Festival Durian Makan Sepuas Hati 2023 Terima Sambutan Menggalakkan!

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


TIKET MASUK ‘SUPER EARLY BIRD’ KE FESTIVAL DURIAN MAKAN SEPUAS HATI 2023 HABIS DIJUAL! PEMINAT DURIAN AKAN DIBERIKAN GANJARAN SELANJUTNYA!


Dalam usaha membawa rakyat Malaysia bersama-sama dengan pelbagai komuniti ekspatriat dan pelancong antarabangsa di negara ini, Festival Durian Makan Sepuas Hati 2023 yang dipersembahkan oleh MAE oleh Maybank2U telah mendapat sokongan yang amat menggalakkan apabila tiket acara ‘Super Early Bird’ untuk lokasi pertamanya, Komtar Walk Penang, telah habis dijual dalam tempoh lima hari pertama selepas pelancaran jualan tiketnya di laman web dan media sosial. 


Digelar sebagai festival durian yang terbesar di Malaysia dalam tahun 2023, tapak tiket dalam talian pra-acara telah menerima kunjungan melebihi sejuta kunjungan bukan sahaja daripada netizen di Malaysia, malah juga kunjungan netizen dari negara jiran seperti di Indonesia, Singapura, Thailand, China dan Hong Kong

Menurut pihak penganjur, festival ini telah dirancangkan sejak kira-kira setahun lalu diantara Institusi Kewangan Terbesar Malaysia, Maybank Berhad dengan Agro Best Services Malaysia Sdn Bhd, sebuah syarikat peruncit dan pengeksport durian premium Malaysia. Dalam promosi ini, ia telah menawarkan peluang untuk menjamu durian sehingga 60-minit dari harga serendah RM49.99 untuk tiket warga emas manakala RM59.99 untuk tiket dewasa semasa promosi ‘Super Early Bird’. Untuk setiap pembelian tiket dewasa ataupun warga emas, kemasukan kanak-kanak di bawah adalah percuma!


MAE Pakej Sedappp yang ditawarkan akan menyajikan durian-durian kegemaran Malaysia seperti durian Kampung Kahwin, D24, D13, IOI dan Udang Merah, manakala, untuk Pakej Sedappp Gilerrr, ia akan menyajikan durian Musang King bersama durian-durian campuran seperti Super XO, D13, D99 dan Udang Merah


Khas untuk penggemar buah durian, untuk setiap pembelian tiket yang dibuat ke acara ini dan ‘reshare’ kandungan acara yang dibuat di di laman sosial Penang Foodie, KL Foodie dan Johor Foodie, netizen akan layak mendapat sebiji (1) durian untuk dibawa pulang. Tawaran ini tertakluk kepada 100 orang yang pertama yang menebusnya dan sementara stok masih ada. 


Pesta Durian ini akan disambut di tiga bandar utama, iaitu di KOMTAR Walk, Pulau Pinang, pada 27 & 28 Mei 2023 (Sabtu – Ahad) diikuti dengan Pusat Membeli-Belah IPC, Mutiara Damansara di Klang Valley pada 3 & 4 Jun 2023 (Sabtu - Ahad) dan di The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru pada 1 & 2 Julai 2023 (Sabtu – Ahad).


Tiket acara boleh dibeli daripada platform digital MAE oleh Maybank2 di :
https://emerchant.maybank2u.com.my:8443/api/v1/mobile/ssl/mae/MBBQR1991454/RajaDuri

Platform lain yang tersedia ialah tapak e-dagang Agro Best Services di https://www.agrobestservices.com

SEKIAN

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!