Buat Rawatan Gigi di Klinik Pergigian Redha, Bandar Tun Hussein Onn

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengalaman Buat Rawatan Gigi di Klnik Pergigian Redha, Bandar Tun Hussein Onn

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku nak berkongsi dengan anda semua pengalaman aku membuat rawatan gigi di salah sebuah klinik pergigian yang selesa dan rawatan yang diberikan sangat profesional dan terbaik.

Sebelum itu aku nak kongsilah terlebih bahawa aku sebenarnya dah lama tak buat rawatan gigi. Nak kata takut tu macam ya juga, tetapi antara alasan lain yang aku boleh bagitahu adalah kekangan masa dan juga risau rawatannya mungkin menyakitkan.

Baiklah, melihat kepada keadaan gigi aku yang berkarang dan sebagainya, aku rasa ini waktu yang tepat untuk aku membuat rawatan pembersihan gigi. Nak-nak lagi raya sudah semakin dekat, bolehlah bergambar dengan senyuman sambil memperlihatkan gigi yang bersih dan cantik, kan?

PENGALAMAN BUAT RAWATAN GIGI DI KLINIK PERGIGIAN REDHA BANDAR TUN HUSSEIN ONN


Rawatan Gigi di Klinik Pergigian Redha

Aku membuat rawatan gigi di Klinik Pergigian Redha yang terletak di Bandar Tun Hussein Onn iaitu sekitar 15 minit sahaja daripada rumah sewa aku yang terletak di Seri Kembangan. Kawasan sekitar klinik ini juga merupakan lokasi yang aku sering kunjung untuk membeli belah dan sebagainya.

Untuk pengetahuan anda, Klinik Pergigian Redha ini diasaskan sejak tahun 2000 oleh Allahyarham Dr. Yuszahanim Yusoff yang mana klinik ini menyediakan perkhidmatan pergigian profesional yang lengkap. 

Oh ya, Klinik Pergigian Redha di Bandar Tun Hussein Onn ini memulakan operasinya pada tahun 2019 dan memberikan akses yang mudah untuk penduduk sekitar Balakong, Bangi dan sekitarnya untuk datang dan mendapatkan perkhidmatan rawatan pergigian yang terbaik. Selain lokasi Klinik Pergigian Redha di Bandar Tun Hussein Onn ini, terdapat tiga lagi lokasi iaitu di Taman Bukit Cheras, TTDI Grove dan juga Semenyih. 

SUASANA KLINIK YANG SELESA !

Rawatan Gigi di Klinik Pergigian Redha

Masuk sahaja ke dalam ruangan Klinik Pergigian Redha ini, memang kelihatan sangat selesa dan tenang sahaja. Dekorasinya yang tidak serabut malah memang membuatkan sesiapa sahaja datang rasa seperti yakin untuk lakukan rawatan gigi di sini. 

Kemudian, terus aku terus dilayan dengan ramah oleh staf klinik ini yang mana menguruskan urusan pendaftaran aku dan sebaginya berkaitan rawatan yang aku akan lakukan pada hari tersebut. 

Jom aku nak bawa anda semua melihat sekitar ruangan dan suasana di Klinik Pergigian Redha ini. 

Rawatan Gigi di Klinik Pergigian Redha

🦷Ruangan rawatan khas untuk kanak-kanak. Kalau aku masih kanak-kanak, mesti aku teruja nak buat rawatan gigi di sini. 

Rawatan Gigi di Klinik Pergigian Redha

🦷 Ruangan menunggu sementara sebelum anda dipanggil membuat rawatan

Rawatan Gigi di Klinik Pergigian Redha

🦷 Bilik X-Ray dengan kelengkap serba canggih

RAWATAN DI KLINIK PERGIGIAN REDHA

Rawatan Gigi di Klinik Pergigian Redha

Klinik Pergigian Redha ini menawarkan pelbagai rawatan gigi termasuklah rawatan pemutihan gigi (whitening), pembersihan gigi  dan juga rawatan-rawatan lain seperti pemasangan braces, tampalan gigi hadapan sewarna dan juga crown and bridge (gigi sarung). Oh ya, di sini juga ada pemeriksaan gigi dan perkhidmatan X-Ray!


