Sarang-K bersama Menu Terbaru K-Crunch Marrybrown

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Untuk peminat makanan Korea, anda bolehlah ke cawangan Marrybrown sekarang untuk menikmati pilihan menu terbaru mereka iaitu menu K-Crunch Marrybrown. Baru-baru ini aku berpeluang untuk mencuba sendiri pilihan menu yang terdapat dalam promosi terbaru oleh Marrybrown ini.


SARANG-K BERSAMA MARRYBROWN


Khas buat pencinta makanan, sekali lagi untuk anda memulakan pengembaraan Around the World sambil berSarang-K bersama Marrybrown, Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) Halal tempatan terbesar dan paling popular di Malaysia. Tersedia di semua cawangan Marrybrown di seluruh negara, rakyat Malaysia kini boleh mengucapkan annyeong dengan menu K-Crunch Marrybrown - hidangan berinspirasikan Korea yang akan menggamit selera dengan keenakan gabungan rasa pedas dan manis.

K-Crunch Chicken Burger

Dengan pengalaman dalam menghidangkan makanan berkualiti kepada peminat Memang Best mereka, Marrybrown kekal dengan misi mereka untuk menawarkan "Ada Kelainannya" dan lazat untuk memenuhi citarasa rakyat Malaysia. Oktober ini, Marrybrown berbesar hati menyajikan menu ayam rangup yang disalut dengan sos Gangjeong yang manis dan pedas. Penggemar boleh menikmati menu K-Crunch Marrybrown yang berkualiti sambil berimaginasi dalam suasana di Korea yang mengujakan!

“Budaya moden Korea semakin mendapat tempat di Malaysia. Dengan ini, rakyat Malaysia dapat menemui cara tersendiri untuk merakam detik-detik manis K-pop. Sama seperti rakyat negara yang mengintegrasikan budaya Korea, kami di Marrybrown turut dipengaruhi gelombang Hallyu dalam penyediaan makanan dengan sentuhan tempatan untuk menjadikannya lebih menarik," 
kata Dato' Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

Ayam K-Crunch

MENU K-CRUNCH HIDANGAN SENSASI

Seperti budaya K-Pop yang menarik dan mengasyikkan, menu K-Crunch merupakan hidangan sensasi yang diperbuat dari bahan-bahan berkualiti untuk menghasilkan citarasa sentuhan Korea dengan sempurna. Penggemar kini boleh seakan merasakan keindahan Seoul hanya dengan menikmati hidangan K-Crunch Chicken Combo yang didatangkan dengan 2 ketul ayam rangup, bersama kentang goreng dan minuman K-Fizz berperisa “yuzu” dan markisa yang menyegarkan, harga bermula dari RM20.90. Bagi penggemar burger, dapatkan kelazatan K-Crunch Chicken Burger Combo yang dihidangkan bersama kentang goreng dan minuman K-Fizz, harga bermula dari RM16.90.

Kimchi Rice Bowl

Sebagai alternatif, jika anda meinginkan hidangan menyelerakan dengan sedikit kelainan, Kimchi Rice Bowl Combo yang berharga dari RM13.10 adalah pilihan yang terbaik. Hidangan yang dilimpahi dengan Sos K-Crunch yang pedas dan manis akan membuat anda meminta lagi! Jika anda mahu menikmati kesemua menu, K-Crunch Box Meal adalah pilihan yang ideal! Dengan harga bermula dari RM26.50, lengkap dengan K-Crunch Chicken Burger, 1 ketul K-Crunch Chicken, 2 ketul Chicken Dumpling, kentang goreng dan minuman K-Fizz. Peminat juga boleh menambah K-Crunch Chicken Dumpling and Cheesy Sausage yang berharga dari RM7.90 untuk hidangan yang lebih memuaskan.

“Selaras dengan objektif kami yang sentiasa menginginkan sesuatu yang berbeza, kami sangat gembira kerana dapat memberikan kelainan yang baharu kepada rakyat Malaysia yang sentiasa suka mencuba! Kami yakin setelah mereka merasai menu K-Crunch kami, mereka akan dapat berinspirasi mencipta detik-detik K-pop mereka tersendiri,” 
kata Dato’ Joshua.

Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih dari 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman pemakanan yang sempurna. 

K-Crunch Chicken Dumpling and Cheesy Sausage

ULASAN MENU K-CRUNCH MARRYBROWN

Seperti biasa setelah aku mencuba set menu dalam piluhan menu terbaru Marrybrown ini, pastinya aku akan menulis ulasan sedikit buat menu yang dicuba dan dirasa.

🐔 K-Crunch Chicken Combo
🐔 K-Crunch Chicken Burger Combo
🐔 Kimchi Rice Bowl
🐔 K-Crunch Box Meal
🐔 K-Crunch Chicken Dumpling and Cheesy Sausage

Kentang Goreng Marrybrown

Terdapat empat menu kesemuanya yang anda boleh pilih mengikut saiz dan harga yang bersesuaian. Aku sendiri dan cuba semua menu berikut, pertamanya yang aku nak ulaskan adalah tentang sos Gangjeong yang manis dan pedas.  Sos Gangjeong ni bagi aku memang pedas dan mereka yang suka makanan pedas pasti akan suka. Boleh dikatakan pada semua menu terdapat sos gangjeong ini ya!

Seterusnya, aku sangat suka dengan Kimchi Rice Bowlnya. Nasinya agak berlainan dan dimasak bersama kimchi, ditambah dengan ketulan ayam, telur dan sebagainya, memang menyelerakan dan mengenyangkan! Chicken Dumpling dan Cheesy Sausage juga antara menu tambahan yang sedap. Rasanya memang enak. Bolehlah makan bersama minuman K-Fizz yang juga sedap, manis dan menghilangkan dahaga.

Minuman K-Fizz

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, hidangan Around the World, MB App, promosi dan perkhidmatan penghantaran mereka, sila layari:

Website: https://marrybrown.com/ 
MB App: https://mbapp.marrybrown.com/ 
Facebook: Marrybrown Malaysia
Instagram: Marrybrownmy
YouTube: Marrybrown TV


#Marrybrown #MarrybrownMY #SomethingDifferent #MBKCrunchChicken #MBAroundTheWorld

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post