Villa Kristal, Siri Original Pertama WeTV Tampil Empat Pelakon Wanita Hebat

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Villa Kristal

 VILLA KRISTAL, SIRI ORIGINAL WETV PERTAMA DITERAJUI EMPAT PELAKON WANITA HEBAT

Sarang madu golongan elit kini dibongkar!

Baru-baru ini berkesempatan ke majlis sidang media yang dianjurkan oleh WeTV untuk memperkenalkan siri originalnya yang pertama iaiaru Villa Kristal. Majlis yang diadakan di OpenHouse, KLCC ini dihadiri oleh para media, WeTV dan juga para pelakon drama Villa Kristal. VILLA KRISTAL merupakan sebuah siri drama komedi yang diarah oleh Kabir Bhatia dan Jason Chong.  

VILLA KRISTAL dibarisi empat pelakon wanita utama iaitu Mimi Lana, Tiz Zaqyah, Jasmine Suraya dan Mawar Rashid dan turut dibantu pelakon lelaki lain seperti Tony Eusoff, Nazrief Nazri, Aisar Khaled, Alvin Wong.

Villa Kristal
Barisan Pelakon, Tony Eusoff, Nazrief Nazri, Mimi Lana, Tiz Zaqyah, Mawar Rashid, Jasmine Suraya, Alvin Wong, Jason Chong, Aisar Khaled

Hasil kerjasama WeTV dan Revolution Media, VILLA KRISTAL memaparkan kisah kehidupan Hani (Mimi Lana), yang menyamar sebagai menantu seorang ahli politik untuk mencungkil rahsia, drama dan masalah rumah tangga madu-madu dan kekasih-kekasih rahsia VIP terkenal yang mendiami “Villa Kristal”. Turut menjayakan siri 13-episod ini adalah Tiz Zaqyah yang menyandang watak sebagai seorang usahawan yang berjaya, Mawar Rashid sebagai isteri kedua seorang ustaz yang terkenal dan Jasmine Suraya sebagai seorang bekas pramugari dan guru yoga di Villa Kristal.

Villa Kristal

Ketua Pegawai Eksekutif Revolution Media, Zainir Aminullah berkata, "Kami melihat dunia VILLA KRISTAL melalui kanta empat individu yang berpewatakan menarik, masing-masing dengan kekuatan dan kekurangan, sama seperti kita. Dalam menghadapi cubaan dan rintangan hidup, persahabatan mereka tetap utuh dan kukuh.

Villa Kristal
Villa Kristal

“Saya berharap agar penonton akan menyukai dan menerima karakter-karakter yang dipersembahkan seadanya, kerana seperti kita, tiada siapa yang sempurna." Heng Aik Kuang, Pengurus WeTV Malaysia, pula berkata, "Kami berasa teruja untuk mempersembahkan karya ini kepada para penonton, hasil gabungan barisan pelakon yang berbakat, cerita asal yang menarik dan kolaborasi bersama studio produksi yang diiktiraf oleh industri. 

“Sebagai WeTV Original yang pertama di Malaysia, VILLA KRISTAL menjadi pembuka tirai kepada siri original dan eksklusif dari WeTV khusus untuk penonton tempatan sepanjang tahun ini.”

Villa Kristal
Villa Kristal


Villa Kristal menceritakan tentang Kondominium eksklusif “Villa Kristal” didiami oleh golongan elit bersama-sama madu dan kekasih rahsia mereka. Demi mencari bahan sensasi untuk novelnya, Hani (Mimi Lana), seorang novelis wannabe yang naif mendapat tahu bahawa isteri muda seorang Ustaz terkenal, Rose (Mawar Rashid), merupakan seorang penghuni di sana. 

Hani menyamar sebagai seorang menantu ahli politik dan cuba membongkar segala skandal, drama dan masalah rumahtangga Rose dan rakan-rakannya, Angel (Jasmine Suraya Chin) dan Diana (Tiz Zaqyah). Melangkah ke dalam dunia “Wanita Nombor Dua”, Hani terjerumus ke dalam sebuah penyiasatan pembunuhan seorang jutawan hartanah, Idris, (Tony Eusoff) yang telah merubah kehidupannya bersama wanita-wanita lain di Villa Kristal.

VILLA KRISTAL bakal ditayangkan tidak lama lagi di wetv.vip dan aplikasi WeTV

Villa Kristal


WeTV

WeTV adalah perkhidmatan penstriman yang menyediakan kandungan tempatan video-on-demand (VOD) dan over-the-top (OTT) utama di Asia Tenggara. Pelbagai kandungan perkhidmatan disediakan termasuk siri drama dan filem terpilih dari Malaysia, Cina, Tamil, Indonesia dan Korea. Beroperasi sebagai perkhidmatan ‘freemium’, kandungan boleh diakses secara percuma. Untuk mendapatkan perkhidmatan bebas-iklan sedikit bayaran akses dikenakan untuk kandungan premium yang lebih banyak. WeTV dapat dilayari melalui pelantar wetv.vip, atau menerusi aplikasi yang tersedia di Apple Store untuk pengguna iOS dan Google Play Store untuk pengguna Android.

Villa Kristal
Villa Kristal

Tentang Revolution Media

Revolution Media, yang dilancarkan pada 2013, merupakan satu-satunya syarikat Malaysia yang telah ditauliahkan oleh Netflix untuk menghasilkan siri asal tempatannya. Ia juga satu-satunya studio produksi Malaysia yang telah menghasilkan siri TV di US untuk penonton global. Dengan rekod prestasi yang merangkumi produk berbilang format dalam bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia dan Mandarin, Revolution Media diletakkan secara unik dengan piawaian pembangunannya yang terkenal, kualiti pengeluaran yang tinggi dan pengurusan profesional.

TRAILER VILLA KRISTAL




SEKIAN

0 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

أحدث أقدم