6,000,000 Pageview dan Alhamdulillah

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, aku disini masih sihat seperti biasa. Sebenarnya sudah beberapa hari aku nak menulis artikel ini tetapi disebabkan kesibukan dengan kerja lain menyebabkan aku menangguhkan artikel ini.

Pada bulan April yang lalu, aku ada menulis tentang 5,000,000 pageview dan alhamdulillah kali ini pada bulan Disember pula pageview mencecah angka 6,000,000.


Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang menghadirkan diri membaca artikel-artikel yang ditulis. Tidak kira sama ada yang datang membaca artikel atau datang sekadar menjengah, semuanya aku ucapkan terima kasih. Selain itu, tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan blogger, PR dan sebagainya yang berkongsi rezeki menulis artikel, review dan sebagainya yang menjadikan blog ini sentiasa hidup dan segar.

BLOG MASIH RELEVAN


Apabila mencapai angka 6,000,000 ini, aku masih merasakan blog akan sentiasa relevan walaupun pelbagai platform lain yang muncul bagk cendawan tumbuh selepas hujan. Artikel-artikel info dan sebagainya masih lagi akan dicari melalui laman carian seperti Google dan sebagainya lantas menjadikan platfom blog/ website sentiasa relevan.

Cuma yang membezakan bagi aku adalah penulisan dan kandungan dalam artikel yang perlu mengikut peredaran semasa mengikut perkembangan situasi semasa dunia.


Sebagai sebuah blog yang bercampur-campur (caca-marba) aku harap supaya aku dapat menulis lebih banyak artikel-artikel yang menarik, bernas dan sebagainya. Walaupun sudah mencapai angka sebegitu, aku masih belajar lagi untuk memajukan blog aku sendiri supaya berada di tahap lebih tinggi berbanding sebelumnya.

PERANCANGAN MASA DEPAN

Seperti edisi sebelum ini, untuk blog ini tiada perancangan yang tetap. Aku sekadar menulis mengikut kemahuan dan perkara yang menjadi kesukaan aku. Sekiranya ada artikel berbayar pula, aku cuba untuk selesaikan penulisan artikel itu dengan sehabis baik.

Akhir kata, terima kasih kepada semua yang membaca blog ini, yang membantu aku sepanjang perjalanan blog ini dari tahun 2010 sehinggalah sekarang. Tak tahu bila pula boleh capai 7 juta pageview.

SEKIAN

BACA JUGA : 5,000,000 PAGEVIEW

4 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post