Konsert Amal Agungnya Cinta: Beramal Melalui Inisiatif Kutipan Dana Amal Yayasan UNITI

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Konsert Agungnya Cinta

Sebuah konsert islamik berjudul Konsert Agungnya Cinta bakal diadakan pada penghujung tahun 2022 ini sebagai kemuncak bagi inisiatif amal Agungnya Cinta yang diusahakan oleh Yayasan UNITI dan dengan kerjasama Afocus Media Ventures (AMV) untuk mengumpul dana bagi usaha kebajikan dan pelbagai lagi.

Konsert Agungnya Cinta

Untuk makluman, inisiatif Agungnya Cinta merupakan satu usaha murni hasil kerjasama Afocus Media Ventures (AMV), produser media Islamik Kontemporari dan Yayasan UNITI untuk mengumpul dana amal menjana pelbagai aktiviti kebajikan kelolaan Yayasan UNITI.

Konsert Agungnya Cinta

Yayasan UNITI telah ditubuhkan pada tahun 1998 merupakan sebuah badan yang bukan berasaskan keuntungan dengan matlamat khusus untuk membasmi kemiskinan melalui pendekatan yang proaktif dan berbeza.

Antara aktiviti kebajikan yang dijangka akan mendapat manfaat daripada inisiatif Agungnya Cinta ini termasuklah ;


✅Feet 4 Life
Pemberian kaki palsu percuma kepada lebih 700 OKU Asnaf di seluruh Malaysia, dengan kerjasama Uniti Waqi Sdn. Bhd dan Kedidi Global Sdn. Bhd.

1 Keluarga 1 Graduan
Siri program pendidikan yang membantu memastikan sekurang-kurangnya seorang ahli daripada golongan keluarga B40 untuk layak melanjutkan pelajaran ke IPT

Tuisyen Percuma 
Program tuisyen percuma yang telah dijalankan sejak tahun 2010 untuk meringankan bebanan keluarga dengan membiayai sebahagian daripada kos pendidikan serta menjadi penggerak kepada pelajar untuk terus meningkatkan potensi diri dalam bidang akademik.

Waqaf Tunai ASEAN Mall
Pusat membeli-belah yang bukan saja membekalkan makanan halal dan keperluan penggunaan harian untuk masyarakat setempat, malah juga bertindak sebagai gerbang produk halal wilayah ASEAN

dan pelbagai lagi aktiviti yang sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa.

Konsert Agungnya Cinta

PENGANJURAN KONSERT AGUNGNYA CINTA (KAC2022)

Konsert Agungnya Cinta

Konsert Agungnya Cinta: Menyusuri Sirah Baginda yang akan diadakan pada 30 Disember 2022 ini menampilkan barisan artis popular seperti kumpulan Raihan, UNIC, Mirwana dan Naim Daniel, persembahan khas sketsa oleh Man Raja Lawak dan dendangan syair tradisi oleh Galuh Cendra Kirana.

Konsert Agungnya Cinta

Lebih menarik nyanyian nasyid dan persembahan artis popular tersebut akan diselang-selikan dengan  penceritaan riwayat hidup Rasullullah dan diceritakan semula dalam bentuk tazkirah oleh Ustaz Don Daniyal dan Imam Muda Megat Mohd Zaid.

Konsert Agungnya Cinta
Ustaz Don Daniyal & Imam Muda Megat

Konsert yang dijangka bakal berlangsung selama dua jam ini diadakan di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur yang mampu memuatkan kira-kira 800 orang untuk jamuan makan malam. Konsert ini akan bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir sekitar jam 11.30 malam dan lebih menarik akan turut disiarkan secara langsung di atas talian sebagai memenuhi permintaan para peminat hiburan Islamik.

Pakej sumbangan yang boleh dipilih mengikut pilihan masing-masing adalah seperti berikut;

🌙Pakej individu bernilai RM250, RM500, RM1,100
🌙Pakej Bronze (RM10,000)
🌙Pakej Silver (RM20,000)
🌙Pakej Gold (RM30,000) 
🌙Pakej Platinum (RM50,000)

Sumbangan untuk inisiatif Agungnya Cinta boleh dibuat menerusi laman sesawang https://kac.amv.events/, sama ada mengikut pakej yang telah ditawarkan atau sebarang jumlah bebas mengikut kemampuan. Maklumat lanjut berkenaan pakej sumbangan ini juga boleh dilihat di laman yang sama.


UPDATE / TERKINI : Atas permintaan ramai, tiket yang lebih mampu milik telah dibuka. Kepada yang berminat, boleh https://www.ticket2u.com.my/event/29465?r=kacblogger untuk membeli tiket dengan harga serendah RM88. Selain itu, konsert ini telah ditukar dari majlis makan malam ke konsert sepenuhnya. 

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post