Alhamdulillah, 6 Julai 2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, pada tanggal 6 Julai 2023 yang lalu maka umur aku telah menginjak satu tahun lebih tua. Satu tahun lebih matang dan satu tahun lebih dewasa dengan pengalaman.

Sempena dengan ulang tahun kelahiran aku yang ke 18 (😅), pertama sekali nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada mak, Puan Noriah binti Halim kerana melahirkan, membesarkan dan sehingga kini tak putus-putus mendoakan kesejahteraan anakmu ini. Terima kasih sebab besarkan angah dan in shaa Allah angah akan jaga mak sampai akhir hayat.

Seterusnya, ucapan terima kasih dan rasa kesyukuran buat abah, Encik Hassan bin Aripin sebab sama-sama besarkan, mengajar dan pelbagai lagi tentang kehidupan. Alhamdulillah, abah berjaya besarkan anak-anak dengan jayanya, tengoklah saiz anak-anaknya, semuanya besar-besar dan sihat belaka. 



Seterusnya, ucapan terima kasih dan rasa syukur buat adik beradik yang dikasihi, Along, Akak dan Baby, terima kasih sebab ada untuk angah. Teringat masa kecil dulu asyik bergaduh, sekarang pun bergaduh tapi pasal makanan ja. Nanti angah balik Kulim, angah belanja makan ya.

Akhir sekali buat, sahabat dan semua rakan-rakan yang mengenali diri ini. Terima kasih kerana sudi bersahabat dengan aku, tidak kira kita kenal dimana, in shaa Allah setiap daripada anda semua sangat bermakna dalam hidup aku. Terima kasih atas bantuan dan juga rezeki yang dikongsikan. 

Di umur sebegini, apa yang aku harapkan adalah agar dapat berbakti untuk kedua ibubapa, mencari rezeki sebanyak mungkin untuk diri sendiri, mengupgrade kemahiran yang ada dan juga lebih mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.



Sekian, Terima Kasih

3 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. HB! Semoga apa yang dihajati termakbul..Aamin! Alhamdulillah masih diberi usia yang panjang sehingga hari ini 🌟

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post