Festival Kamya di Bukit Jalil Meriah dengan Pelbagai Makanan dan Aktiviti Menarik!

Assalamualaikum dan salam sejahtera


JOM BERKAMYA FEST!- Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku nak berkongsi tentang satu festival yang penuh dengan pelbagai aktiviti dan MAKANAN SEDAP! Baiklah, baru-baru ini aku berkesempatan ke KAMYA FEST yang berlangsung penuh meriah di Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

KAMYA FEST yang berlangsung dari 10-11 Februari 2023 ini dianjurkan oleh Puan Erna Elliyana atau nama penuhnya Erna Elliyana binti Rosli. Sedikit kisah tentang Puan Erna Elliyana, beliau memulakan karier seninya pada tahun 1988 sebagai seorang pelakon  dalam drama bersiri Opah di RTM sewaktu masih berusia 6 tahun. Beliau yang kini berusia 35 tahun, kemudiannya telah berkahwin dan telah dikurniakan 4 orang cahaya mata memulakan jenama Kamya pada 2021.

PRODUK KAMYA | CANTIK ITU KAMU


KAMYA merupakan jenama di bawah naungan AlphaNeyaga Sdn. Bhd yang merupakan anak syarikat kepada Alphacapital (M) Berhad telah memulakan pengembaraan bersama pengasasnya, Erna Elliyana sejak 2020. Bersama penjenamaan KAMYA, Erna membawa pengguna untuk menjelajah dengan beberapa rangkaian produk yang terdiri daripada makanan tambahan atau suplemen untuk tujuan kecantikan dan juga produk kosmetik.


Pada hari pertama KAMYA FEST 2023, Kamya turut melancarkan produk terbaru iaitu Kamya Soap. Keluaran produk terbaharu Kamya, Kamya Soap mengandungi bahan-bahan yang dapat membantu masalah kulit seperti Niacinamide, Glutathione, Arbuthnott, Vitamin, Aloe Vera, Madu dan Titanium.

Kamya Soap turut membekalkan pelbagai kebaikan kepada pengguna dari pelbagai jenis kulit seperti sensitif, kering, berminyak dan kombinasi.


Sabun ini juga dipercayai dapat membantu mencerahkan dan menyekatakan tona kulit, mengurangkan kemerahan dan kerengsaan dan menanggalkan sel kulit mati. Ia juga dapat memperbaiki tekstur kulit, mengurangkan liang pori tersumbat, mencegah pertumbuhan jerawat, menyokong struktur kulit serta memberikan penampilan yang lembut dan tampak lebih muda.


KAMYA FEST | PENGANJURAN SULUNG FESTIVAL KAMYA 


Kamya iaitu jenama produk kecantikan dan kesihatan, memulakan tahun 2023 dengan penuh bertenaga dan bersemangat dengan penganjuran festival Kamya Festival (Kamya Fest). Berlandaskan objektif berhibur dan dalam masa yang sama menggalakkan lebih ramai generasi baru untuk maju dalam bidang keusahawanan, Kamya Fest menampilkan 300 vendor jualan yang terdiri daripada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan.

Inisiatif ini didorong oleh Pengasas Kamya iaitu Puan Erna Elliyana dan mendapat sokongan bersama selebriti serta usahawan terkenal Shahmira Muhamad atau Shuib Sepahtu selaku Penganjur Bersama. Kamya Fest diadakan pada 10,11,12 Februari ini di Parkir A & B, Stadium Nasional Bukit Jalil,  merangkumi pelbagai kategori vendor termasuklah dari produk makanan & minuman (F&B), fesyen, automotif, sukan dan permainan serta gaya hidup sesuai untuk seisi keluarga. 

Menurut Puan Erna Elliyana, dia sangat teruja kerana dalam masa yang sama dapat membantu ramai usahawan tempatan. 

“Penganjuran ini juga secara tidak langsung memberi platform kepada generasi muda untuk kekal bersemangat positif untuk berkecimpung di dalam dunia keusahawanan. Ini adalah pertama kali Kamya menganjurkan festival seperti ini dan kami mensasarkan untuk meraih seramai 50,000 sehingga 70,000 pengunjung dalam masa 3 hari penganjurannya, sesuai dengan khalayak yang ada. 

