Review Filem : Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Review Filem : Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan

Baru-baru ini aku berpeluang untuk ke Malam Tayangan Perdana sebuah filem epik tempatan iaitu filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan. Tayangan Perdana yang diadakan di GSC Starling Mall, Petaling Jaya ini dihadiri barisan pelakon yang membintangi filem ini juga semua yang terlibat dalam pembikinan filem ini.

Malam yang cukup meriah ini juga dihadiri negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sudi meluangkan masa untuk sama-sama menonton filem ini. Memang meriah suasana di situ dengan kehadiran pelakon, krew dan juga rakan-rakan media.

REVIEW FILEM : MAT KILAU KEBANGKITAN PAHLAWAN


Review Filem : Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan

"Studio Kembara memilih untuk menghasilkan filem inspirasi dari kisah benar ini untuk menonkolkan ketokohan watak yang dicatatkan oleh sejarah. Terdapat banyak catatan sejarah kebijaksanaan dan keberanian beliau. Terdapat juga catatan-catatan pihak British yang ditemui mengakui pengaruh besar beliau kepada masyarakat zaman itu dalam membangkitkan semangat mempetahankan maruah bangsa melayu dan kedaulatan bumi Pahang. Ramai yang tidak mengetahui ada rekod pihak British yang merakamkan gerakan besar yang dipimpin Mat Kilau telah menyebabkan kemusnahan dan kerugian besar kepada British. "

FILEM MAT KILAU KEBANGKITAN PAHLAWAN


Review Filem : Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan

  • Pengarah : Syamsul Yusof
  • Penerbit : Abdul Rahman Dali / Shahruddin Dali
  • Line Producer : Afiq Razali
  • Penolong Pengarah : Rizal Ashreff / Shake Al Walled / Vibeishwaran / Jafar Adami
  • Penulis : Syamsul Yusof / Shahruddin Dali
  • Pengarah Seni : Mukhsalmina Ismail
  • Pereka Set : Mukhsalmina Ismail
  • Pengarah Seni di Set : Nasir Jamaludin
  • Pengarah Fotografi : Rahimi Maidin / Azami Alias
  • Koreografi : Akmal Effende
  • Koreografi Khas : Yayan Ruhian
  • Busana : CHinta Adrieyana

 
BARISAN PELAKON FILEM MAT KILAU 

Review Filem : Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan

  • Dato' Adi Putra sebagai Mat Kilau
  • Beto Kusyairy sebagai Wahid
  • Fattah Amin sebagai Awang
  • Johan As'ari sebagai Yassin
  • Ali Karimi sebagai Brahim
  • Yayan Ruhian sebagai Toga
  • Geoff Andre Feyaerts sebagai Syers
  • Wan Hanafi Su sebagai Tok Gajah
  • Khir Rahman sebagai Usup
  • Farid Amirul sebagai Goh Hoi
  • A. Galak sebagai Pak Deris
  • Zarina Zainoordin sebagai Rokiah
  • Farah Ahmad sebagai Yang Chik
  • Dato Jalaluddin Hassan sebagai Hj. Muhammad
  • Dato Rahim Razali sebagai Imam Bottoqh
  • Namron sebagai Haji Sulong
  • Shaharuddin Thamby sebagai Datuk Bahaman
  • Ellie Suriaty sebagai Ibu Yassin
  • Mubarak Majid sebagai Ayah Yassin
  • Mark Geoffrry sebagai Stewart
  • Siraj Al Sagof sebagai Shidu

SINOPSIS FILEM MAT KILAU

Review Filem : Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan

Filem Mat Kilau ini mengisahkan tentang seorang pahlawan melayu mat kilau bersama ayahandanya, Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya, bangkit menentang penjajahan British.

Pada tahun 1892, pihak kolonial British telah menduduki tanah-tanah di Pahang. British mengaut hasil bumi Pahang milik orang-orang melayu dan mencampuri urusan adat dan agama orang-orang melayu.

