Vit's Perkasa Veteran TUDM Squad Handau Hari Kebangsaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera


VIT’S PERKASA VETERAN TUDM SQUAD HANDAU HARI KEBANGSAAN

Sudah menjadi lumrah apabila berada dalam sesebuah organisasi untuk tempoh yang lama, pelbagai kenangan pahit dan manis pastinya terpahat dalam ingatan. Ibarat tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Pepatah itu sesuai untuk dikaitkan dengan bekas anggota Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM), Mohd Tazri Yang, apatah lagi 31 Ogos ini merupakan Hari Kebangsaan dan juga tarikh kelahiran beliau. 

Meskipun sudah lebih 30 tahun meninggalkan kerjayanya sebagai anggota Skuad Handau, segala kenangan yang ditempuhi sepanjang tempoh berkhidmat masih diingati meskipun beliau kini telah menjengah ke usia 70 tahun. Selain pernah menjadi jurulatih menembak serta penerjun udara, Mohd Tazri juga pernah menjadi salah seorang Ketua Penyelamat Anggota Pasukan Payung Terjun dalam bahagian Pasukan Penyelamat TUDM. 


Misi menyelamat mayat mangsa pesawat Cessna 402B yang terhempas pada 3 Februari 1986 akibat cuaca buruk di Lawas sempadan Sabah Sarawak, ternyata sukar dilupakan. Lebih menyayat hati, keseluruhan lapan anggota yang terbunuh itu merupakan teman sepasukannya. Beliau yang mengetuai misi itu menjalankan tugas mencari anggota tentera yang terkorban di pergunungan Borneo. Mohd Tazri dan pasukannya menaiki pesawat dan turun di pertengahan hutan Borneo untuk mencari cebisan-cebisan mayat. Meskipun sedih, namun menjadi tanggungjawabnya sebagai anggota Pasukan Penyelamat TUDM untuk sentiasa bersedia dengan apa jua keadaan dan misi yang dijalankan. 


Pada era 1978, Mohd Tazri yang ketika itu berusia 24 tahun juga pernah menjalani latihan komando. “Saya mengikuti latihan selama tiga bulan dalam keadaan teruk dan lasak hingga mengganggu kesihatan mental saya. Keadaan itu menyebabkan saya lupa nama anakanak,” ceritanya dengan nada sebak. Dek kerana itu, bapa kepada lapan orang cahaya mata ini mengalami masalah pendengaran dan penglihatan. 


Namun katanya, itulah pengalaman yang tidak akan mampu dibelinya dengan wang ringgit. Beliau yang kini bergantung kepada bantuan saraan pencen berharap sekiranya ada pihak yang sudi mengambil tahu perihal kadar pencen para veteran yang masih sama seperti 20 tahun lalu. “Kadar ini perlu dinaikkan memandangkan kos sara hidup kini semakin meningkat. 

Saya berterima kasih kepada pihak VIT’S kerana mengambil berat dan mengenang jasa veteran sempena merdeka ini. “Tanpa jasa wira negara seperti kami, generasi kini tidak akan rasai segala kesenangan yang ada di bumi Malaysia ini,” katanya. Sementara itu, Pengarah Pembangunan Vit Makanan Kuala Lumpur Sdn Bhd, Yaeh Tat berkata, sebagai sebuah syarikat pengeluar mi segera yang beroperasi sejak 1975, VIT’S telah menjalankan pelbagai aktiviti menerusi tanggung jawab sosial korporat (CSR) mereka. 

Wira negara yang banyak berkorban dibantu dengan mendermakan sejumlah bantuan makanan kepada Persatuan Veteran Tentera Udara. “Ini merupakan tahun kedua pembabitan VIT’S dalam program bantuan kepada Persatuan Veteran Malaysia. Ia sebagai tanda terima kasih buat bekas wira negara dan rakyat Malaysia yang telah menyokong VIT’S sejak tahun 1975 hingga kini,” jelasnya yang merupakan generasi kedua VIT’S. 

Untuk makluman lanjut tentang VIT’S, anda boleh lawati di laman sesawang www.vitsnoodles.com.

SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post