Al-Ikhsan Sports Tawarkan Diskaun Sehingga 80% Bermula 12 Disember Sehingga 18 Disember 2022!

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Al-Ikhsan Sports kali ini membuat tawaran yang menarik apabila lebih  daripada 10,000 kasut berjenama yang dijual dengan harga diskaun sehingga 80% yang mana anda boleh dapatkan hanya di The Paddock, Petaling Jaya bermula 12 Disember sehingga 18 Disember 2022 ini. Alhamdulillah, sebagai seorang penggemar barangan sukan, aku sendiri telah pergi melihat serta memilih beberapa kasut yang sememangnya cantik pada harga yang betul-betuk lumayan!

AL-IKHSAN SPORTS TAWARKAN DISKAUN SEHINGGA 80% UNTUK LEBIH DARIPADA 10,000 KASUT DARI DUA JENAMA KASUT LARIAN TERBAIK


Al-Ikhsan Sports mengadakan Jualan Harga Borong di The Paddock, Petaling Jaya bermula dari 12 Disember sehingga 18 Disember 2022 sempena menyambut kedatangan tahun baru 2023. Selain daripada beberapa tawaran hebat yang sedia ada, 50 pencinta sukan terawal akan menerima baucer bernilai RM50 dari Al-Ikhsan Sports pada hari pelancaran jualan.


Jualan Harga Borong pada tahun ini membawakan banyak pilihan kasut larian untuk pelanggan kami daripada dua jenama yang terkenal iaitu ASICS dan New Balance. 

“Al-Ikhsan Sports mengalu-alukan pelanggan kami ke The Paddock untuk pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan dengan diskaun sehingga 80% untuk lebih 10,000 barangan daripada dua jenama terkenal iaitu ASICS dan New Balance. Sebagai peruncit sukan nombor 1 di Malaysia, Al-Ikhsan Sports sentiasa memastikan pelanggan kami menikmati harga yang terbaik. 
Sebagai contoh, anda boleh mendapatkan kasut larian kegemaran anda dengan harga lebih dari RM700-800 di tempat lain tetapi di Al-Ikhsan Sports, anda boleh dapatkannya dengan harga kurang dari RM200! Inilah kelebihan yang kami tawarkan kepada setiap pencinta sukan di Malaysia sejak 30 tahun yang lalu.” 

kata Encik Vach Piluttla, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports


Al-Ikhsan Sports bakal membuka lagi cawangan baru di beberapa lokasi terpilih untuk memberi kesenangan kepada semua dalam mendapatkan produk barangan sukan dengan lebih mudah. Al-Ikhsan Sports menjadikan sukan mampu milik dan kini mempunyai 170 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia. Barangan Al-Ikhsan Sports juga boleh didapati melalui laman e-dagang rasmi di www.al-ikhsan.com. Ikuti Al-Ikhsan Sports di Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan LinkedIn untuk maklumat lanjut.


MENGENAI AL-IKHSAN SPORTS (AL-IKHSAN)

Al-Ikhsan Sports (Al-Ikhsan) telah ditubuhkan pada tahun 1993 dengan sebuah kedai tunggal berkeluasan 150 kaki persegi di Holiday Plaza, Johor Bahru oleh Tuan Haji Ali Hassan dan telah berkembang dengan kini mempunyai 170 kedai fizikal dan online di seluruh Semenanjung Malaysia. Al-Ikhsan berobjektif untuk memberikan alternatif yang mampu milik kepada rakyat Malaysia menjalani gaya hidup yang sihat serta memberi pilihan yang luas kepada peminat sukan bola sepak tempatan. 

Pada 2016, Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) telah melaburkan sebanyak 35% saham dalam Al-Ikhsan Sports dan sejak itu, momentum Al-Ikhsan semakin kukuh dari segi penjenamaan serta mencatatkan perkembangan yang lebih kukuh. Al-Ikhsan turut diberikan pelbagai pengiktirafan dari luar dan dalam negara berikutan pencapaian yang memberangsangkan

Jom ramai-ramai ke Jualan Harga Borong di The Paddock, Petaling Jaya dan dapatkan kasut berjenama yang berkualiti pada harga potongan yang memang berbaloi!

Sekian

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post