Tanpa Bimbingan dan Mentor yang Betul, Sukar Jadi Usahawan Jutawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

TANPA BIMBINGAN & MENTOR YANG BETUL, SUKAR JADI USAHAWAN JUTAWAN 


Tiada rahsia untuk menjadi usahawan jutawan sebaliknya ilmu dan bimbingan daripada mentor yang terbukti berjaya antara kunci kejayaan mereka.

Pasukan kerja Homebaker@Clover
Pasukan kerja Homebaker@Clover


Pengasas Homebaker@Clover, Rosli Manaf
Pengasas Homebaker@Clover, Rosli Manaf

Menurut Pengasas Homebaker@Clover, Rosli Manaf, meskipun beliau mempunyai pengalaman 30 tahun dalam dunia korporat, tak menjanjikan kejayaan dalam bisnes cinnamon roll dibuat.

"Saya bermula tanpa ada ilmu dan pengalaman dalam industri makanan & minuman ini tapi sedar usahawan memerlukan ilmu bisnes untuk berjaya.
"Sebab itu, saya ikuti program keusahawanan RichWorks hingga dari sekitar jualan RM30,000 sebulan berjaya cecah jualan RM1 juta pertama dalam tempoh enam bulan," 

katanya ketika ditemui pemberita sebentar tadi.

Tanpa Bimbingan dan Mentor yang Betul, Sukar Jadi Usahawan Jutawan
Azizan ketika menjawab soalan bersama rakan media dan usahawan jutawan yang hadir pada pelancaran Geran Bimbingan Bernilai RM3 juta sempena Klinik Usahawan: Siri Bina Bisnes Berjaya di Pejabat RichWorks, Shah Alam.

Beliau berkata demikian ketika hadiri Pelancaran Geran Bimbingan Bernilai RM3 juta sempena Klinik Usahawan: Siri Bina Bisnes Berjaya oleh Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman di Pejabat RichWorks.

Inisiatif Azizan bersama RichWorks tersebut menyasarkan 6,000 usahawan mendapat manfaat berbentuk latihan dan penilaian perniagaan yang dianjurkan bermula bulan ini hingga September nanti.

Sempena 7 Julai juga, Azizan turut mengumumkan program khas, 10x Bina Bisnes Berjaya (10xBBB) untuk bimbing perkembangan bisnes usahawan secara langsung di dewan sekitar Lembah Kelang pada 2 dan 3 September nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif Anjung Impian Development Sdn Bhd, Hasni Ahmad
Ketua Pegawai Eksekutif Anjung Impian Development Sdn Bhd, Hasni Ahmad

Sementara itu, bekas akauntan yang kini sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Anjung Impian Development Sdn. Bhd., Hasni Ahmad memberitahu, bisnes pertamanya dalam penternakan itik bagi hasilkan telur lingkup dek penangan Perintah Kawalan Pergerakan ketika pandemik pada 2020.

"Saya cuba bisnes lain dengan jadi peniaga daging ayam dan lembu di pasar pun kecundang.
"Akhirnya saya pilih untuk belajar menjadi seorang kontraktor dan dapat bimbingan keusahawanan bersama RichWorks hingga capai jualan tujuh angka dalam masa enam bulan,"

 ujarnya.

Pemilik empayar jenama pakaian trek, Future, Mohamad Rusydi Yusoff
Pemilik empayar jenama pakaian trek, Future, Mohamad Rusydi Yusoff

Sementara itu, pemilik pakaian trek jenama Future, Mohamad Rusydi Yusoff berkata, kejayaan dikecapinya hingga berjaya buat jualan lebih RM1 juta bila mendapat bimbingan yang terbukti berjaya.

 "Mungkin orang cakap klise, tapi itulah titik tolak perjalanan saya dalam membina sebuah bisnes yang bertahan bahkan berkembang.
"Saya gunakan ilmu dan strategi dipelajari di samping tekankan soal branding dan marketing untuk buatkan bakal pelanggan kenal dan memilih Future,"

 jelasnya yang dulu hanyalah seorang pekerja dalam industri sama.

Untuk maklumat lanjut, usahwan boleh layari laman sesawang  www.richworks.com/satujutapertama

Tanpa Bimbingan dan Mentor yang Betul, Sukar Jadi Usahawan Jutawan
Azizan menandatangani 'placard' sebagai simbolik pelancaran Geran Bimbingan Bernilai RM3 juta sempena Klinik Usahawan: Siri Bina Bisnes Berjaya di Pejabat RichWorks, Shah Alam hari ini.

Untuk rekod, Richworks International Sdn Bhd merupakan syarikat latihan dan bimbingan keusahawanan di Malaysia yang holistik terutama dalam bidang penjenamaan dan pemasaran, kepimpinan dan kewangan perniagaan dengan kini sedang memfokuskan kepada business coaching & perundingan khusus bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Dr. Azizan dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). 

Tanpa Bimbingan dan Mentor yang Betul, Sukar Jadi Usahawan Jutawan
Azizan bersama beberapa usahawan jutawan bergambar dengan buku Perjalanan Satu Juta Pertama yang mengandungi kisah mereka ketika pelancaran Geran Bimbingan Bernilai RM3 juta sempena Klinik Usahawan: Siri Bina Bisnes Berjaya di Pejabat RichWorks, Shah Alam.

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina ribuan usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6 hingga 24 bulan.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post