Malah saya turut teruja kerana pada festival ini, kami juga berpeluang memperkenalkan rangkaian produk berkualiti keluaran Kamya yang boleh membawa manfaat kepada pelbagai kelompok masyarakat,”.

Puan Erna berkata demikian ketika majlis pelancaran Kamya Fest, seiring dengan pelancaran produk terkini Kamya iaitu sabun kecantikan Kamya Soap.


Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Puan Erna sendiri bersama-sama barisan selebriti popular antaranya Shuib Sepahtu, Datin Alyah, Kak V, Eja, Ayie Floor 88, Dolla, Ameer Fourteen dan pendandan rambut terkenal Chez Hamdan.

Terdapat lebih 20 selebriti dan bintang media sosial popular tanah air, mengambil bahagian sebagai daya tarikan pengunjung untuk datang ke festival berkenaan. Antaranya, Nabila Huda, Dolla, Eja, Ayie Floor88, Nana Mahazan, Dolla, Mimi Ernida, Shasha Abdul Aziz, Azfar Heri, MrStailista, EedaVogue, Daniel Zamri, Ameerais Forteen, Raja Afiq, Afzan, Ayu Damit, Naim Shamsol, Syura Badron, Nadia Brian dan ramai lagi.

Sementara itu, Shuib berkata Kamya Fest adalah festival gaya hidup pertama yang membabitkan dirinya selaku salah seorang penganjur sekaligus mencabar kewibawaannya sebagai seorang usahawan.

“Penganjuran Kamya Fest adalah sesuatu yang baru buat saya dan tentunya saya amat teruja kerana ini adalah usaha yang saya laksanakan bersama-sama pihak Kamya sendiri.  Jangan lepaskan peluang untuk memenangi sebuah kereta bagi pengunjung yang membeli produk keluaran Kamya termasuk pelbagai hadiah menarik yang lain untuk anda bawa pulang,”.
Jelas Shuib.

Antara hadiah utama adalah sebuah kereta Proton, motosikal Honda Wave 110 Alpha, televisyen 50”
inci, telefon bimbit Honor dan penyedut hampagas Xiaomi Robot.

Bukan itu saja, Kamya Fest akan dihangatkan lagi dengan pertunjukan motosikal, kereta antik Jepun, fesyen bundle dan tidak ketinggalan keunikan taman tema Farm in The City yang dibangunkan khas di tengah-tengah ruang festival itu nanti.

PENGALAMAN DI KAMYA FEST


Sudah lama sebenarnya aku tak ke mana-mana festival yang besar dan meriah sebegini. Meriah buakn sahaja dari segi aktiviti tetapi juga dari segi makanan. Of course aku sebagai seorang peminat makan memang teruja melihat pelbagai jenis makanan yang terdapat di sini. Nak tahu antara makanan yang ada di KAMYA FEST ni, jom lihat gambar-gambar di bawah.










Selain makanan-makanan yang menarik dan sedap ni, ada juga bahagian LIFESTYLE dimana di sini adalah lokasi untuk pakaian fesyen bundle, pameran kereta antik dan sebagainya. Jom lihat pula antara yang menarik di sini.






Secara jujurnya, penganjuran KAMYA FEST ini patut dijadikan festival tahunan kerana pelbagai jenis aktiviti, gerai jualan makanan, pakaian dan pelbagai lagi diadakan. In shaa Allah sekiranya diadakan setiap tahun, aku akan jadi salah seorang pengunjungnya.

Untuk anda yang mungkin berniat untuk ke KAMYA FEST ini, jangan risau anda masih sempat untuk ke festival ini memandangkan ia dianjurkan selama 3 hari! Jom beramai-ramai memeriahkan KAMYA FEST!




LOKASI : Car Park A &B, Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
WAKTU : 10 Pagi - 10 Malam
Masuk adalah percuma bagi ruangan luar, manakala untuk ruangan Lifestyle pula perlu bayaran RM5. 


LAMAN WEB: https://www.kamyafest.com/
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/kamyafestival/
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/kamya.my/


#kamyafest #kamyafestival #kamya #kamyasoap #sabunkamya #cantikitukamu

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post