Makan di Pak John Steamboat & BBQ, Great Eastern Mall, Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pak John Steamboat & BBQ, Great Eastern Mall, Kuala Lumpur

Baru-baru ini aku berpeluang ke restoran Pak John Steamboat & BBQ di Great Eastern Mall, Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan anda, ini merupakan pertama kali aku makan di restoran ini. Kepada yang pernah baca artikel aku sebelum-sebelum ini mesti tahu bahawa aku adalah penggemar makanan steamboat.

Pak John Steamboat & BBQ, Great Eastern Mall, Kuala Lumpur

In shaa Allah, kali ini aku akan kongsikan menu-menu yang terdapat di sini serta pendapat aku tentang pengalaman makan di restoran Pak John Steamboat & BBQ di Great Eastern Mall.✌

MAKAN DI PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ DI GREAT EASTERN MALL, KUALA LUMPUR


Pak John Steamboat & BBQ di Great Eastern Mall ini merupakan cawangan terbaru mereka. Untuk makluman, ini merupakan cawangan restoran Pak John Steamboat & BBQ yang ke empat. Cawangan lain adalah di Tropicana Gardens Mall, IOI City Mall dan Aeon Kota Bharu. Restoran ini dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam dan dapat memuatkan sehingga 260 pelanggan pada satu-satu masa. 

Tempat meletak kereta di Great Eastern Mall ini pula bagi aku sangat murah iaitu untuk hari bekerja, percuma pada jam yang pertama dan RM1 untuk jam berikutnya. Maksimum kadarnya adalah pada RM7 manakala selepas jam 5 petang, hanya RM1 sahaja. Untuk hari minggu pula kadarnya adalah RM1 sahaja.

Pak John Steamboat & BBQ, Great Eastern Mall, Kuala Lumpur

RUANGAN DALAM RESTORAN PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ BUFFET

Pak John Steamboat & BBQ, Great Eastern Mall, Kuala Lumpur

Masuk sahaja ke dalam restoran Pak John Steamboat & BBQ ini anda akan melihat kaunter pembayaran terlebih dahulu. Seterusnya anda akan melihat ruangan tempat makan yang banyak dan pelbagai jenis.

Anda boleh memilih sama ada mahu duduk di bahagian tepi tingkat, bersandar di dinding atau berada dekat dengan makanan.

Pak John Steamboat & BBQ, Great Eastern Mall, Kuala Lumpur

Pak John Steamboat & BBQ, Great Eastern Mall, Kuala Lumpur

Memang kelihatan selesa untuk anda datang makan di sini bersama keluarga, rakan-rakan dan sebagainya. Suasana di dalam restoran ini juga sejuk dengan penghawa dingin yang berfungsi dengan baik.

Pak John Steamboat & BBQ, Great Eastern Mall, Kuala Lumpur

Bilik VIP juga tersedia di sini, bilik VIP 1 boleh memuatkan sehingga 30 orang manakala bilik VIP 2 boleh memuatkan sehingga 20 orang. Sesuai untuk anda yang ingin mengadakan majlis, acara atau sebarang sambutan di sini.

MENU MAKANAN YANG DITAWARKAN DI PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ BUFFET

Pak John Steamboat & BBQ, Great Eastern Mall, Kuala Lumpur
Antara pilihan makanan yang sudah siap dimasak.

Pak John Steamboat & BBQ, Great Eastern Mall, Kuala Lumpur
Pilihan sushi yang enak dan pelbagai

Pak John Steamboat & BBQ, Great Eastern Mall, Kuala Lumpur
Spaghetti, nasi goreng dan lauk ayam


Pilihan makanan yang sudah siap dimasak memang banyak. Antara yang anda boleh cuba adalah seperti pilihan Dim Sum, hidangan bergoreng seperti nugget, popia, samosa dan keropok. Selain itu, anda juga boleh mengambil nasi goreng dan makan bersama ayam yang dipanggan dan sebagainya. Untuk pilihan lain, anda juga boleh memilih untuk makan beberapa pilihan sushi yang disediakan dan sebagainya.

Terdapat enam jenis sup di sini dan daripada enam itu anda boleh memilih dua daripadanya iaitu :-
  • Prawn Soup
  • Fish Soup
  • Kimchi Soup
  • Tomyum Soup
  • Curry Soup
  • Chicken Soup

Pak John Steamboat & BBQ, Great Eastern Mall, Kuala Lumpur
Pilihan sayur-sayuran

Pak John Steamboat & BBQ, Great Eastern Mall, Kuala Lumpur



ak John Steamboat & BBQ, Great Eastern Mall, Kuala Lumpur
Pilihan seafood dan bebola

Pak John Steamboat & BBQ, Great Eastern Mall, Kuala Lumpur

Pak John Steamboat & BBQ, Great Eastern Mall, Kuala Lumpur
Pilihan perapan daging dan ayam / sotong

Anda boleh memilih pelbagai jenis sayur-sayuran segar yang disediakan seperti kangkung, sawi, kubis dan pelbagai lagi. Makanan laut turut disediakan seperti kerang, udang dan sebagainya juga termasuklah beberapa lagi pilihan bebola.

