Tepati Ramalan, Terus Hidup Dinobat Juara AJL 37!

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Pada 12 Februari 2023 yang lalu, Anugerah Juara Lagu 37 telah berlangsung dengan meriahnya di Axiata Arena. Kemeriahan AJL 37 mula dirasai sejak pengumuman lagu-lagu yang bertanding di peringkat akhir. Sebanyak 12 lagu bertanding pada malam penuh gemilang tersebut dan setiap persembahan pada malam itu begitu kreatif dan unik memandanglkan AJL merupakan sebuah acara yang menjadi impian setiap penyanyi sebagai pentas mereka.


Anugeraj Juara Lagu ke 37 ini diacarakan oleh dua pengacara wanita popular iaitu Jihan Muse dan Sherry Alhadad. Mereka berdua berjaya menggalas tanggungjawab dengan menjadikan acara pada malam itu berjalan dengan lancar.

Barisan juri professional yang mengadili AJL37 pula terdiri daripada Datuk Mokhzani Ismail (Ketua Juri), Dato' Acis, Altimet, Noryn Aziz, Jari, Ad Samad, Azlan Abu Hassan, Khir Rahman, LY dan Damian. Dengan tema 'Dimensi Muzik', AJL37 kali ini menyenaraikan 12 lagu daripada empat genre iaitu, Balada, Hip Hop, Kontemporari dan RnB.

PERSEMBAHAN FINALIS AJL 37

  • Judul Lagu : Nang
  • Penyanyi : Iman Troye
  • Komposer : Ezra Kong & A. Ramlee
  • Penulis Lirik : Ezra Kong & A. Ramlee

  • Judul Lagu : Kembali Terang
  • Penyanyi : Marsha Milan
  • Komposer : Senna & Ajin
  • Penulis Lirik : Senna

  • Judul Lagu : Mainan
  • Penyanyi : Naim Daniel
  • Komposer : Firdaus Rahmat, Omar K & Mas Dewangga
  • Penulis Lirik : Arisz Ab Rahman

  • Judul Lagu : Bahagiakan Dia
  • Penyanyi : Liza Hanim & Shila Amzah
  • Komposer : Aliff Iskandar
  • Penulis Lirik : Aliff Iskandar & Que Afiq

  • Judul Lagu : Anugerah Terindah
  • Penyanyi : Alif Satar dan The Locos
  • Komposer : Alif Satar, Romeo, Tam Cobain & Efry Arwis
  • Penulis Lirik : Alif Satar, Shah Shamsiri & Romeo

  • Judul Lagu : Korban
  • Penyanyi : Ernie Zakri
  • Komposer : Ernie Zakri
  • Penulis Lirik : Ernie Zakri

  • Judul Lagu : Irama
  • Penyanyi : Shiha Zikir
  • Komposer : Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves
  • Penulis Lirik : Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves

  • Judul Lagu : Satu Malam di Temasek
  • Penyanyi : Joe Flizzow & SonaOne
  • Komposer : SonaOne
  • Penulis Lirik : Joe Flizzow & SonaOne

  • Judul Lagu : Debu
  • Penyanyi : Dayang Nurfaizah & Amir Masdi
  • Komposer : Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam & Acap Salim
  • Penulis Lirik : Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam & Acap Salim

  • Judul Lagu : Payung Pelangi
  • Penyanyi : Noki & MK
  • Komposer : Noki & MK
  • Penulis Lirik : Noki & MK

  • Judul Lagu : Terus Hidup
  • Penyanyi : Aina Abdul
  • Komposer : Aina Abdul
  • Penulis Lirik : Aina Abdul

  • Judul Lagu : Sengsara
  • Penyanyi : Khai Bahar
  • Komposer : John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K
  • Penulis Lirik : John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K


SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU 37


JUARA : RM 100,000 berserta trofi emas

Lagu : Terus Hidup
Penyanyi : Aina Abdul
Komposer : Aina Abdul
Penulis Lirik : Aina Abdul


NAIB JUARA : RM50,000 berserta trofi

Lagu : Satu Malam Di Temasek
Penyanyi : Joe Flizzow & SonaOne
Komposer : SonaOne
Penulis Lirik : Joe Flizzow & SonaOne


TEMPAT KETIGA : RM 30,000 berserta trofi

Lagu : Anugerah Terindah
Penyanyi : Alif Satar & The Locos
Komposer : Alif Satar, Romeo, Tam Cobain, Efry Arwis
Penulis Lirik : Alif Satar, Shah Shamsiri, Romeo


VOKAL TERBAIK : RM 12,000 berserta trofi

Penyanyi : Aina Abdul


PERSEMBAHAN TERBAIK : RM 12,000 berserta trofi

Penyanyi : Shiha Zikir
Lagu : Irama


PENYANYI PILIHAN ALHA ALFA : RM 12,000 berserta trofi

Penyanyi : Khai Bahar

Tahniah diucapkan kepada para pemenang yang berjaya menggondol piala pada malam tersebut. Semoga dengan kemenangan ini akan memberikan semangat buat mereka untuk terus berkarya dan hasilkan naskhah-naskhah yang bagus sekaligus dapat menaikkan industri muzik tanah air.

Tahniah juga kepada semua finalist AJL37 yang berjaya memberikan persembahan mantap, berjaya menghiburkan penonton di stadium dan juga di rumah. Pujian turut diberikan buat pasukan produksi dan TV3 kerana berjaya menganjurkan acara yang penuh gilang gemilang ini. Bertemu lagi dalam AJL 38.

SEKIAN

Rujukan ;

 : Gambar TV3

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post