Majlis Pelancaran Wawasan Artis Infaq Seni (WAFI)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Wawasan Artis Infaq Seni (WAFI)

Inisiatif untuk membantu masyarakat atau apa jua kebajikan boleh disalurkan melalui pelbagai cara. Sekumpulan insan seni dan artis di Malaysia telah menubuhkan satu platform untuk melakukan perkara kebajikan dan membantu dari segi kemanusian dan sebagainya. 

PELANCARAN WAWASAN ARTIS INFAQ SENI (WAFI)


Wawasan Artis Infaq Seni (WAFI) adalah inisiatif sekumpulan insan seni atau artis selebriti di Malaysia untuk menjalankan aktiviti kemanusiaan dengan berinfaq melalui bakat seni mereka dan pengaruh mereka untuk mengajak peminat bersama-sama dalam kerja kebajikan dan kemanusiaan. Perkumpulan ini juga menjadi satu entiti dengan menyokong usaha Sekretariat International Wakaf dan Infaq Aqsa anjuran MAPIM yang sedang berjalan sepertimana yang telah sedia maklum sejak pelancaran di Majlis Iftar Amal MAPIM di ibu negara Ramadan yang lalu.

Wawasan Artis Infaq Seni (WAFI)

Sempena Karnival Ummah Bestari yang sedang berlangsung anjuran Naurah Care Malaysia dan Rabbani Empire Resources, WAFI dilancarkan secara rasmi. Sehubungan itu, MAPIM selaku NGO induk kepada inisiatif ini berbesar hati dengan kehadiran tetamu dan para media ke majlis pelancaran tersebut yang telah disempurnakan oleh YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Perpaduan Negara.

Wawasan Artis Infaq Seni (WAFI)
Ucapan serta gimik pelancaran oleh YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

VISI WAFI

Wadah bagi seramai mungkin insan seni dalam usaha mereka berwaqaf dan Infaq melalui aktiviti kesenian mereka tanpa mengira latar belakang professional dan bidang diceburi.

MISI WAFI

Menyumbang kepada usaha Waqaf dan Infaq melalui platform seni kepada usaha kemanusiaan sama ada dalam negara mahupun diperingkat antarabangsa.


IKON ARTIF WAFI | DAQMIE DAN KUMPULAN RABBANI


Wawasan Artis Infaq Seni (WAFI)
Ikon Artis Wafi | Daqmie & kumpulan Rabbani

Buat masa ini Rabbani dan Daqmie telah dimahsyurkan sebagai Ikon Artis Wafi dan mereka percaya pada masa hadapan jumlahnya akan bertambah dengan dokongan semua rakan artis dan insan seni di dalam negara.

Wafi akan mengadakan beberapa siri jelajah program kebajikan dan kemanusiaan bagi menyantuni isu-isu umat yang memerlukan di mana-mana sahaja termasuk usaha mengadakan program khusus dikalangan insan seni bagi menjadikan Wafi sebagai platform mereka berwaqaf dan infaq melalui bakat keseniaan mereka kepada masyarakat.

Wawasan Artis Infaq Seni (WAFI)
Persembahan Istimewa Kumpulan Rabbani

Wafi akan menjalinkan kerjasama dan kegiatan dengan semua jaringan artis di rantau ASEAN dan dunia dalam mengangkat isu kemanusiaan dimana sahaja terutama dalam usaha menyokong perjuangan Al-Aqsa khususnya. Ini kerana Al-Aqsa adalah puncak kepada segala isu kemanusiaan di dunia yang melewati isu keagamaan.

Wawasan Artis Infaq Seni (WAFI)

Satu misi kemanusiaan Al Aqsa musim sejuk akan digerakkan yang mana pada 22 November 2022 oleh Wafi dan Mapim bagi membawa bantuan yang diperlukan untuk Al-Aqsa dan beberapa Kem Pelarian Palestin di Jordan. Sehubungan itu, Wafi mengajak seramai mungkin rakan selebriti atau artis yang ingi bersama-sama dalam delegasi tersebut kesana dan juga sebanyak mungkin penglibatan rakan artis dalam mengumpul dana kemanusiaan Al-Aqsa bagi tujuan tersebut mulai hari pelancarannya.


KARNIVAL UMMAH BESTARI


Karnival Ummah Bestari diadakan di Dewan Lay Park, Pertama Kompleks, Kuala Lumpur. Bermula sejak 22 Julai 2022 sehingga 31 Julai 2022, pelbagai aktiviti diadakan di sini termasuklah gerai jualan dan pamrean, persembahan artis, bual bicara, program iqra bacalah, pertandingan karaoke lagu ketuhanan, pertandingan nasyid dan pelbagai lagi. 



Semoga dengan tertubuhnya Wawasan Artis Infaq Seni (WAFI) dapat menggerakan usaha kebajikan dengan lebih menyeluruh serta pengaruh artis-artis ini juga dapat memberi manfaat kepada para peminat untuk bersama-sama melakukan perkara kebajikan dan kemanusiaan.

WAWASAN ARTIS INFAQ SENI (WAFI)



SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post