Chef Faez Impi Jadi Penyanyi dan Mahu Lebih Dikenali di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah. Mungkin ada antara pembaca yang pernah mendengar nama Chef Faez yang mana beliau pernah viral atau tular dengan Kunafanya yang sungguh menyelerakan, manis dan sangat sedap. Baru-baru ini aku berpeluang sendiri berjumpa dengan Chef Faez dan menikmati hidangan yang tersedia di restoran beliau yang terletak di Kuala Lumpur. 

MAHU DIKENALI DI MALAYSIA


Berasal dari Syria, Chef Faez yang berumur 34 tahun ini khabarnya sudah menetap di Malaysia hampir 10 tahun! Tempoh yang lama ini menjadikan beliau cinta dengan Malaysia dan lebih menariknya selama 10 tahun itu, beliau tidak pernah keluar daripada Malaysia tetapi selepas ini mungkin akan ke negara Asia Tenggara yang lain untuk mengembangkan perniagaannya. 

Menyentuh tentang soal perniagaan pula, Chef Faez yang kini mempunyai dua buah restoran masing-masing di Jalan Imbi, Kuala Lumpur dan Alor Star, Kedah, Chef Faez turut bercerita tentang perniagaan minyak wangi, Habibi. Menurut beliau, rangkaian minyak wangi ini akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi, dan beliau juga sedang mencuba untuk rangkaian produk penjagaan wajah dengan serum wajah sebagai produk pertama. 


MAQLUBA & KUNAFA DI RESTORAN CHEF FAEZ


Pada acara santai di restoran Chef Faez, kami menikmati makanan Syria seperti Maqluba Mix Chicken & Lamb dan juga Kunafa yang sememangnya semakin di kenali di Malaysia sebagai salah satu manisan popular dari tanah arab. 

Pendapat peribadi aku sendiri, maqluba mix chicken dan lamb ni memang sedap terutamanya nasinya yang penuh rempah dan sangat lembut. Ayam dan kambingnya pula jangan cakap, memang rasanya sangat empuk dan dimasak dengan cukup baik. 

Kunafanya pula memang sangat sedap, manis dan kenyal, kejunya yang lembut dan sangat segar. Hidangan kunafa ni memang antara yang menjadi bualan ramai, terutamanya yang dihasilkan oleh Chef Faez sendiri.


CEBURI BIDANG NYANYIAN & LAKONAN?


Sambil menikmati hidangan yang lazat, Chef Faez atau nama penuhnya Mohammad Faez, turut bercerita tentang cita-citanya untuk menghasilkan single nyanyian khas kepada rakyat Malaysia dan peminatnya. Beliau berharap agar masyarakat di Malaysia dapat menerima beliau apabila menceburi bidang nyanyian dan lakonan kelak.

Ditanya tentang mungkin figura mana yang akan menjadi rakan duet, beliau menyatakan ingin berkerjasama dengan Dato' Alif Syukri. Beliau memilih Dato' Alif Syukri kerana figura itu merupakan  seorang yang sentiasa menjadi sebutan dengan perkara yang dilakukan. Apa yang dilakukan sentiasa tular dan menjadi bualan ramai. Tak sabar pula nak dengar lagu tersebut, bila ada lagu, nanti mesti ada muzik video pulak kan? 

Perancangan lain adalah untuk membuka lebih banyak cawangan dan lebih aktif dalam bidang perniagaan terutamanya produk minyak wangi dan produk penjagaan wajah.


Mendengar ucapan dan cerita-cerita beliau yang cukup bertenaga dan bersemangat untuk mengembangkan perniagaan dan juga mahu namanya dikenali membuatkan aku sendiri respek dan bangga dengan Chef Faez ini. Aku berharap agar Chef Faez akan semakin dikenali bukan sahaja di Malaysia tetapi serata dunia manakala perniagaannya akan berkembang lebih pesat.

Kepada anda yang ingin mengikut Chef Faez di laman sosial, berikut adalah antara media sosial beliau;

Instagram : https://instagram.com/cheffaez
Tiktok : https://www.tiktok.com/@cheffaez
Facebook : https://www.facebook.com/cheffaez
Facebook : https://www.facebook.com/chefmohammadfaez

8 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. wahh chef boleh menyanyi rupanya. nanti nak follow chef hehe mesti suara sedappp

    ReplyDelete
  2. haritu dia tak demo pulak kan nyanyi dia macam mana.

    ReplyDelete
  3. Wah. Dah 10 tahun di Malaysia dan ada 2 restoran dah dia kan. Pasni nak nyanyi plak. All the best.

    ReplyDelete
  4. Ohh wowo....thanks for sharing about this chef that also a talented singer. Proud that we have a good local talent. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  5. Wah multi talented this Chef, not only can cook but look good plus can sing too

    ReplyDelete
  6. thanks to you, i am not super interested to give his amazing syrian dishes a try. he totally deserves more recognition as you rightly said!

    ReplyDelete
  7. Aikk chef mahu dikenali di Malaysia. Chef mungkin tak sedar bahawa dia dah femes sebab Kunafa dan restoran chef tu. Sedapnya Nasi Arab! Nanti nak tengok tiktok chef kot ada dia nyanyi.

    ReplyDelete
  8. nasi arab dia makan turun ke hati terus.. memang power dan padu rasanya.. nak repeat balik

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post