KOPETRO Raikan Ejen & Pengedar Sempena Majlis Penyampaian Hadiah Kempen 'Beli & Menang' Lengquas

Assalamualaikum dan salam sejahtera

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEMPEN 'BELI & MENANG' LENGQUAS

Produk LengQuas semakin mendapat tempat di hati peminat terutamanya bagi mereka yang mencari produk makanan pra-masak dengan menu masakan tradisional yang menarik. Baru-baru ini, sebuah majlis penyampaian hadiah diadakan oleh LengQuas bagi meraikan ejen dan pengedar produk mereka di Flora Terrace @ Hampshire Kuala Lumpur.

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEMPEN 'BELI & MENANG' LENGQUAS


Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad  (KOPETRO) telah menganjurkan sebuah Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Beli & Menang LengQuas di Flora Terrace @ Hampshire Place, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Majlis berlangsung dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan dengan hidangan pelbagai juadah enak serta aktiviti pentas, telah dihadiri oleh barisan pengurusan KOPETRO, jemputan-jemputan khas, rakan-rakan niaga, wakil-wakil media serta pemenang-pemenang yang terdiri daripada pengedar-pengedar dan ejen-ejen LengQuas.

Kempen Beli & Menang LengQuas telah berlangsung pada 15 Julai 2022 sehingga 3 Oktober yang lalu, menawarkan pelbagai hadiah lumayan jenama Xiaomi bernilai lebih RM30,000. Ejen dan pengedar masing-masing mempunyai kriteria  yang perlu dipenuhi bagi memenangi hadiah yang ditawarkan seperti membuat pembelian produk sekurang-kurangnya 10 karton bagi kategori ejen dan 100 karton bagi kategori pengedar. Selain daripada itu, ejen jualan yang mencapai sasaran jualan tertinggi juga bakal menerima ganjaran berupa hadiah utama bagi kempen ini.

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEMPEN 'BELI & MENANG' LENGQUAS

Memetik ucapan Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir bin Ahamad Ubaidah, 'Beli & Menang' adalah sebuah kempen bagi menggalakkan persaingan yang sihat di kalangan ejen-ejen dan pengedar-pengedar LengQuas dalam usaha mempertingkatkan jualan dan memperluaskan pasaran LengQuas. Sehingga awal tahun ini, LengQuas telah pun mempunyai hampir 800 ejen jualan di seluruh negara yang terdiri daripada kafe-kafe, stesen-stesen minyak, kedai-kedai serbaneka dan pasaraya-pasaraya ternama.

"KOPETRO akan terus komited merancang projek-projek perniagaan berimpak tinggi untuk diceburi bagi memacu sektor ini ke aras berpendapatan tinggi dan seterusnya menyumbang kepada pendapatan syarikat dan rakan-rakan niaga kami yang tidak putus-putus memberikan sokongan," 

ujar Ahmad Syakir.


Pada majlis tersebut, LengQuas turut memperkenalkan produk terbaharu, iaitu hidangan makanan pra-masak menu-menu popular LengQuas yang terdiri daripada Daging Masak Hitam, Daging Dendeng, Ayam Cili Padi dan Paru Goreng Berlada. Berbanding hidangan sejuk beku sedia dimakan yang telah dipasarkan sebelum ini, produk ini menggunakan teknologi terkini iaitu sistem terma dikontaminasi yang memboleh produk disimpan pada suhu bilik.


LengQuas merupakan jenama di bawah KOPETRO Food Sdn. Bhd., anak syarikat milik KOPETRO, mula dipasarkan sejak tahun 2019 dan telah menempah nama sebagai sebuah jenama makanan sejuk beku yang menawarkan pelbagai juadah tempatan. LengQuas adalah jenama pertama keluaran koperasi yang telah berjaya menerima anugerah The BrandLaureate e-Branding Awards 2020 bagi kategori makanan dan minuman produk sejuk beku. Selain diiktiraf dengan sijil HACCP (Hazard Analysis and Critical Control Points) dan GMP (Good Manufacturing Practice) daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia, produk LengQuas turut mempunyai pensijilan Halal, MESTI dan Buatan Malaysia

Ikuti akaun @lengquas.official di Facebook dan Instagram, layari laman sesawang www.kopetrofood.com.my atau hubungi 017-319 5764 untuk maklumat lanjut dan promosi-promosi terkini mengenai LengQuas.


SEKIAN

1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Syok la ejen & pengedar yg bertuah...dah penat buat sale, dapat hadiah menarik dan lumayan pulak! Terbaik la LengQuas!!

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post