Review Filem : Talbis Iblis (2022)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Review Filem : Talbis Iblis (2022)

Baru-baru ini aku berkesempatan untuk menonton sebuah filem seram tempatan berjudul Talbis Iblis. Talbis Iblis merupakan sebuah filem seram Malaysia 2022 yang diarahkan oleh Kabir Bhatia, dibintangi oleh Azira Shafinaz, Nasha Aziz, Zul Ariffin dan Amir Nafis. Filem ini telah ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula sejak 20 Oktober 2022 yang lalu.

FILEM TALBIS IBLIS

Review Filem : Talbis Iblis (2022)


Pengarah : Kabir Bhatia
Penulis : Ajami Hashim & Ashraf Modee Zain
Penerbit : Gayatri Su-Lin Pillai, Megan Fong, Angelin Ong, Anuarul Zaid Suhut, Syahrul imran Shariffudin
Penerbit Eksekutif : Gayatri Su-Lin Pillai, Muhammad Fasya Daud, TP Lim, Melvin Ang, Raja Jastina Arshad, Joanne Goh, Dato' Seri Robin Tan, Vicki Yeoh
Sinematografi : Nurhasnisham Muhammad
Penyunting : Adilan Azemi, Kabir Bhatia
Muzik: Ken Hor
Tarikh Tayangan : 20 Oktober 2022

BARISAN PELAKON FILEM TALBIS IBLIS

Review Filem : Talbis Iblis (2022)
  • Azira Shafinaz sebagai Hajar
  • Nasha Aziz sebagai Junaidah aka Mak Ju
  • Zul Ariffin sebagai Nasir
  • Amir Nafis sebagai Arshad
  • Jay Iswazir sebagai Zaini
  • Zaftfarrel Mikhael Felton sebagai Hazim
  • Sherie Merlis sebagai Bomoh
  • Izzy Reef sebagai Nasir (muda)
  • Daniella Sya sebagai Junaidah (muda)
  • Putri Jannah sebagai Hajar (muda)

SINOPSIS FILEM TALBIS IBLIS

Talbis Iblis ini menceritakan kisah Hajar (Azira Shafinaz), yang memutuskan untuk melarikan diri dari Kuala Lumpur untuk melahirkan anak luar nikah bagi mengelakkan orang ramai mengetahui dia hamil. Arshad (Amir Nafis) menghantar Hajar tinggal bersama Mak Ju (Nasha Aziz), seorang bidan yang pakar dalam memberikan penjagaan terbaik dan sulit sebelum dan selepas kehamilan. Mak Ju memberikan penjagaan, pertimbangan, kasih sayang ibu kepada Hajar, dan yang paling penting, pemahaman yang tidak pernah dialami daripada ibunya. Tetapi Hajar tidak sedar bahawa Mak Ju sedang mencari wadah jiwa yang sempurna untuk arwah anaknya, dan anak Hajar yang dalam kandungan boleh membantu menghidupkan kembali arwah anaknya.


ULASAN & REVIEW FILEM TALBIS IBLIS

Sebagai peminat cerita seram, aku pastinya melihat terlebih dahulu video trailer mana-mana filem sebelum menonton filem untuk dapatkan sedikit info atau vibe mengenai filem itu. (Walaupun ada juga trailer filemnya yang bercelaru dengan filem yang ditayangkan). Untuk filem Talbis Iblis ini aku sudah menonton trailernya dan nampak seperti filem yang menarik, tetapi kekangan masa membuatkan aku tak dapat nak menonton filem ini sewaktu awal ditayangkan.


Minggu lepas, aku dan rakan-rakan secara spontannya bercadang nak tonton filem, kemudian melihat filem apa yang ada di TGV The Mines, kami pun bersetuju untuk menonton filem Talbis Iblis. Jadi berikut adalah sedikit ulasan dan review peribadi aku terhadap filem Talbis Iblis ini ya.

Jalan cerita filem ini sebenarnya mudah sahaja untuk difahami. Tema filem ini yang aku boleh agak melalui trailer dan tajuknya sendiri iaitu perjanjian dengan iblis memang mudah untuk difahami. Tetapi melalui penceritaan keseluruhannya, aku berpendapat tak semua persoalan terjawab. Ada beberapa plot tambahan yang aku rasa perlu dijelaskan supaya ada kaitanya dengan plot utama, sebab nampak tergantung.


Mungkin untuk memahami filem ini perlu fokus yang menyeluruh kerana plotnya dibukak satu persatu, kemudian dipertontonkan babak imbas kembali dan sebagainya. Kalau terlepas beberapa babak mungkin akan tertanya-tanya juga. Cuma bahagian yang agak mengelirukan adalah hubungan antara iblis dan Hajar tidak diperjelaskan dengan baik, mungkin pengarah simpan untuk filem sekuelnya pula?


Pelakon yang membintangi filem ini juga bukan calang-calang. Nasha Aziz sememangnya seorang pelakon yang sangat hebat. Wataknya yang bersahaja di dalam filem ini bermula dari awal filem dan semakin lama semakin kelihatan watak Mak Ju yang mahu keinginannya dicapai. Pujian juga perlu diberikan kepada Azira Shafinaz sebagai Hajar yang membawakan watak berat ini dengan cukup baik. Lakonan sebagai perempuan mengandung kemudiannya perlu bermain dengan emosi memang sangat menjadi!


Kesan seram dalam filem ini ada beberapa yang menjadi dan ada beberapa yang sememangnya klise. Oh ya, satu lagi jumpscare juga ada banyak dalam filem ini yang menjadikan filem ini lebih menarik. Babak ngeri dan seram boleh dilihat bersatu dengan baik memberikan penonton keseraman yang maksimum.

Imej Janaan Komputer atau CGI dalam filem ini pula ada yang kelihatan bagus dan ada juga yang sememangnya dilihat lemah dan menyebabkan beberapa babak kurang berkesan. Sinematografi pula memang sangat baik ditambah dengan colour grading filem ini yang kelihatan sangat antarabangsa.


Kesimpulannya, aku berpuas hati dengan filem ini dimana aku tidak terasa ralat kerana mengeluarkan duit sendiri untuk menonton filem ini. Kadang-kadang ada filem yang membuatkan aku rasa terkilan kerana filemnya yang lemah dan bagi aku tidak berbaloi untuk ditonton tetapi tidak bagi filem ini. Walaupun bukanlah sebuah filem yang sempurna, filem ini berada pada tahap yang baik dengan beberapa bahagian yang mungkin boleh diperbaiki lagi.

Untuk itu, aku memberikan filem Talbis Iblis ini ;

⭐⭐⭐/ 5 BINTANG


RUJUKAN ;
  • Wikipedia
  • Google Image

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post