Lirik Lagu : Selagi Ku Ada - Khai Bahar X Nabila Razali

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lirik Lagu : Selagi Ku Ada - Khai Bahar X Nabila Razali

Penyanyi Khai Bahar dan Nabila Razali membuka tahun baharu dengan buah tangan istimewa buat peminat mereka menerusi lagu duet Selagi Ku Ada.  Selagi Ku Ada merupakan lagu duet kedua Nabila Razali selepas melancarkan 8 single sebelum ini, manakala lagu duet ke 7 bagi Khai Bahar. 

Selagi Ku Ada berkisahkan tentang pasangan yang terpaksa berjauhan dan merindukan satu sama lain setelah satu krisis yg telah memisahkan mereka berdua.  Namun selagi masih ada waktu mereka akan cuba untuk kembali bersama. Muzik video Selagi Ku Ada telah menjalani penggambaran selama dua hari di sebuah resort di Janda Baik, Pahang arahan Azri Izhar. 

Patahnya sayap waktu, terpisah ku dengan mu, janji-janji yang dulu, tak dapat ku pertahan...

Tajuk Lagu: Selagi Ku Ada
Komposer : Amylea
Penulis Lirik : Amylea

LIRIK LAGU: SELAGI KU ADA - KHAI BAHAR X NABILA RAZALI


Ku menentang rasa mencinta
Namun tidak bila denganmu
Hati ini masih merindu
Adakah kau merasa yang sama?

Tetaplahku menanti ada
Waktu kita akan menyatu
Kerana jiwa ku memanggilmu
Tak dapatku berlari darimu

Selagi ku ada
Mana mungkin kan ku biar
Kau meratap dan meneka
Apa di hatiku
Dan biarku dakap semua rasa
Yang melanda di hidupmu
Hadirkanku beri bahagiamu

Ku menentang rasa mencinta
Namun tidak bila denganmu
Hati ini masih merindu
Adakah kau merasa yang sama?

Selagiku ada
Mana mungkin kan ku biar
Kau meratap dan meneka
Apa di hatiku
Dan biarku dakap semua rasa
Yang melanda di hidupmu
Hadirkanku beri bahagiamu

Patahnya sayap waktu
Terpisahku denganmu
Janji janji yang dulu
Tak dapat ku pertahan
Menanti waktu untuk bersamamu

Selagi ku ada
Mana mungkin kan ku biar
Kau meratap dan meneka
Hadirkanku beri bahagiamu
Hadirkanku beri bahagiamu


MUZIK VIDEO RASMI SELAGI ADA - KHAI BAHAR X NABILA RAZALI


SEKIAN

0 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

أحدث أقدم