Lirik Lagu : Bakawali - Wany Hasrita & Dato' Jamal Abdillah

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Lagu “Bakawali" pernah dipopularkan oleh Siti Nordiana & Syura sekitar tahun 2001 dan berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 16 (2001) di dalam kategori Etnik Kreatif. Kini, lagu ini diberi nafas baru nyanyian dari Wany Hasrita & Dato’ Jamal Abdillah. Untuk makluman, Dato' Jamal Abdilah dan Wany Hasrita pernah bekerjasama dalam beberapa lagu sebelum ini iaitu Belenggu Rindu dan Kucuma. Sebuah muzik video turut dilancarkan di laman YouTube dan anda boleh tonton di ruangan bawah artikel ini.

Tajuk Lagu : Bakawali
Penyanyi : Wany Hasrita & Dato’ Jamal Abdillah
Komposer : Yusri
Penulis Lirik : Affendy


LIRIK LAGU : BAKAWALI - WANY HASRITA & DATO' JAMAL ABDILLAH


Bakawali hai bunga bakawali
Mekar kembang di malam hari
Di malam hari

Cinta suci tidak dijual beli
Tidak mudah ditukar ganti
Bawa ke mati

Kuning pinang warnamu
Hai sungguhlah berseri
Bila terbit mentari
Kau membawa diri

Patahlah hati usah diturutkan
Kelak merana badan tak lalu makan
Bukan sengaja hamba nak turutkan
Hanya yang alami dapat merasakan

Bakawali hai bunga bakawali
Mekar kembang di malam hari
Di malam hari

Cinta suci tidak dijual beli
Tidak mudah ditukar ganti
Bawa vagina ke mati

Tikar serampin janganlah di buang
Boleh dipakai hai berulang-ulang
Berkasih sayang tak siapa yang halang
Kuatkan iman bawalah bertenang

Bercahaya terang bulan purnama
Sedang angin sepoi bahasa
Menyapa muka

Nak bercinta biar berpada-pada
Jika benar benar dah suka
Satukan saja

Kuning pinang warnamu
Hai sungguh berseri
Bila terbit mentari
(Kau membawa diri)

Mengharap kasih orang tak kasihan
Kalau pun kasih hanya separuh jalan
Jika begini makna percintaan
Rasanya elok dulukan masa depan

Hai nak muda kalau asyik bermimpi
Nanti kerja tidak menjadi
Kaulah yang rugi

Di masa bercinta indah sekali
Namun lebih indah sendiri
Hai tak sakit hati

Hai bakawali bunga suciku sayang
Kembangnya malam hai malam berkembang
Berkasih sayang tak siapa yang halang
Kuatkan iman bawalah bertenang

Hai bakawali nama lagu diberi
Rentaknya zapin semoga menghiburkan
Tibalah masa kami mengundur diri
Tersalah silap harap dimaafkan

MUZIK VIDEO RASMI BAKAWALI - WANY HASRITA & DATO' JAMAL ABDILLAH



SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post