Untuk pilihan perapan pun memang banyak. Macam aku sendiri, aku mencuba kesemuanya sekali. Oh ya, anda juga boleh memilih untuk dapatkan Daging Premium tetapi harganya berbeza dan ia adalah mengikut permintaan pelanggan itu sendiri.


Pak John Steamboat & BBQ, Great Eastern Mall, Kuala Lumpur
Pilihan Aiskrim

Pak John Steamboat & BBQ, Great Eastern Mall, Kuala Lumpur
Pilihan air minuman

Pilihan untuk minuman memang banyak, anda boleh pilih sama ada mahu minuman bergas, jus buah-buahan, kopi dan teh atau minuman sihat seperti air kosong dan air panas. 

Untuk pilihan manisan pula, disini terdapati aiskrim dengan pelbagai jenis, waffle dengan pelbagai jenis sapuan, puding buah dan pelbagai lagi.

SENARAI HARGA BUFFET DI PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ

WEEKDAY BUFFET

LUNCH: 
Monday-Friday (11am-5pm)
  • Dewasa : RM53.90
  • Kanak-Kanak : RM 31.90 (6 - 12yo)
  • Students/ Senior Citizen/ OKU : RM44.90

DINNER:
Monday- Thursday (5pm -10pm)
  • Dewasa: RM65.90
  • Kanak-Kanak : RM33.90 (6 - 12yo)
  • Student/ Senior Citizen/ OKU - RM44.90

WEEKEND BUFFET

Weekends/Public Holidays/Friday Nights/Eve of Public Holidays
  • Dewasa - RM73.90
  • Kanak-Kanak : - RM38.90 (6 - 12yo)
  • Senior Citizen/ OKU - RM63.90

ULASAN MAKAN DI PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ GREAT EASTERN MALL

Pak John Steamboat & BBQ, Great Eastern Mall, Kuala Lumpur

Kekenyangan. Itulah yang terjadi pada aku  dan rakan-rakan yang turut bersama makan di Pak John Steamboat & BBQ ini. Pelbagai jenis makanan yang tersedia membuatkan aku buntu untuk memilih mana satu makanan yang perlu dimakan.

Yang paling aku suka adalah Premium Quality Meat iaitu Smoke Duck yang sememangnya sangat sedap dan rasa 'asap'nya sangat terasa apabila ia menyentuh sahaja pada bahagian deria rasa lidah aku. Selain itu, antara perapan daging atau ayam yang aku suka adalah Salted Egg Chicken. Rasanya memang penuh dengan warna dan tahap kemasinannya tidak melampau.

Pak John Steamboat & BBQ, Great Eastern Mall, Kuala Lumpur

Pilihan sup pada hari itu adalah tomyum soup dan chicken soup. Tidak seperti di beberapa tempat steamboat buffet lain yang aku pergi, disini anda diberi 6 pilihan sup dan perlu memilih 2 untuk diletakkan pada dua bekas di tepi tempat memanggang. Sesuailah untuk and ayang mungkin datang dengan kumpulan, dan ada yang tidak boleh makan pedas dan sebagainya, ada dua pilihan yang anda boleh pilih.

Sushi yang disediakan juga memang sedap dan menjadi pilihan aku. Selain itu, aku juga mencuba manisan yang terdapat di sini iaitu puding pelbagai perisa. (Maaf tiada gambar, tak sempat nak ambil). Puding yang aku suka adalah puding oren sebab rasanya yang kuat dan asli.

Suasana dalam restoran ini juga sangat tenang, luas dan kawasan mengambil makanan tidak sempit, jadi senang untuk pelanggan mengambil makanan walaupun dipenuhi beberapa orang dalam satu-satu masa. Selain itu, seni lukisan dan beberapa mural di dinding juga memang cantik, sesuai untuk anda berOOTD dan sebagainya di sini.

Kesimpulannya, aku seperti biasa ingin mengajak anda untuk datang ke Pak John Steamboat & BBQ di Great Eastern Mall, Kuala Lumpur dan rasai sendiri pengalaman makan steamboat yangs edap, menyelerakan dan unik ini.


PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ GREAT EASTERN MALL



Lokasi : Lots 9, Level 3, Great Eastern Mall, Jln Ampang, 50450 Kuala Lumpur



#PakJohnSteamboatBBQ #SteamboatHalal #PakJohnHalal #Halal #GreatEasternMall

1 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم