

Review Filem : Small Town Heroes (2022)

TEMA | Tema filem ini bagi aku sangat menarik. Aku boleh menulis pelbagai jenis tema yang sesuai untuk filem ini seperti persahabatan, kekeluargaan, hubungan sesama masyarakat, dan banyak lagi. Sebagai sebuah filem khas untuk Tahun Baru Cina, elemen ini dapat dilihat dengan jelas dengan adanya lagu-lagu perayaan yang sememangnya dikenali ramai di dalam filem ini.

Review Filem : Small Town Heroes (2022)

Elemen persahabatan bagi aku adalah yang paling kuat dalam filem. Persahabatan antara dua watak utamanya yang pada mulanya agak renggang dan semakin rapat sehinggalah satu peristiwa terjadi. Aku cukup suka degan beberapa adegan mereka di House Of Happiness contohnya seperti sewaktu mandi kolah, makan malam bersama-sama, banyak adegan-adegan lucu yang mencuit hati.

Seorang lelaki berbangsa Cina menyukai seorang perempuan melayu. Macam pernah dengar kan? Sebenarnya ini merupakan penghormatan kepada filem "Sepet" arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad yang dibuat oleh pengarah filem Small Town Heroes ini iaitu Ryon Lee.

Review Filem : Small Town Heroes (2022)

SINEMATOGRAFI | Antara perkara yang pertama aku nampak adalah sinematografi yang cantik dan kemas. Susunan visual dan kamera yang cantik dan diambil dengan baik, terutamanya apabila adegan melibatkan kawasan-kawasan dengan pemandangan yang cantik. 

Review Filem : Small Town Heroes (2022)

Semua adegan dalam filem ini dihasilkan dengan baik, tak kira dari segi sudut kameranya, effect bunyi dan pelbagai lagi, semuanya perlu diberi pujian! Tahniah buat pembikin filem ini.

LAKONAN | Pujian patut diberikan kepada watak-watak utama dalam filem ini, terutamanya dua pelakon kanak-kanak lelaki iaitu Phua Chandler (Feng), Roger Shak (Hero) kerana watak mereka dibawakan dengan baik. Bila babak sedih, mereka berjaya membawa emosi itu, sehinggakan aku turut berasa sedih, dan aku dapat rasakan kesedihan dan emosi mereka adalah ikhlas.

Review Filem : Small Town Heroes (2022)

Layla Sania sebagai Cikgu Aishah juga memberikan lakonan yang baik untuk filem pertamanya. Watak yang dibawakan juga satu watak yang menarik, seorang perempuan melayu yang mahir berbahasa Mandarin dan mempunyai konflik dengan ibunya serta cita-citanya untuk menjadi seorang ahli gusti wanita. 

Review Filem : Small Town Heroes (2022)

Itu sahaja? Tidak. Ada beberapa perkara yang bagi akusedikit mengganggu, contohnya adegan menjelir lidah, yang bagi aku sedikit mengganggu. Babak bergusti di atas bukit (atau tengah hutan) juga agak pelik. 1 jam 53 minit bagi aku sebenarnya tidak cukup sebab plotnya nampak agak padat dengan pelbagai perkara yang ingin diceritakan, walaupun susunannya masih difahami. Mungkin selepas ini kisah ini akan dibawa untuk drama episod? Siapa tahu?

KESIMPULANNYA

Review Filem : Small Town Heroes (2022)

Secara keseluruhannya, filem Small Town Heroes (2022) ini merupakan sebuah filem yang menarik utnuk ditonton. Emosi dan jalan ceritanya yang menarik adalah salah satu sebab kenapa anda perlu menontonnya. Jangan lupa untuk menonton filem ini yang bakal ditayangkan bermula 3 Februari 2022 ini dipawagam berdekatan anda.

BINTANG : ⭐⭐⭐⭐/5

TRAILER SMALL TOWN HEROES



SEKIAN

1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Menarik. Saya suka filem bahasa Cina terbitan Malaysia dan Singapura. Selalu ada idea baru.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post