Tahniah! AINAA Clinic Kini Dibuka Secara Rasmi

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Tahniah diucapkan kepada Syafiqah Aina dan Hafiz Mahamad atas pembukaan klinik estetik pertama mereka yang dikenali dengan nama AINAA CLINIC. Klinik ini yang terletak di Bandar Baru Bangi merupakan pencapaian mereka yang hebat setelah melalui pelbagai rintangan dan diuji untuk merealisasikan impian ini.

TAHNIAH! AINAA CLINIC DIBUKA SECARA RASMI

KLINIK AINAA Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai AINAA Clinic merupakan Klinik Perubatan Swasta dan Klinik Estetik. AINAA Clinic ini ditubuhkan oleh tiga orang usahawan berjaya iaitu Nursyafiqah Aina, Hafiz Mahamad dan Norazura binti Md Posdzi. 

Setelah hampir 5 tahun mengusahakan AINAA Beauty, AINAA Empire Sdn Bhd melebarkan sayap dan empayarnya dalam bidang estetik pada tahun ini 2022, dengan penubuhan AINAA Clinic yang dibantu oleh dua orang doktor yang bertauliah dalam bidang estetik dan 3 orang beautician yang terlatih. 

Syafiqah Aina dan Hafiz Mahamad

Syafiqah Aina berkata,” Kami mengaku kami tidak mempunyai kemahiran dalam bidang estetik. Namun kami mempunyai niat untuk membina AINAA Clinic yang diiktiraf. Oleh itu kami menggunakan khidmaf daripada dua orang doktor bertauliah iaitu Dr Nurmaliza Abdul Halim dan juga Dr Siti Amirah Binti Abdul Aziz. Selain itu kami juga dibantu oleh tiga orang pakar kecantikkan terlatih.”

Ujarnya lagi, “Kami juga memasang niat untuk membuka lebih banyak cawangan jika diizinkan. Bermula daripada pembukaan klinik di Bangi ini juga sesuatu yang rumit apabila kami terpaksa melalui pelbagai proses pengiktirafan selain daripada pandemik yang melambatkan proses pembukaan klinik.”

Hafiz Mahamad turut menambah ujar isterinya, “Kami sepatutnya membuka klinik ini pada tahun lalu. Nasib baik pasukan AINAA yang terus memberi sokongan sehingga akhirnya terlaksana juga pembukaannya."


Katanya lagi, “Untuk makluman semua, AINAA Clinic ini bukan sahaja dimiliki oleh kami (dia dan isteri) tapi ini juga merupakan milik stokis utama AINAA Beauty. Kami memberi ruang untuk para stokis kami berkembang dengan kami untuk sama-sama maju. Jikalau kami ingin membuka lagi cawangan lain, klinik tersebut juga merupakan milik stokis kami.”

Begitulah ucapan kedua-dua suami isteri ini yang sering menekankan bahawa AINAA Clinic ini sememangnya kesinambungan daripada AINAA Beauty itu sendiri. Ucapan mereka juga turut dipersetujui oleh Zura Posdzi yang juga merupakan orang kuat AINAA Empire.

Zura Posdzi

Zura Posdzi berkata, “Kami memang ingin melihat AINAA Clinic ini berjaya setelah pembukaan klinik ini lama tertangguh. Malahan kami juga ingin melihat AINAA Clinic mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia.”

Apabila ditanyakan jika ada yang berminat untuk membuka cawangan baru AINAA Clinic, adakah boleh seseorang berbuat demikian memandangkan jenama AINAA ini memang sangat terkenal. 

Zura Posdzi, “Kami akan menawarkan pembukaan klinik ini kepada stokis AINAA Beauty sahaja dulu. Mungkin pada sesuatu ketika, kami mungkin akan membuka kepada orang luar jika stokis AINAA Beauty tidak berminat”.

Dari Kiri : Zura Posdzi, Syafiqah Aina dan Hafiz Mahamad

Antara rawatan yang boleh didapati di AINAA Clinic seperti:

1. Prosedur Estetik

  • ‘Chemical & Acne’ Peel
  • Laser untuk jeragat, pigmentasi, parut & pencerahan kulit
  •  Suntikan ‘Platelet-Rich Plasma’ (PRP)
  • Rawatan wajah biasa, esklusif & premium
  •  Konsultasi
2. Ujian alergi (ujian darah)

3. Pemeriksaan Kesihatan Umum (‘General Medical Check Up)

Rawatan bermula serendah RM 100 lebih mengikut keperluan kulit dan permasalahan pelanggan.

Barisan tenaga kerja Ainaa Clinic

Selari dengan misi "Kejayaan Demi Kebahagiaan" yang digunakan semenjak tahun 2018, AINAA Beauty juga sentiasa berpegang kepada misi untuk membantu lebih ramai masyarakat yang mempunyai masalah kulit untuk mendapatkan kulit yang sihat demi meningkatkan keyakinan diri mereka. Tujuan AINAA Clinic ditubuhkan adalah untuk:

1. Memberi nasihat dan cadangan tentang penjagaan kulit yang lebih tepat dengan bantuan doktor yang lebih pakar

2. Merawat masalah kulit mereka dengan menggunakan peralatan dan teknologi moden estetik yang bersesuaian dengan masalah kulit mereka

3. Memberikan rawatan yang lebih lanjut kepada pengguna AINAA Beauty yang memerlukan rawatan estetik dan bantuan doktor untuk membantu menyelesaikan masalah kulit mereka

Orang ramai dijemput datang ke AINAA Clinic bermula dari 1 April 2022 dan boleh juga membuat tempahan rawatan di talian hotline 011-65217002.

AINAA CLINIC


LOKASI : A-G-9, Blok A, Jalan Ostia Utama, Taman Ostia Bangi, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor.
WAKTU OPERASI : AINAA Clinic beroperasi setiap hari dari pukul 10 pagi ke 10 malam.


0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post