Panduan Memilih Perfume Terbaik dan Sesuai untuk Diri Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Antara perkara yang penting bagi setiap individu selain keperibadian yang baik, perangai yang elok adalah bau yang wangi. Tahukah anda bau pada diri anda menjadikan seseorang itu lebih yakin juga memudahkan untuk orang disekeliling untuk dekat dengan anda.

Baiklah, aku sendiri sebenarnya ada banyak perfume atau minyak wangi yang aku suka. Boleh dikatakan setiap bulan atau bila perfume yang sedia ada habis, aku akan tukar dengan bauan yang lain, yang memikat hati aku dan juga orang terdekat.

Bagi aku sendiri, minyak wangi atau perfume merupakan perkara yang penting terutamanya untuk orang yang bekerja, berjumpa orang ramai, selalu berpeluh dan sebagainya. Tak elok pula kalau berjumpa dengan orang atau kekasih tetapi diri sendiri membawa bau peluh dan sebagainya. Okay, jadi untuk kali ini aku nak kongsikan sedikit tips tentang cara memilih perfume yang anda boleh lakukan ketika memilih perfume.

PANDUAN MEMILIH PERFUME TERBAIK


Berikut adalah beberapa panduan yang anda boleh ikut dalam memilih perfume atau minyak wangi :-
          • Cuba pada waktu pagi: deria bau anda akan menjadi lebih neutral dan dapat mengesan nota halus dengan lebih mudah.
          • Elakkan memakai produk wangi lain (krim tangan, pelembap badan, dll.), yang boleh mengubah aroma.
          • Tetapkan semula hidung anda antara percubaan dengan menghidu biji kopi atau keluar untuk menghirup udara segar.
          • Jika anda menyukai bau wangian pada slip kertas, pastikan anda menyemburkannya pada kulit anda juga untuk melihat bagaimana ia bertindak. Hasilnya tidak sama antara seorang dengan yang lain.
          • Apabila menyapu minyak wangi pada pergelangan tangan anda, jangan gosokkannya bersama-sama: geseran menyebabkan penyejatan dan boleh menjejaskan hasilnya.

          Tips dan panduan ini sememangnya mudah sahaja untuk diikuti. Eh kejap, sebelum anda membeli perfume, aku juga nak kongsikan tentang satu jenama perfume terbaru, keluaran tempatan dan aku sendiri sudah mempunyai koleksinya. Perfume yang aku nak kongsikan adalah Bagaidikata Perfumes.

          BAGAIDIKATA PERFUMES


          Bagaidikata Perfumes merupakan mini lab yang menghasilkan perfumes secara handcraft di Malaysia. Matlamat utama mereka adalah untuk menembusi pasaran minyak wangi di Malaysia dengan haruman/scents dari ciptaan/rekaan sendiri. Bukan inspired/clone perfumes seperti jenama lain. Sejak 2019 mereka dah menghasilkan pelbagai jenis wangian dan hanya menjualnya pada rakan-rakan dan keluarga terdekat sahaja untuk mendapatkan feedback kualiti wangian yang mereka hasilkan itu.

          Bermula Mei 2022, Bagaidikata Perfumes mula melancarkan siri pertama iaitu ALPHA SERIES yang diperkaya dengan Pheromones & Copulins untuk lelaki dan wanita.


          ALPHA SERIES BY BAGAIDIKATA PERFUMES

          Alpha Series dari Bagaidikata Perfumes ini berbeza dari wangian lain yang ada di pasaran. Pertama sekali, ia dihasilkan secara handcraft di Malaysia menggunakan bahan-bahan yang berkualiti. Keduanya, ia didatangkan dengan Pheromones & Copulins (hormon sintetik) yang menjadikan ia LEBIH MEMIKAT, MENGGODA DAN MEMPERSONA.

          Info lanjut anda boleh lihat di https://alphaseries.my


          Alpha Series ini menggunakan pheromones yang memfokuskan pada SOCIAL DOMINANCE, LOVE & RESPECT.

          Alpha Series membolehkan penggunanya merasai pengalaman unik ketika menggunakannya. Anda akan menarik perhatian orang di sekeliling anda, mereka lebih mesra dan suka untuk mendekati anda.

          Ada 7 versi kesemua yang bakal dilancarkan secara berperingkat. Untuk Versi Pertama yang telah dilancarkan pada Mei 2022 ini, ada 1 wangian untuk lelaki dan wanita.


          Alphamale V1 & Alphafemale V1

          50ml spray
          Extrait De Parfum ( kategori Parfum, bukan EDP Eau de Perfumes)
          25mg pheromones per Oz

          HARGA : RM180



          APA ITU EXTRAIT DE PARFUM?



          Extrait de parfum (minyak wangi tulen, minyak wangi, parfum, parfum extrait atau ringkasnya ekstrak) ialah bentuk minyak wangi yang paling pekat dan paling mahal dan biasanya antara 20 dan 40% daripada kepekatan minyak.


          Sedikit ulasan tentang perfume Alpha Series Bagaidikata ini, untuk aku setelah menggunakan perfume ini, jujur baunya sangat tahan lama. Dipakai sewaktu pagi, memang sampai ke petang masih melekat baunya.  Selain itu, orang-orang disekeliling aku turut bertanya tentang bau perfume apa yang aku pakai. Dengai saiznya yang compact, bau yang sangat sedap & wangi, aku yakin pasti ramai yang akan suka dengan perfume ini. Selain dibuat sendiri oleh mereka secara handcrafter, perfume ini turut dihasilkan menggunakan bahan-bahan berkualiti dari Eropah.

          Untuk membeli perfume Alpha Series Bagaidikata ini, anda boleh lawati pautan berikut :- https://alphaseries.my/shop/

          TENTANG BAGAIDIKATA - Perfumes & Clothings


          Bagaidikata merupakan jenama baru di Malaysia yang memfokuskan pada penghasilan minyak wangi secara handcraft dan t-shirt dtg printing. Anda boleh lihat di https://bagaidikata.com.

          Bagaidikata ini dimiliki dan diuruskan oleh Projek Serius Sdn. Bhd. 100% anak Malaysia.


          BAGAIDIKATA - Perfumes & Clothings


          0 Comments

          The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


          Post a Comment

          The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


          Post a Comment (0)

          Previous Post Next Post