Jom Makan Buffet Countryside Barbecue di Fairfield by Marriott Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Berita baik buat penggemar makanan barbeku atau panggang, kali ini anda boleh nikmati hidangan yang lazat di salah sebuah lokasi terkemuka di Kuala Lumpur iaitu di Fairfield By Marriot Kuala Lumpur!

COUNTRYSIDE BARBECUE AT FAIRFIELD BY MARRIOTT KUALA LUMPUR

Alhamdulillah baru-baru ini aku berpeluang untuk mencuba hidangan yang cukup lazat dan menyelerakan di Fairfield by Marriot Kuala Lumpur. Bertemakan Countryside Barbecue, buffet lazat ini sememangnya tidak boleh dilepaskan terutamanya mereka yang suka berbarbeku seperti aku.

Sebelum aku menceritakan tentang harga dan waktu buffet ini, aku rasa ada baiknya untuk aku kongsikan dulu antara hidangan yang anda boleh dapat di Countryside Barbecue ini.


Untuk peminat barbeku, anda boleh dapatkan pilihan seperti slipper lobster, classic marinated grilled lamb, minute steak dan pelbagai lagi di charcoal grill station.


Selain itu, ada juga beberapa menu menarik lain yang anda boleh cuba seperti dibawah sate ayam, sate daging, roti canai, dan murtabak.












Anda juga boleh mencuba spaghetti lagsana dan carbonara.



Pelbagai pencuci mulut juga disediakan terdiri daripada kuih-muih tempatan dan beberapa pencuci mulut lain.







COUNTRYSIDE BARBECUE @ FAIRFIELD BY MARRIOTT KUALA LUMPUR


Untuk anda yang ingin mencuba menu makanan yang menarik ini, anda boleh datang ke Restoran Lesung, Fairfield by Mariott Kuala Lumpur. Buffet Countryside Barbecue ini hanya tersedia pada setiap hari jumaat sahaja, bermula jam 6.30 petang sehingga 10.00 malam.


Harga pula adalah RM88 untuk dewasa manakala untuk kanak-kanak berumur 4 sehingga 12 tahun pula adalah RM58. Selain itu, untuk setiap 5 dewasa, percuma untuk 1 orang warga emas, untuk warga emas berikutnya perlu membayar harga dewasa.


Untuk membuat tempahan, anda boleh hubungi ;

+603-2777 7777
+6010- 760 0200

FAIRFIELD BY MARRIOTT KUALA LUMPUR


📍No 1 Jalan Datuk Haji Eusoff, Off, Jalan Pahang, 50400 Kuala Lumpur

Laman Web : https://www.marriott.com/en-us/hotels/kulfi-fairfield-kuala-lumpur-jalan-pahang/overview/
Facebook : https://www.facebook.com/fairfieldkl/
Instagram : https://www.instagram.com/fairfieldkualalumpur/

SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post