Buffet Berbuka Puasa 2022 di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Bagaimana dengan Ramadhan anda kali ini? Alhamdulillah, ramadhan aku kali ini disambut dengan suasana sederhana tetapi masih meriah. Walaupun berbuka puasa jauh daripada keluarga, tetapi masih meriah. Tak sabar pulak nak balik berbuka dengan keluarga.

Baiklah kali ini aku kongsikan dengan anda satu lokasi buffet berbuka puasa menarik, dengan pilihan menu yang banyak dan paling best harganya sangat mampu milik. Bagi aku harganya antara yang paling rendah dalam banyak-banyak buffet berbuka puasa yang aku pergi. Nak tahu lebih lanjut, macam biasa kena baca artikel ini ke penghujung ya!

BUFFET IRAMA NOSTALGIA DI DE PALMA ECO RESORT KUALA SELANGOR



De Palma Eco Resort Kuala Selangor merupakan sebuah resort menarik dengan suasana penuh mendamaikan. Terletak di Kuala Selangor, resort ini sememangnya sesuai untuk anda yang ingin lari dari hiruk pikuk suasana kota. Oh ya, untuk pengetahuan anda, resort ini juga dikenali dengan nama The Blanket Kuala Selangor.

Okay, Buffet Berbuka Puasa di sini bertemakan Irama Nostalgia menyajikan pelbagai menu masakan tradisional melayu dan juga manu yang sinonim dengan bulan puasa. Bermula  dari 3 April 2022 sehingga 1 May 2022, memang banyak hidangan yang disediakan untuk para tetamu.

Jom lihat senarai menu dan juadah yang terdapat di Buffet Berbuka Puasa Irama Nostalgia :-

KAMBING BAKAR 

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK


NASI PUTIH / NASI BRIYANI

AYAM BEREMPAH / GULAI TULANG KAMBING

DAGING DENDENG / KARI IKAN TENGGIRI


GULAI NANGKA MUDA / GORENG2 PANAS

SUP TULANG / BUBUR CHACHA / ANEKA JERUK

ANEKA KUIH / PEMBUKA SELERA

KUIH / ANEKA BISKUT


CUCUR UDANG / STEAMBOAT


ANEKA JENIS MINUMAN

JOM BERBUKA PUASA DI DE PALMA ECO RESORT KUALA SELANGOR


SUASANA

Baiklah, macam mana dengan menu-menu di atas? Menarik bukan? Ada beberapa menu yang aku tak sempat nak tangkap gambar seperti Roti John dan Kuetiau Goreng. Pasti ramai ternanti-nanti tentang harganya pulak kan? 

Harga bagi Buffet Berbuka Pusaa Irama Nostalgia di De Palma Eco Resort Kuala Selangor adalah seperti berikut : -

✨Dewasa : RM55 nett 
✨Kanak-Kanak : RM27 nett (5-11 tahun)

ULASAN BERBUKA & PENGALAMAN


Seperti biasa aku akan ulas sedikit setiap kali aku pergi ke buffet berbuka puasa. Untuk lokasi kali ini, memang aku suka dengan menunya. Terutama pada daging dendeng yang memang sangat laku! Kambing bakar pun laku juga ya!  Lagi menarik sebab menu seperti kuetiau goreng dan beberapa lagi dimasak secara langsung (live) jadi memang dapat makan ketika ia masih panas.

Suasana di resort ini pula memang tenang. Kalau di KL memang agak serabut dengan kenderaan yang banyak dan orang yang ramai, tetapi di sini sangat tenang. Harga pula bagi aku sangat-sangat berbaloi. Dengan hanya RM55 anda boleh dapat pelbagai makanan yang sedap termasuklah kambing bakar! Memang susah nak dapat harga sebegini rupa di KL.

TEMPAHAN & PERTANYAAN



LOKASI : Jalan Tanjung Keramat, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi 03-3289 7070 atau wasap ke wasap.my/60192597402 .


#buffetramadhan2022 #buffetdinner #ramadhan #buffetramadhanselangor #foodreview #makan #kambinggolek

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post