Permainan Interaktif Menarik Percuma di Mortgage Calculator!

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Siapa di sini suka main permainan online? Aku pasti majoriti anda semua pasti mempunyai satu permainan yang mungkin di muat turun di peranti pintar dan sebagainya. Kali ini aku nak kongsikan satu laman web menarik yang mana mempunyai rangkaian permainan yang begitu banyak, bukan hanya untuk menghabiskan masa tetapi juga dapat belajar tentang ilmu kewangan dan pengiraan. Nak tahu tentang apa, apakah permainannya? Jom baca sehingga penghujung artikel!

PERMAINAN INTERAKTIF DI MORTGAGE CALCULATOR


Mortgage Calculator merupakan sebuah laman yang dikhaskan untuk anda yang ingin mengetahui tentang kiraan perbelanjaan, pinjaman dan sebagainya. Menariknya, laman ini turut menyediakan satu bahagian khas yang menawarkan pelbagai permainan yang menarik berkaitan kewangan dan pengiraan.

Aku sendiri sempat bermain pelbagai permainan yang tersedia disini. Bagaimana aku boleh terjebak ke laman web ini? Sebenarnya, aku sendiri mencari laman web untuk membuat kira-kira pinjaman dan sebagainya, kemudian aku diberikan cadangan oleh laman pencarian untuk membuka laman web Mortgage Calculator ini, dan yang menarik perhatian aku adalah pada bahagian permainannya.


TIADA IKLAN, PERMAINAN MUDAH, PENUH INTERAKTIF

Ada beberapa permainan yang aku dah cuba, dan bagi aku lebih menarik sebab setiap permainan tiada iklan yang mengganggu. Kadangkala bila bekerja lama-lama dengan komputer riba, mesti nak relaks jugak kan, jadi bolehlah main permainan ini dan asah minda. Kalau mungkin kantoi dengan bos, anda boleh ajak bos main sekali permainan di Mortgage Calculator sebab permainan yang tersedia memang seronok dan banyak pilihan.

Okay, mesti anda nak tahu antara permainan yang tersedia kan? Jom aku kongsikan antara permainan yang aku dah cuba ;-


GAME 1 : REAL ESTATE TYCOON


Permainan yang mudah, mengajar untuk membeli rumah atau harta benda dan kemudian menjualnya untuk dapatkan keuntungan. Memang menguji minda sebenarnya sebab kena beli pada harga yang rendah dan jugal pada harga yang tinggi untuk dapat keuntungan maksima.

GAME 2 : KINGDOM WARS


Permainan ini pula macam permainan jutaria, kena baling dadu, dan beli tapak, Kemudiannya, kena upgrade tapak itu untuk sewaan pemain lain. Lagi tinggi harga tapak maka lagi tinggi harga sewaan. Menariknya, kita boleh beli/ curi tapak pemain lain dan dengan cara itu kita akan menang.


GAME 3: IDLE HYPERMART EMPIRE


Permainan seterusnya pula adalah jenis idle, yang mana kita hanya perlu biar sahaja untuk dapatkan keuntungan. Tapi sebelum nak biarkan tu, kenalah ada strategi dan upgrade setiap tingkat untuk tingkatkan keuntungan. Kalau ada masa yang lama, bolehlah main game ni.

GAME 4 : TAP SUPERMARKET


Aku pernah jumpa permainan macam ni dalam Apple Appstore, tapi sebab banyak iklan untuk dapat keuntungan, aku jarang main. Untuk game ini di Mortgage Calculator ni mudah sahaja. Hanya perlu tap untuk pastikan staf penuhkan rak. Lepas itu, tap pada pelanggan yang sedang membayar di kaunter. Tapi lama-kelamaan agak bosan sebenarnya sebab selepas dah upgrade semua bahagian, kemudian hanya perlu tunggu rak penuh dan tap pada pelanggan sahaja. Wang akan meningkat, mungkin akan menarik jika selepas beberapa jumlah, kita akan dibawa ke lokasi supermarket yang baru.

GAME 5 : COFFEE SHOP


Okay untuk permainan terakhir yang aku nak kongsikan adalah Coffee Shop. Pada mulanya aku ingatkan permainan biasa-biasa sahaja, tapi sebenarnya perlu ada strategi yang mantap, jika tidak hari kedua sahaja anda sudah boleh bankrap. Untuk bermain, anda diberikan wang untuk membeli barangan di inventory, kemudian anda perlu tetapkan resipi kopi dan seterusnya membuka kedai. Tapi berhati-hati sebab kadang-kadang keuntungan tidak memuaskan dan akhirnya anda tak boleh beli barangan untuk stok inventory. Kena tahu jugak kemahuan pelanggan, supaya dapat untungkan perniagaan dan juga tingkatkan reputasi kedai. 

BELAJAR TENTANG KIRA-KIRA & PERNIAGAAN

Bagi aku game yang terdapat di Mortgage Calculator ini bukanlah satu permainan yang hanya untuk menghabiskan masa, tetapi dapat juga belajar beberapa perkara tentang pelaburan, tentang perniagaan dan sebagainya. Walaupun apa yang dipelajari tidaklah terlampau tinggi kandungannya, tetapi untuk aku dan juga mungkin kanak-kanak yang bermain permainan di sini dapatlah belajar sesuatu.

Tanpa sebarang iklan, tidak perlu muat turun apa-apa permainan, sememangnya permainan di sini aku sangat syorkan untuk anda main bersama keluarga dan anak-anak. Jom main permainan menarik di Mortgage Calculator!

KLIK SINI > MORTGAGE CALCULATOR < KLIK SINI

SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post