Tidak membiarkan kebiadaban British di bumi Pahang berleluasa, Mat Kilau, Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya bangkit menentang British.

Kebijaksanaan Mat Kilau dan Tok Gajah merancang penentangan telah menyebabkan pihak British mengalami tekanan dan kerugian sehingga berlakunya pertempuran yang sengit.

Review Filem : Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan


ULASAN FILEM MAT KILAU

Sejarah tentang Mat Kilau psatinya ramai yang tahu, walaupun mungkin ada yang hanya mengingati nama figura tersebut sahaja, tetapi kisah tentang Mat Kilau dan sejarahnya disebut dalam matapelajaran Sejarah di sekolah menengah.

Untuk aku sendiri, apa yang aku tahu dan ingat hanyalah Mat Kilau merupakan seorang pejuang bangsa Melayu di negeri Pahang, menenteang penjajahan dan penindasan pihak British. 

Untuk filem Mat Kilau ini pula, seperti biasa aku akan menonton video trailer terlebih dahulu. Melihat pada trailer, aku putuskan bahawa filem ini sebuah filem yang hebat, dengan beberapa adegan aksi yang sungguh menarik.

Trailer Filem Mat Kilau


Okay, sekarang aku nak ulas tentang tontonan filem ini pada malam tayangan perdana tersebut. Sebolehnya aku nak ulas tanpa sebarang spoiler jadi, harapannya review dan ulasan ini akan menepati dan mendorong anda untuk menonton fielm ini.

Review Filem : Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan

Jalan cerita bagi filem ini rasanya semua orang dah tahu. Tentang penindasan pihak British terhadap orang melayu, dan pejuang Mat Kilau mempertahankan Tanah Melayu. Yang membuatkan aku tertarik adalah bagaimana perjuangan beliau diisi dengan jalan cerita yang lebih menarik. Contohnya, diceritakan bagaimana situasi bagi mereka dalam kalangan sahabat-sahabat Mat Kilau, juga bagaimana pendapat pembesar-pembesar melayu ketika itu. 

Untuk anda yang meminati aksi, jangan risau, dari awal sehingga ke habis memang banyak babak aksi. Adegan lawan antara pejuang melayu dan askar British memang banyak, cuma kadang-kadang aku agak pening kerana sudut kameranya yang goyang, juga kesan bunyiannya yang agak keterlaluan.

Review Filem : Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan

Lakonan para pelakon untuk filem ini bagi aku sesuatu yang sangat dibanggakan. Boleh dikatakan semua pelakon, tak kira pelakon utama atau pelakon sampingan sememangnya mempersembahkan lakonan mereka yang terbaik. Dato' Adi Putra sememangnya memberikan lakonan terbaik beliau, tetapi pujian aku nak berikan pada Beto Kusyairi kerana ada babaknya yang membuatkan aku cukup terasa dan berkesan.

Selain itu, perkara yang mungkin boleh ditambha baik adalah dari segi kesan khas pada pelakon seperti darah dan sebagainya. Kebanyakan darahnya kelihatan cair dan warnaya aku rasa agak berbeza dengan darah sebenar. 


Review Filem : Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan

Keseluruhannya, filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan ini sebuah filem perjuangan pahlawan Melayu yang wajib ditonton. Sejarah dan jalan ceritanya yang dibawa membuatkan aku lebih bangga menjadi anak melayu juga membuatkan aku lebih menghargai pahlawan-pahlawan tanah air yang berjuang demi bangsa, agama dan negara. Jangan lupa untuk menonton filem ini pada 23 Jun 2022 nanti, anda boleh ke pawagam yang berdekatan dengan rumah anda dan tontonlah dengan hati yang terbuka. Untuk itu, aku berikan filem ini :-

BINTANG : ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐ / 10


RUJUKAN :-
  • Google Image
  • Studio Kembara

1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post