Hidangan Buffet Citarasa Malaysia di Sofitel Kuala Lumpur Damansara

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Truly Malaysia Buffet Sofitel Kuala Lumpur Damansara

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;
Biarpun jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan. 

Jarang sekali penulisan dimulakan dengan pantun, kali ini aku nak kongsikan kepada anda semua tentang Truly Malaysia Buffet di salah sebuah hotel terkemuka yang terletak di ibunegara. Kalau bercakap tentang buffet, pastinya ramai yang suka termasuklah aku sendiri sebab kita boleh makan apa sahaja makanan yang disediakan tanpa memikirkan tentang kuantitinya. 


Sofitel Kuala Lumpur Damansara, sebuah hotel bertaraf 5 bintang merupakan sebuah hotel terkemuka dengan fasiliti dan kemudahan yang cukup lengkap dan eksklusif. Tapi kali ini bukanlah nak bercerita panjang tentang hotelnya tetapi tentang sebuah restoran yang terletak di dalamnya iaitu restoran Kwee Zeen by Asian Dining yang menawarkan Truly Malaysia Buffet.


Bermula sejak 4 Ogos 2022 yang lalu sehingga 24 November 2022, anda boleh menikmati hidangan lazat melalui Truly Malaysian Buffet di Kwee Zeen by Asian Dining yang ditawarkan pada setiap hari khamis. Bermula seawal jam 6.30 petang sehingga jam 10.00 malam, anda boleh menikmati pilihan hidangan yang pelbagai dengan iringan muzik secara langsung yang mendamaikan. 

Berikut adalah antara hidangan yang anda boleh cuba ;


Malay-Asian 7 Wonder Highlights
  • Pinasakan Sada Ikan Merah (Sabah)
  • Chicken Curry Ala- Kapitan (Melaka)
  • Gulai Lemak Chili Padi Daging Salai (Negeri Sembilan)
  • Botok-Botok Sotong Kembang (Terengganu)
  • Gulai Kambing Belimbing Muda (Perak)
  • Opor Daging Wagyu (Pahang)

Berikut adalah antara hidangan makanan yang anda boleh nikmati sepuas-puasnya di Kwee Zeen, Sofitel Kuala Lumpur Damansara.
















Pelbagai hidangan dan masakan dengan citarasa Malaysia dihidangkan disini. Yang pastinya, bila anda datang ke sini, jangan lepaskan peluang untuk mencuba dan rasa setiap hidangan lauk ini. 

Antara yang menjadi pilihan peribadi aku adalah opor daging wagyu, daging salai masak lemak dan juga hidangan ayam berkuah yang sememangnya sedap dan rasanya memang authentic.




Hidangan kukus juga tersedia disini seperti dim sum dan beberapa lagi hidangan citarasa Cina yang sememangnya sedap.




Hidangan sate ayam dan sate daging juga tersedia di sini. Seperti mana yang anda tahu, aku merupakan peminat sate terulung dan sate di sini sememangnya sedap. Pujian perlu diberikan pada kuah kacangnya kerana rasanya yang enak melengkapkan lagi hidangan sate itu.




Selain itu, pelbagai manisan tersedia disini, kek, puding, pelbagai kuih muih, cendol, ABC dan sebagainya yang anda boleh dapatkan tanpa memikirkan tentang kuantiti. (Mungkin fikirkan tentang kalori & kandungan gula, tapi sekali-sekala apa salahnya.)


Pelbagai jenis salad dan kerabu yang tersedia dan dihidangkan dengan sunggh enak. Selain itu, semuanya memang segar dan menyelerakan.




Pelbagai hidangan berasaskan mee juga tersedia disini untuk anda cuba. Selain itu, hidangan seperti steamboat juga tersedia disini dan menanti waktu sahaja untuk anda cuba.


Suasana di restoran Kwee Zeen juga sangat selesa dengan susun atur meja yang kemas, ruang untuk mengambil makanan buffet juga luas jadi senang dan mudah untuk pengunjung berulang alik mengambil makanan.

Untuk harga pula bagi Truly Malaysia Buffet ini adalah RM128+ untuk setiap orang manakala potongan diskaun harga sbanyak 50% bagi kanak-kanak berusia 7-11 tahun.

Truly Malaysia Buffet Sofitel Kuala Lumpur Damansara

Jujurnya pengalaman makan dan nikmati hidangan Truly Malaysia Buffet di Kwee Zeen, Sofitel Kuala Lumpur Damansara ini adalah sangat seronok. Pilihan makanan yang memang banyak dan sedap-sedap belaka adalah satu sebab utamanya mengapa aku suka makan di sini.

Selain itu, suasana ketika makan juga sangat santai, sambil diiringi nyanyian dan muzik membuatkan kita selesa untuk makan makanan yang banyak. Oleh itu, aku sarankan dan cadangkan untuk anda datang dan cuba sendiri hidangan yang pelbagai ini di Kwee Zeen @ Sofitel Kuala Lumpur Damansara.

Kwee Zeen @ Sofitel Kuala Lumpur Damansara

Lokasi : Level G, Sofitel Kuala Lumpur Damansara, No. 6, Jalan Damanlela, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur
Hubungi : 03 27206608 atau WhatsApp 018 873 2028. 

Untuk info lanjut tentang Truly Malaysia Buffet, layari : https://www.sofitel-kualalumpur-damansara.com/offers/truly-malaysia-buffet-feast/

SEKIAN

3 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. bestnya makan buffet, selalu time ramadan jer kan dapat makan buffet ni kan Aeril

    ReplyDelete
  2. Ni baru betul-betul truly Malaysia nih, macam2 ada. Lama tak makan buffet..

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post