Forum Literasi Undang-Undang Syariah | Kolaborasi Ikon Wanita Selangor 2022 bersama BAGUS

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Boleh dikatakan setiap hari boleh melihat berita tentang masalah rumah tangga, penganiayaan wanita dan sebagainya. Pelbagai faktor yang menyebabkan terjadinya keganasan dalam rumah tangga berlaku yang akhirnya menyebabkan tekanan mental dan sebagainya berlaku.

Mangsa dalam keganasan rumahtangga ini tidak kira sama ada suami atau isteri kadangkala tidak mempunyai kekuatan untuk bersuara melalui saluran yang betul. Sebagai contoh, isteri pastinya tidak berani untuk bersuara kerana bimbang akan masa depan serta kebajikan anak-anaak sekiranya tiada suami di sisi.


Bertepatan dengan isu yang semakin membimbangkan ini, satu program Forum Literasi Undang-Undang Syariah telah berlangsung pada 14 Oktober 2022 yang lalu di Bangi, Selangor. 

FORUM LITERASI UNDANG-UNDANG SYARIAH: MENGANIAYA ISTERI MENZALIMI SUAMI

Forum yang bertajuk Literasi Undang-Undang Syariah: Menganiaya Isteri Menzalimi Suami ini telah diadakan  di Dewan Rafflesia, Bangunan NIOSH Auditorial, Seksyen 15 Bangi, Selangor. 

Untuk makluman, forum ini merupakan anjuran bersama antara Wanita Ikon Selangor dan Persatuan Peguam Syariah Malaysia (PGSM). Selain itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), PGSM Seangor dan National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) turut bekerjasama dalam menjayakan forum ini. 


Forum ini telah dihadiri oleh Ikon Negeri Selangor iaitu Datin Rita Sosilawati, wakil dari NGO, ahli PGSM, peguam dan pelanggan serta pihak media. Forum ini dikemudikan oleh Tuan Mohd Ridhwan Husin dan disertai oleh tiga orang panel lain iaitu Dato' Dr. Mohd Zaidi bin Hj Md Zain (D.I.M.P) (Dari Sudut Syariah), Dato' Hazizah Binti Kasim (Dari Sudut Undang-Undang) dan Datuk Dr. Norhafizah Musa (Dari Sudut Hukum Syarak).

Melalui forum ini memang banyak info dan persoalan yang diulas secara mendalam melalui ketiga-tiga sudut iairu syariah, undang-undang dan hukum syarak. Perkongsian pengalaman oleh panel juga banyak memberikan informasi buat para tetamu yang datang sekaligus dapat meningkatkan ilmu alam rumah tangga.


PROGRAM KLINIK GUAMAN SYARIE


KLINIK GUAMAN SYARIE PERCUMA BERSAMA RAKYAT dianjurkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). PGSM sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang menaungi sebahagian besar Peguam Syarie mengambil inisiatif untuk mengadakan Klinik Guaman Syarie yang mana menyediakan Khidmat Nasihat Guaman Syarie secara Percuma di seluruh Malaysia khususnya mengikut Zon Utara, Zon Selatan, Zon Pantai Timur dan Zon Selatan. Klinik ini dinamakan sebagai "Klinik Guaman Syarie (KGS-PGSM).

PGSM mempunyai sukarelawan-sukarelawan dari kalangan Peguam Syarie, yang bersedia memberikan khidmat nasihat guaman Syarie secara PERCUMA kepada masyarakat Islam yang mempunyai masalah rumahtangga akan memfailkan kes atau yang telah mempunyai kes di Mahkamah Syariah.

OBJEKTIF PROGRAM ini adalah untuk menjadi PUSAT utama kepada masyarakat Islam yang berurusan di Mahkamah Syariah mendapatkan nasihat tentang perundangan Syariah secara tepat dan betul. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk MENGELAKKAN pihak-pihak ang terlibat dalam kes di Mahkamah Syariah dari mendapatkan nasihat dariapda orang-orang atau pihak-pihak yang salah seperti 'ulat-ulat' Mahkamah.


PUSAT BANTUAN GUAMAN SYARIE (BAGUS)


PENGENALAN BAGUS : BAGUS bermantalamat untuk memastikan umat Islam di Negara ini terutamanya golongan B40 diberi akses kepada keadilan, khususnya di Mahkamah Syariah. BAGUS adalah bagi menjalankan sebahagian khidmat PGSM kepada masyaratkat Islam di negara ini, sesuai dengan kepakaran yang dimiliki oleh ahli-ahli PGSM.

BAGUS berteraskan kepada dua perkhidmatan asas :

a) memberikan khidmat nasihat undang-undang (legal advide), secara percuma kepada masyarakat Islam yang ingin mendapatkan nasihat perundangan berhubung proses dan prosedur tuntutan dan menjawab tuntutan mal di Mahkamah SYariah.

b) menyediakan khidmat bantuan guaman (advocacy support), secara percuma iaitu mewakili pihak-pihak untuk membuat tuntutan atau menjawab tuntutan (mal) di Mahkamah Syariah, dengan kos yang minimum, yang akan dibiayai oleh pihak kerajaan.

KELAYAKAN BANTUAN

Kategori 1 - Golongan B40 yang menikmati gaji dan pendapatn isi rumah keluarga sebanyakj RM4,850 sebulan dan ke bawah (bawah RM58,200 setahun)

Kategori 2 - Golongan M40 yang menikmati gaji dan pendapatan isi rumah antara RM4,851 sebulan sehingga RM10,970 sebulan (antara RM58,212 hingga RM131,640 setahun).

IKON WANITA SELANGOR DATIN RITA SOSILAWATI


Ikon Wanita Selangor 2022 iaitu Datin Rita Sosilawati menjelaskan pada pertemuan bersama media dimana sokongan dari pihak beliau tidaklah terhad pada tempoh tertentu. Beliau juga berbesar hati untuk membantu para wanita yang teraniaya di dalam keganasan rumah tangga untuk bangkit menambah pendapatan serta meneruskan kehidupan. Selain itu, beliau turut akan membantu mereka dari segi nasihat dan tunjuk ajar dalam perniagaan yang ingin mereka ceburi. 


Kepada anda yang teraniaya tidak kira sama ada wanita atau lelaki, sekiranya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan kemelut rumahtangga, anda bolehlah dapatkan bantuan BAGUS dengan scan pada QR kod dibawah atau klik pada link pendaftaran BAGUS yang disertakan.  



SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post