Perjalanan Balik Kampung, Lebuhraya Sesak!

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulilah kali ini aku nak berkongsi cerita santai-santai sahaja. Kalau diikutkan memang agak lambat sebenarnya untuk aku balik ke kampung disebabkan macam baru sahaja lepas raya tu dah balik ke Lembah Klang. Tetapi sebab ada kenduri saudara mara & juga sedikit urusan yang perlu diselesaikan, jadi awal bulan 6 aku perlu balik ke kampung yang terletak di daerah Kulim Kedah.

Aku berkira-kira sama ada mahu pulang pada 2hb atau 3hb tetapi disebabkan perasaan malas tu macam ada, jadi aku pun mengambil keputusan untuk pulang pada hari Jumaat, 3hb. Pada 4hb iaitu pada cerita ini ditulis aku menghadiri majlis perkahwinan di Georgetown, Penang.

Sebelum pulang ke kampung, kebiasaannya aku akan menyediakan dan memeriksa beberapa perkara. Pertamanya adalah keadaan kereta. Memandangkan sekarang aku sudah mempunyai kereta, jadi aku kenalah menjaga dan pastikan ia dalam keadaan baik. Sebelum pulang, aku pastikan minyak sudah diisi penuh, Touch n' Go sudah ditopup mengikut jumlah yang cukup.

Bila selesai bab kenderaan dan sebagainya, seterusnya adalah mengemas barang. Kali ini aku bawa balik barang tidaklah banyak sangat. Beberapa pakaian untuk kenduri dan selebihnya baju biasa sahaja. Kebiasaannya malam sebelum aku bertolak pulang pakaian semua sudah dipack. Tetapi kali ini aku agak malas. Jam 9 pagi jumaat itu baru aku mula mengemas barang dan selesai menyimpan barang dalam kereta pada jam 10.45 pagi. Maka bermulalah perjalanan aku pulang ke Kulim, Kedah tepat jam 11.00 pagi.

KL - JALAN DUTA


Perjalanan keluar sahaja dari kawasan rumah sudah sesak ya! Tapi itu sudah menjadi kebiasaan, menuju ke Tol Jalan Duta tidaklah sesak mana. Cuma di kawasan persimpangan bertol sahaja. Tapi untuk tol aku tak risau sebab Touch n' Go sudah disi. Oh ya, aku juga dah beli dua tin kopi untuk diminum bagi perjalanan yang agak lama ini.

Aku meneruskan perjalanan seperti biasa, tetapi aku perasan kenderaan memang agak banyak. Perjalanan lancar sahaja sehinggalah dikawasan Slim River, Bidor dan sekitarnya. Kenderaan memang banyak dan lebuhraya mula sesak. Kemudiannya, aku memang sudah merancang untuk berhenti di RnR RTC Perak.


RTC Perak merupakan salah satu rnr yang aku suka sebab luas juga tempat makannya lebih menarik. Terutamanya kalau perjalanan diwaktu malam, makan di hadapan restoran nasi kandar tu memang best, dengan kipas besarnya. Haha. Tetapi kali ini masuk sahaja ke kawasan RTC Perak aku nampak banyak kenderaan. Ini termasuklah kereta persendirian, bas, dan lori.

Mencari tempat meletak parking pun agak sukar. Kemudian aku ke tandas, dan tandas memang penuh. Aku nampak banyak pelajar sekolah asrama yang bersama keluarga. Kemudian, aku terfikir, "Eh, baru cuti sekolah ke?" Okay, rupanya Jumaat ini merupakan hari terakhir persekolahan untuk pelajar sekolah. Patutlah banyak sangat kenderaan.

Di RTC Perak aku tak makan pun, sekadar berehat, mengurus diri dan sebagainya sahaja. Kemudiannya, aku teruskan perjalanan lagi. Perjalanan dari RTC Perak (Simpang Pulai) sehingga ke Terowong Menora sangat lancar. Tak banyak pula kereta. Mungkin aku bernasib baik kerana kenderaan yang banyak belum lagi bertolak.


Aku berhenti di RnR kedua iaitu di RnR Sungai Perak untuk mengisi minyak dan ke tandas. Macam biasa, untuk menghilangkan kebosanan memandu seorang diri, menghilangkan mengantuk dan sebagainya, aku memang kena berhenti di beberapa RnR.

Selepas di RnR Sungai Perak, aku meneruskan perjalanan dan sebenarnya perjalanan lancar sahaja, cuma jumlahnya agak banyak. Sehinggalah masuk ke sempadan Pulau Pinang. Masuk sahaja ke negeri ini jalan mula sesak. Aku lihat dalam waze memang lebuhraya berwarna merah. Trafik sesak 15 minit sehinggalah ke Tol Juru.

Okay, selepas Tol Juru pula jalan memang sesak, dan aku masih berbaki 40km sebelum ke persimpangan Kulim. Memang sesak sangat lebuhraya di persimpangan Jambatan Pulau Pinang. Mungkin ramai yang baru pulang berkerja (tapi baju jam 4.45 petang). Mungkin keluar awal sebab hari jumaat.

Masuk sahaja ke persimpangan Kulim, dan terus ke Lebuhraya Butterworth- Kulim perjalanan mula menjadi lancar. Melalui dua tol, kemudian meneruskan perjalanan sehingga ke Kulim Hi-Tech, kemudian teruskan lagi sehinggalah sampai ke Taman Desa Aman, Padang Meiha.

AKHIRNYA SAMPAI


Perjalanan dari KL ke Kulim yang kebiasaannya mengambil masa 4-5 jam menjadi 6-7 jam. Agak luar biasa ya, tetapi tidaklah seperti mana kesesakkan yang aku nampak terjadi pada hari sabtu. Mungkin jika aku bertolak dari KL lewat sedikit selepas tengahhari, mungkin perjalanan lebih lama & kesesakan lebih teruk.

Tapi bagi aku perjalanan 4-6 jam tidaklah teruk sangat. Kalau masih diingat aku pernah menaiki bas bertolak dari Kulim ke Kuala Lumpur mengambil masa 9 jam. 9 jam atas bas nak buat apa?! HAHA.

Kalau nak balik kampung sebenarnya aku suka bertolak waktu malam. Sebab suasananya leih sejuk, gelap, taklah cerah sangat. Kemudian, jumlah kenderaan yang sangat kurang. Ada sekali tu, boleh dikatakan setiap RnR aku singgah sebab mengantuk sangat. Ketika itu aku memang tak minum kopi tapi sekarang dah minum kopi hanya untuk perjalanan jarak jauh, mengantuk tu memang dah tak ada.

Aku rasa sampai sini sahajalah aku berceloteh panjang yang mana boleh sahaja aku ceritakan Perjalanan Balik Kampung Agak Sesak. Tetapi sahaja aku huraikan dalam bentuk lebih panjang juga aku dah lama tak menaip panjang sebegini rupa. Apa-apapun semoga kehidupan anda sentiasa dirahmati dan diberikan rezeki yang melimpah ruah.

SEKIAN

Ihsan Gambar : Google

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post