Lirik Lagu : Korbankan Kita - MOJO

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kumpulan MOJO yang merupakan salah sebuah kumpulan yang pernah menggegarkan industri muzik tanah air dengan pelbagai lagu hits bernada tinggi kembali dengan sebuah lagu terbaru berjudul Korbankan Kita. Lagu ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim ini turut mempunyai sebuah muzik video di YouTube dan anda boleh tonton di penghujung artikel.

LIRIK LAGU : KORBANKAN KITA - MOJO


Artis : MOJO
Komposer : Edry Abdul Halim (KRU Music)
Penulis Lirik : Edry Abdul Halim (KRU Music)


Vokal: Aweera
Gitar: Denny
Piano: Edry
Drum : Johar



Bukan niat dalam hati
Aku singgah menumpang kasih
Dan sedar kau pun juga merasa yang sama
Aku takut ...

Kerna sudah lafaz janji
Jujur pada insan yang lain
Andainya dia tahu
Tak sampai hatiku kami hancur

Pendamkan sahaja bibit cinta
Sebelum ada yang terluka
Mungkin Tuhan tak perkenankan jodoh kita

Cinta takkan hadir dalam paksa
Jika pintu hati tak dibuka
Demi kasihnya yang setia
Aku korbankan kita

Ke manakah arah yang tiada tujunya?
Mungkin kita tergoda permainan jiwa
Akan tiba masa nanti kau faham dan akur
Perpisahan ada hikmahnya

MUZIK VIDEO RASMI LAGU KORBANKAN KITA - MOJO


SEKIAN

1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post