Dr. Rozmey Perluas Rangkaian Produk 2022, Sasar Jualan RM100 Juta

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dr. Rozmey Perluas Rangkaian Produk 2022

Kalau sebut nama Dr. Rozmey, pasti ramai yang dah kenal atau pernah familiar dengan nama ini. Okay, kali ini adalah perkongsian mengenai Dr. Rozmey tentang perkembangan terbaru beliau serta produk terbaru yang jualannya disasar untuk mencapai jumlah RM100 juta untuk tahun 2022 ini. 

DR. ROZMEY PERLUAS RANGKAIAN PRODUK DI TAHUN 2022, SASAR JUALAN RM100 JUTA

Dr Rozmey pastinya bukan nama asing lagi dalam bidang keusahawanan dan produk kesihatan.  Sekitar 12 tahun yang lalu, namanya popular dengan penampilan unik dan tersendiri serta memiliki kekayaan jutaan ringgit hasil produk kesihatan beliau sendiri. Baru-baru ini, sempat bertemu beliau dan mengetahui tentang kisah terbaru tentang perniagaan beliau serta sasaran jualannya di tahun 2022.


Bermula dengan produk langsing keluarannya Jus Mate 5, beliau memberanikan diri menerbitkan filem Dua Alam lakonan Aaron Aziz yang turut menjadi sebutan ketika itu. Lama menyepi selepas itu, lelaki yang miliki nama sebenar, Dr Che Rozmey Che Din telah mengeluarkan beberapa produk baharu termasuk Kopi Espresso, Mybooster dan NeutralG.

“Sejak Covid-19 melanda dunia, saya lihat masyarakat mula mengamalkan gaya hidup sihat kerana bimbang mengenai kesihatan.

Dr. Rozmey Perluas Rangkaian Produk 2022

"Malah, trend ini semakin meningkat dan pengguna memanfaatkan sains dan teknologi untuk membuat pilihan makanan tambahan yang diambil," katanya yang memiliki kilang sendiri di Kedah.

Tambahnya lagi, masyarakat Malaysia kini lebih bijak memilih makanan tambahan sebagai keperluan nutrisi untuk tujuan kesihatan dan kesejahteraan mereka. Sebagai individu yang bertanggungjawab dalam industri produk makanan tambahan, Dr. Rozmey turut berkongsi bagaimana Mybooster memberi manfaat kepada orang ramai.

Dr. Rozmey Perluas Rangkaian Produk 2022
MYBooster & NeutralG

"Produk gantian makanan bukan sahaja perlu memberi manfaat, namun ia penting untuk sesuatu produk mematuhi keperluan kualiti dan mengekalkan standard kualiti," katanya. Hal ini adalah bagi memberi keyakinan kepada pengguna untuk terus menggunakan produk mereka tanpa sebarang kebimbangan.

Dr. Rozmey Perluas Rangkaian Produk 2022
Kopi Expresso

Dalam pada itu, Dr. Rozmey yakin Kopi Expresso yang menggunakan 100 peratus herba tulen  itu bakal mendapat sambutan hebat daripada peminat tegar minuman kopi di negara ini. "Produk kami dihasilkan di kilang yang mempunyai tahap piawaian kebersihan dan kualiti tinggi. Kopi Expresso merancang meluaskan lagi pasaran produk sedia ada ke seluruh negara secara runcit menerusi kempen promosi secara agresif di media sosial," katanya.

Berkongsi sasaran jualan 2022, Dr. Rozmey menyasarkan jualan sebanyak RM 100 juta memandangkan ketiga-tiga produk sudah menembusi pasaran Kemboja, Vietnam dan Indonesia. Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan orang ramai yang ingin menghasilkan produk sendiri OEM menghubunginya.


Dr. Rozmey Perluas Rangkaian Produk 2022
Dr Rozmey bersama isterinya, Datin Effa

“Penghasilan produk kami dijalankan di kilang kami sendiri yang diiktiraf oleh Amalan Pengilangan Baik (GMP) . Sebut sahaja produk yang ingin dihasilkan, kami cuba membantu,” ujarnya. Selain suplemen kesihatan, Dr. Rozmey turut menghasilkan produk pertanian termasuk Baja DDR, Awesome Pengalak Buah, Bio Shield Gold Racun Organik dan Bio Clear Pereputan Jerami

Tidak ketinggalan, Dr Rozmey masih mengekalkan produk suplemen seperti Mate 5, Kopi Gomo, The Man untuk tenaga lelaki, DDR Queen  Wanita Beauty, DDR King dan Mate 3 Slimming .

Orang ramai yang ingin maklumat lanjut boleh menghubungi beliau di :-

Telefon : 0122627125


#MyBooster #EspressoDDR #DrRozmey #HerbaPrimaMarketing #NeutralG 

1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post