RAWATAN YANG AKU BUAT DI KLINIK PERGIGIAN REDHA

Rawatan Gigi di Klinik Pergigian Redha

Baiklah, setelah selesai pendaftaran dan sebagainya. Aku menunggu sebentar di ruangan sofa yang selesa. Kemudian aku terus di panggil masuk untuk rawatan gigi yang telah aku pilih. Untuk kali ini aku memilih untuk melakukan rawatan scalling dan juga air polishing.

Aku rasa majoriti pastinya tahu rawatan scalling itu apa kan? Untuk rawatan air polishing pula adalah teknologi terkini dan termaju di klinik ini yang berkesan menghilangkan kotoran yang terdapat di bahagian hadapan dan belakang gigi serta lebih lembut pada enamel gigi anda berbanding dengan rawatan polishing biasa.

Rawatan Gigi di Klinik Pergigian Redha

Of course pada mulanya aku sangat gelisah dan gemuruh memandangkan sudah lama aku tak membuat sebarang rawatan gigi. Aku berkira-kira mungkin lama rawatan yang dijalankan tetapi dengan dua rawatan yang aku lakukan pada hari tersebut mengambil masa kurang daripada 1 jam ya! Memang pantas. 

Sebelum memulakan rawatan scalling dan air polishing, Dr Aiza memberi penerangan dengan sangat jelas tentang rawatan yang akan diberikan. Seterusnya, Dr Aiza membuat pemeriksaan terlebih dahulu terhadap keadaan gigi aku. Pemeriksaan dilakukan dimana aku perlu memakai retractor pada bibir untuk melihat keadaan keseluruhan permukaan gigi dan sebagainya. Kemudiannya beberapa gambar di ambil untuk melihat perbezaan sebelum dan selepas membuat rawatan.

Rawatan Gigi di Klinik Pergigian Redha

Seterusnya bermulalah rawatan scalling. Kalau diingatkan balik aku sememangnya takut dan fobia dengan bunyi ketika rawatan gigi dilakukan tetapi alhamdulillah untuk rawatan scalling ini semuanya memang sangat mudah dan karang-karang pada gigi aku juga akhirnya berjaya dimusnahkan dengan jayanya.

Setelah berkumur dan membersihkan ruangan dalam mulut, bermulalah pula prosedur rawatan seterusnya iaitu air polishing. Untuk rawatan ini Dr Aiza memberitahu bahawa berkemungkinan aku akan rasa ngilu pada bahagian gigi dan gusi. Ada juga mereka yang melakukan rawatan ini rasa ngilunya 1 hingga 2 hari selepas membuat rawatan masih terasa.

Rawatan Gigi di Klinik Pergigian Redha

Alhamdulillah, prosedur air polishing bagi aku memang agak ngilu tetapi bila melihat hasilnya siapa yang tak gembira kan? Selepas membuat rawatan ini memang aku sendiri kadang-kadang ada rasa ngilu tetapi tidaklah pada tahap yang melampau.

Rawatan Gigi di Klinik Pergigian Redha
Nampak perbezaan ketara kan? Karang-karang gigi sudah tiada!


Jujur selepas membuat membuat rawatan di Klinik Pergigian Redha ini, hasilnya sangat memuaskan. Ditambah lagi dengan layanan mesra dan ramah oleh Dr Aiza dan stafnya lagi membuatkan pengalaman membuat rawatan disini lebih selesa dan seronok. 

Untuk itu, aku sangat-sangat mengesyorkan untuk anda yang mungkin mencari lokasi untuk membuat rawatan pergigian untuk terus ke Klinik Pergigian Redha. Jom dapatkan gigi yang sihat dan putih!

PEMBAYARAN

Untuk pembayaran di Klinik Pergigian Redha ini jangan risau, anda boleh membuat pembayaran secara ansur-ansuran. Pembayaran juga boleh dibuat secara kredit, debit dan juga secara online. 

FREE CONSULTATION! ; Okay, khas untuk pembaca blog ini, dengan menggunakan code AERILL, anda dapat Free Consultation yang berharga RM50!

Anda boleh WhatsApp untuk buat temujanji : https://hi.jomwasap.my/redhabtho

KLINIK PERGIGIAN REDHA, BANDAR TUN HUSSEIN ONN


Lokasi: No 9, Town Park, 5, Jln Suarasa 8/7, 
Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor

Waktu Operasi : 10 pagi - 6 petang

Nombor Telefon: 014-9082 042
E-Mail: Info@redhadental.com

SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post