Siti Nurhaliza Lancar Album Solo ke-20 Berjudul SITISM!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Siti Nurhaliza, SITISM

Tepat jam 12 pagi 30 Jun 2023 bermakna terlahirlah album terbaru figura terkenal Malaysia, Penyanyi No 1 dan Penghibur tanah air iaitu Dato' Sri Siti Nurhaliza. Album yang hanya diumumkan pada 23 Jun 2023 yang lalu ini memuatkan 8 buah lagu terdiri daripada komposer tempatan dan juga komposer dari negara jiran, Indonesia.


Rata-rata peminat memuji dengan pihak pengurusan Siti Nurhaliza, Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music Malaysia atas pengumuman yang boleh dikatakan seara tiba-tiba. Selain itu, menjelang hari pelancaran album, peminat diberikan teaser seperti klip lagu, album art cover dan sebagainya yang membuatkan semua orang tidak sabar menantikannya.

Siti Nurhaliza, SITISM


Siti Nurhaliza, SITISM

Berikut adalah senarai lagu yang dimuatkan dalam album SITISM ini;

Track #1 Menyapa Dunia

Komposer : Melly Goeslow
Penulis Lirik : Melly Goeslow

Track #2 Tanpa Diri-Mu

Komposer : Luca Sickta
Penulis Lirik : Luca Sickta, Siti Nurhaliza

Track #3 Sehebat Matahari

Komposer : Aubrey Suwito
Penulis Lirik : Rozisangdewi

Track #4 Ganti

Komposer : Mingaling, Nuha Nik
Penulis Lirik : Amir Hassan, Nuha Nik

Track #5 Romansa Kita

Komposer : Sharon Paul
Penulis Lirik : Rozisangdewi

Track #6 Teratas

Komposer : Tomok, Rudy Nastia
Penulis Lirik : Fedtri Yahya

Track #7 Menjaga Cintamu

Komposer : Andi Rianto
Penulis Lirik : Sekar Ayu Asmara

Track #8 Magis

Komposer : Mas Dewangga, Jova Devito
Penulis Lirik : Mas Dewangga, Jova Debito, Aden King

Siti Nurhaliza, SITISM

Menariknya, album kali ini turut didatangkan dengan edisi deluxe yang akan dikeluarkan pada bulan Ogos nanti. Deluxe edition ini akan memuatkan 4 lagu tambahan menjadikan jumlah keseluruhan lagu adalah sebanyak 12 lagu. Peminat sememangnya tidak sabar menantikan lagu, komposer dan penulis lirik yang mana menjadi pelengkap untuk album yang paling dinantikan untuk tahun ini.

Siti Nurhaliza, SITISM

Paling menarik dan menjadi bualan ramai sudah tentunya cover albumnya yang bertemakan futuristik dikenali sebagai cyber retro futurism. Selain itu, gambar-gambar iringan untuk album ini juga memang cantik dan elegan sesuai dengan status beliau sebagai penghibur no 1 negara yang tiada tandingnya.

Jadi, jom sama-sama kita dengar dan hayati lagu-lagu yang terdapat dalam album SITISM ini. Oh ya, sama-sama juga kita nantikan 4 buah lagi lagu baru yang bakal muncul dalm album SITISM Deluxe Edition.

SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post