Peraduan Zoom Into Malaysia 2023 Pamer Keupayaan Teknologi HUAWEI XMAGE

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Peraduan Zoom Into Malaysia 2023 Pamer Keupayaan Teknolgi HUAWEI XMAGE

Baru-baru ini bertempat di The Raw oleh Metal Bees berlangsungnya acara penuh meriah, majlis penganugerahan untuk pemenang Peraduan Fotografi Zoom Into Malaysia yang dianjurkan oleh Huawei Malaysia. Tahniah diucapkan kepada pemenang yang mempamerkan bakat mereka dalam membidik gambar-gambar menarik dengan teknologi Huawei XMAGE.

 MAJLIS ANUGERAH ZOOM INTO MALAYSIA 2023, HUAWEI MALAYSIA RAI KECEMERLANGAN ARTISTIK 

Peraduan Zoom Into Malaysia 2023 Pamer Keupayaan Teknolgi HUAWEI XMAGE

Huawei Malaysia telah meraikan kegemilangan Peraduan Fotografi Zoom Into Malaysia dengan sebuah majlis anugerah yang meriah di The Raw Studio oleh Metal Bees. Acara tersebut meraikan bakat-bakat luar biasa di sebalik lensa, mengiktiraf pemenang-pemenang dengan hadiah-hadiah yang dinantikan seperti HUAWEI P60 Pro, HUAWEI WATCH FIT dan HUAWEI FreeBuds 5. Sambutan yang menggalakkan terhadap peraduan ini mempamerkan komitmen Huawei untuk memupuk kreativiti dalam komuniti fotografi di Malaysia.

Peraduan Fotografi Zoom Into Malaysia, yang berlangsung dari Mei hingga Jun, berjaya menarik seramai 4,100 peserta dari seluruh Malaysia, menyediakan platform yang menarik bagi para profesional dan penggemar fotografi dan videografi mobil untuk mempamerkan kemahiran fotografi dan videografi mereka yang unik. Para peserta dijemput untuk merakam keindahan Malaysia yang mengagumkan menggunakan telefon pintar Huawei, membolehkan mereka mengekspresikan kreativiti dan perspektif mereka dalam menggambarkan pemandangan alam yang unik dan detik budaya yang meriah.


Peraduan Zoom Into Malaysia 2023 Pamer Keupayaan Teknolgi HUAWEI XMAGE

Encik Victor Xu, Pengarah Negara Huawei Malaysia Consumer Business Group (CBG) menyatakan, 

“Kami kagum dengan tahap kreativiti dan kepintaran yang ditunjukkan oleh semua peserta. Peraduan Fotografi Zoom Into Malaysia bukan sahaja merakamkan visual yang menakjubkan tetapi juga menyatukan para jurugambar dari pelbagai latar belakang, masing-masing menyumbangkan penceritaan unik mereka melalui lensa telefon pintar Huawei.”

Dilancarkan pada 2022, jenama XMAGE memberi tumpuan kepada sistem optikal, struktur mekanikal, teknologi imbasan dan pemprosesan imej dalam bidang fotografi. Keempat-empat asas XMAGE kini membentuk prinsip teknologi kamera telefon pintar baharu Huawei yang tersedia dalam Siri HUAWEI Mate50 Kamera Apertur Ultra dan HUAWEI P60 Pro Telefoto Ultra Lightning Kamera, menghasilkan imej yang mengagumkan siang dan malam dengan keupayaan menangkap cahaya penuh yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Peraduan Zoom Into Malaysia 2023 Pamer Keupayaan Teknolgi HUAWEI XMAGE

Peraduan Zoom Into Malaysia 2023 Pamer Keupayaan Teknolgi HUAWEI XMAGE

Dengan sokongan teknologi XMAGE, Huawei terus memperkasakan jurugambar dengan alatan termaju untuk merakam keindahan landskap dan detik budaya Malaysia. Dalam pandangan ke hadapan, Huawei tetap berkomitmen untuk memupuk kreativiti dan memajukan fotografi melalui teknologi inovatif. Masa depan menjanjikan harapan besar bagi komuniti fotografi, kerana Huawei terus menolak sempadan teknologi pengimejan dan memberi inspirasi kepada juru gambar untuk menjelajahi alaf baru.

Peraduan Zoom Into Malaysia 2023 Pamer Keupayaan Teknolgi HUAWEI XMAGE

Tahniah kepada para pemenang. Melihat kepada gambar yang telah diambil oleh setiap pemenang, sememangnya setiap gambar yang diambil dengan teknologi Huawei XMAGE ini mempunyai cerita tersendiri yang unik. Semoga peraduan ini diteruskan pada tahun hadapan dan seterusnya dapat menggilap bakat fotografi rakyat Malaysia.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen Huawei yang akan datang, sila lawati Laman Web Rasmi HUAWEI, laman Facebook Rasmi HUAWEI atau Instagram.

Peraduan Zoom Into Malaysia 2023 Pamer Keupayaan Teknolgi HUAWEI XMAGE


SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post