Makan di Pak John BBQ, Dim Sum & Steamboat Aeon Mall, Shah Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pak John BBQ, Dim Sum & Steamboat Aeon Mall, Shah Alam

Makan tanpa had sememangnya antara perkara utama mengapa aku suka makan steamboat buffet. Tak kira sama ada makan di hotel atau di kenduri, aku suka bila hidangan buffet dihidangkan di mana kita boleh ambil sendiri jumlah lauk dan makanan yang diinginkan.

Baiklah, kali ini aku nak kongsikan pula satu lagi tempat menarik yang kebetulan aku pernah pergi ke cawangan sebelumnya. Kalau anda sering datang baca di aerill.com pastinya pernah terbaca artikel pada Ogos yang lalu, aku pernah makan di Pak John BBQ, Dim Sum & Steamboat di Great Eastern Mall Kuala Lumpur.

Pak John BBQ, Dim Sum & Steamboat Aeon Mall, Shah Alam

Khas buat mereka yang berada di ibu negeri Selangor iaitu bandaraya Shah Alam, anda kini tak perlu lagi ke KL atau PJ untuk mencuba hidangan enak kerana kini Pak John BBQ, Dim Sum & Steamboat kini dibuka di Aeon Mall Shah Alam! 

MAKAN DI PAK JOHN BBQ, DIM SUM & STEAMBOAT, AEON MALL SHAH ALAM


Pak John BBQ, Dim Sum & Steamboat Aeon Mall, Shah Alam

Okay, baru-baru ini aku bawa si dia makan di Pak John BBQ, Dim Sum & Steamboat. Bukanlah untuk menyambut apa-apa majlis, cuma kebiasaannya dalam sebulan pasti akan ada satu hari khas untuk makan makanan yang sedap-sedap. (Hari lain pun makan sedap-sedap jugak.)

Sewaktu aku belajar di UiTM Shah Alam dulu, Aeon Mall Shah Alam ini merupakan antara lokasi yang menjadi tempat untuk aku membeli baju, cuci mata dan sebagainya. Tapi sewaktu itu tak ada pulak restoran steamboat Pak John ni.

Pak John BBQ, Dim Sum & Steamboat Aeon Mall, Shah Alam

Berbalik kepada restoran ini, senang sahaja nak jumpa. Anda hanya perlu ke bahagian tengah pusat beli belah ini, kemudian naik eskelator dan di bahagian kiri anda boleh nampak restoran Pak John BBQ, Dim Sum & Steamboat yang besar dan luas.

Memang luas restorannya dan boleh memuatkan ramai pelanggan. Ada dua bahagian tempat duduk, pertama di bahagian dalam restoran, lebih dekat dengan makanan dan menu manakala satu lagi di bahagian luar, agak jauh daripada makanan tetapi ada privasi sedikit. (Sekiranya tiada pelanggan di kiri kanan macam aku dan si dia pada hari tersebut.)

HIDANGAN DI PAK JOHN BBQ, DIM SUM & STEAMBOAT

Pak John BBQ, Dim Sum & Steamboat Aeon Mall, Shah Alam
Pelbagai pilihan perapan ayam dan daging, ikan dan makanan laut.

Pak John BBQ, Dim Sum & Steamboat Aeon Mall, Shah Alam
Pelbagai pilihan makanan steamboat, udang dan sebagainya.

Memang banyak pilihan makanan untuk steamboat dan perapan yang anda boleh dapatkan di restoran ini. Yang paling aku suka adalah perapan ayam butter chickennya yang memang sedap! Daging black pepper juga tidak terkecuali, memang banyak aku makan daging dan ayam pada hari tu.

Pak John BBQ, Dim Sum & Steamboat Aeon Mall, Shah Alam
Tak banyak pun aku ambil ( padahal dua tiga kali juga ulang alik )


Pak John BBQ, Dim Sum & Steamboat Aeon Mall, Shah Alam
Daging Premium

Kalau anda datang pada hujung minggu, boleh dapat daging premium! Untuk hari biasa anda boleh request untuk dapatkan daging premium ini tapi ada chargelah, pada harga yang berpatutan. Rugi pulak kalau dah datang sini tak makan daging premium kan?

Untuk pilihan daging premium ini, yang anda boleh pilih adalah seperti hirisan ayam, itik, kambing dan lembu. Aku paling hirisan itiknya yang bila dipanggang memang sedap dan memukau deria rasa. Si dia pula memang suka kambing, jadi dia makan daging kambing tu banyak-banyak.😅

Pak John BBQ, Dim Sum & Steamboat Aeon Mall, Shah Alam
Proses membakar & panggang

Pak John BBQ, Dim Sum & Steamboat Aeon Mall, Shah Alam
Hidangan yang sudah siap di masak.

Mungkin ada yang macam terlebih lapar, malas nak tunggu makanan di steamboat tu dah masak, bolehlah juga cuba menu yang sudah siap di masak seperti nasi goreng dan sebagainya seperti mana yang ada di dalam gambar di atas.

Pak John BBQ, Dim Sum & Steamboat Aeon Mall, Shah Alam
Tengoklah berapa banyak pinggan 🙇

Pak John BBQ, Dim Sum & Steamboat Aeon Mall, Shah Alam

Berikut adalah jenis-jenis sup yang anda boleh pilih, walaubagaimanapun anda boleh pilih dua sahaja :

🍲 Prawn Soup
🍲 Fish Soup
🍲 Tomyum Soup
🍲 Kimchi Soup
🍲 Chicken Soup
🍲 Curry Soup

Pak John BBQ, Dim Sum & Steamboat Aeon Mall, Shah Alam

Antara yang istimewanya di restoran Pak John ini adalah turut menyediakan dim sum. Pilihan yang ada memang berbaloi untuk dimakan bagi anda yang mungkin mencari sesuatu yang lain setelah makan steamboat BBQ.

Pak John BBQ, Dim Sum & Steamboat Aeon Mall, Shah Alam
Aiskrim dan Waffle

Pilihan pencuci mulut disini juga memang banyak. Antaranya adalah aiskrim yang mempunyai pelbagai perisa dan anda boleh menambah topping mengikut kegemaran anda sendiri. Satu lagi yang bagi aku sangat berbaloi adalah wafflenya yang dihasilkan mengikut request pelanggan, jadi anda memang akan dapat waffle yang fresh!


Pak John BBQ, Dim Sum & Steamboat Aeon Mall, Shah Alam
Kekenyangan 😅

PAK JOHN BBQ, DIM SUM & STEAMBOAT


Lokasi : Aeon Mall, F07&08, First Floor, 1, Jln Akuatik 13/64, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Kalau untuk anda yang mungkin agak jauh dengan Pak John BBQ, Dim Sum & Steamboat di Aeon Mall Shah Alam, anda boleh ke cawangan lain yang berada di ;

😎 Tropicana Gardens Mall, PJ
😎 IOI City Mall, Putrajaya
😎 Great Eastern Mall, KL
😎 Aeon Kota Bharu

#pakjohnsteamboat #pakjohnsteamboatbbq #butterflyproject  #pakjohn #pakjohngreateastern #steamboat #steamboatmalaysia #halal #halalfood #halalfoodie

SEKIAN, TERIMA KASIH

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post