Jimat Betul dengan Tawaran Menarik Dalam Aplikasi Marrybrown!


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Marrybrown kali ini menawarkan pelbagai tawaran menarik di dalam aplikasi terbaru mereka. Pasti ramai yang sudah tahu tentang aplikasi ini.

Macam aku sendiri, aku tahu pasal aplikasi Marrybrown jni melalui tweet viral oleh sis Neyra tentang pembeliannya di Marrybrown serendah RM1 sahaja.


Melihat tweet tersebut, aku pun lantas memuat turun aplikasi Marrybrown dan melihat masih adakah lagi tawaran RM1 tersebut. Apa yang aku nampak tawaran untuk RM1 audah habis ditebus tetapi tawaran lain seperti RM5 untuk 5 ketul ayam masih ada.

Rupa-rupanya untuk tawaran sebegini, kita kena alert ya. Ini adalah kerana jumlah voucher atau tawaran ini adalah terhad. Alhamdulillah, aku sempat untuk menebus tawaran RM5 untuk 5 ketul ayam Crispy Marrybrown.

Memang berbaloi ya dengan harga RM5 dan dapat 5 ketul ayam. Di mana lagi nak dapat harga sebegini? Kalau di psar malam atau bazar mungkin boleh tapi faham-faham jelah saiznya yang kecil.





Berikut aku kongsikan cara nak tebus tawaran menarik yang ada dalam aplikasi Marrybrown.
  • Download aplikasi Marrybrown
  • Daftar akaun anda dalam aplikasi tersebut.
  • Kemudian anda boleh lihat pada ruangan "deals", ada tawaran yang menarik tertera disitu
  • Pilih "deals" yang diingini, kemudian anda boleh tebus
  • Pergi ke cawangan Marrybrown yang terlibat dengan promosi ini
  • Kemudian, bolehlah tebus "deals" tersebut di kaunter & boleh buat pembayaran.
  • Mudah kan?
Okay macam aku sendiri, aku tebus beberapa "deals" sebab bagi aku tak cukup kalau hanya 5 ketul ayam sahaja. Aku diberitahu oleh cashier, hanya satu deals hntun satu resit.

Tak apa, boleh buat banyak resit. Banyak juga ya yang aku redeem. Anda boleh memilih untuk makan di restoran Marrybrown sendiri atau bawa pulang. Macam aku, aku memilih untuk bawa pulang dan makan di tempat lain bersama yang tersayang.

Oh ya, cawangan yang aku pergi ini terletak di Bandar Tun Hussein Onn. Memang kena pergi awal, kalau tak memang tersekat dalam kesesakan kereta yang nak beli makanan di bazar & yang nak pulang ke rumah. 


Kesimpulannya, marilah kita memuat turun aplikasi Marrybrown sekarang dan dapatkan pelbagai tawaran menarik. Bagi aku tawaran dan promosi memang menarik dengan harga yang cukup rendah. Bolehlah aku beli Marrybrown tiap-tiap minggu. ✌️


Untuk maklumat dan promosi berkenaan Marrybrown, anda boleh layari pautan berikut :-


MARRYBROWN

Facebook : @marrybrownmalaysia
Twitter : @MarrybrownMY
Instagram : @MarrybrownMY
Laman Web : https://www.marrybrown.com

#Marrybrown #MarrybrownMY #SomethingDifferent #MBApp






0 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

أحدث أقدم