Buffet Ramadan 2023: Sajian Bonda di Hotel Traders, Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kita teruskan lagi artikel berkenaan Buffet Ramadan. Kali ini lokasinya adalah cukup strategik dengan makanan yang sememangnya sangat sedap dan meriah! Jemput baca dan lihat gambar sehingga ke penghujung artikel ya!

BUFFET RAMADAN 2023 : SAJIAN BONDA DI HOTEL TRADERS, KL

Hotel Traders Kuala Lumpur pada tahun 2023 ini mengadakan buffet Ramadan bermula 24 Mac sehingga 21 April di Gobo Chit Chat. Buffet ini dibuka bermula 6.30 petang sehingga 10.00 malam. Untuk pengetahuan anda, ini merupakan salah satu lokasi untuk berbuka puasa yang dekat dengan KLCC. Hotel Traders iniletak betul-betul dekat dengan KLCC, boleh jalan kaki sahaja.  Kalau anda menginap di sini, anda boleh terus naik buggy free ke KLCC! Menarik bukan?!

Baiklah untuk menu Buffet Ramadan Sajian Bonda di Traders Hotel ini terdapat dua set, iaitu menu bagi hari minggu dan hari biasa. Of course lah untuk hujung minggu menunya lebih sedikit dan istimewa!

Antara menu yang anda wajib cuba di sini adalah seperti Udang Galah Curry Laksa, tersedia untuk kedua-dua waktu (weekday & weekends). Selain itu, anda juga boleh menikmati chilli crab! Memang sedap dan sungguh menyelerakan.


Jom lihat antara menu yang tersedia dan anda wajib cuba apabila datang berbuka di Traders Hotel!






































HARGA BUFFET RAMADAN SAJIAN BONDA DI TRADERS HOTEL


Hari Biasa : 
  • Dewasa : RM148 
  • Kanak-Kanak : RM 74

Hari Minggu :
  • Dewasa : 168
  • Kanak-Kanak : RM84
Anda boleh buat tempahan melalui Whatsapp +6011 7039 3409 sekarang!

Lokasi : Traders Hotel, Kuala Lumpur, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Laman Web : https://traders.com-kualalumpur.com/

#TradersHotelKL #KualaLumpur #Malaysia #HotelsKL #Hotel #Buffet #Raya #Iftar #SajianBonda #Food #FoodieKL

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post