Kalendar 2024 : Tarikh Cuti Sekolah dan Cuti Umum

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kalendar tahun 2024 dan takwim persekolahan sesi 2024/2025

Baiklah, seperti biasa pastinya ramai ternanti-nantikan kalendar bagi tahun mendatang supaya segala urusan dapat dirancang dengan baik. Untuk mereka yang bekerja, melihat tarikh-tarikh cuti umum dan sebagainya adalah penting supaya dapat merancang percutian dan sebagainya.

Selain itu, turut disertakan takwim persekolahan sesi 2024/2025 buat ibubapa supaya dapat merancang dan melihat tarikh-tarikh berkaitan persekolahan.

Menjelang tahun 2024, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan takwim akademik 2024 yang rasmi untuk diguna sepanjang tahun. Seperti yang kita maklum takwim akademik adalah merupakan sesuatu takwim yang penting untuk kegunaan sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

Di dalam takwim tersebut akan disenaraikan penggal sesi persekolahan untuk tahun 2024/2025. Melalui takwim akademik 2024 kita dapat mengetahui tarikh-tarikh penting mengenai perancangan akademik yang telah ditetapkan oleh pihak KPM termasuk tarikh cuti sekolah.


{tocify} $title={ISI KANDUNGAN}

KALENDAR TAHUN 2024

Harap maklum bawah tarikh-tarikh yang dinyatakan dalam Kalendar ini adalah seperti yang diumumkan atau diwartakan namun tertakluk kepada sebarang perubahan rasmi dari kerajaan atau pihak yang berkaitan.

BULAN JANUARI 2024


Berikut merupakan tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan Januari 2024:

✅ 1 Januari – Tahun Baru (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu)
✅ 14 Januari – Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (Negeri Sembilan sahaja)
✅ 15 Januari – Cuti Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (Negeri Sembilan sahaja)
✅ 25 Januari – Hari Thaipusam (Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya & Selangor)

BULAN FEBRUARI 2024


Berikut merupakan tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan Februari 2024:

✅ 1 Februari – Hari Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya)
✅ 8 Februari – Israk dan Mikraj (Kedah, N. Sembilan, Perlis & Terengganu)
✅ 10 Februari – Tahun Baru Cina (Semua Negeri)
✅ 11 Februari – Tahun Baru Cina Hari Kedua (Semua Negeri)
✅ 12 Februari – Cuti Tahun Baru Cina (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu)

10 dan 11 Februari adalah cuti dan hari pelepasan am bagi seluruh Malaysia sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Cuti dan hari pelepasan lain adalah berkaitan untuk negeri yang dinyatakan sahaja.

BULAN MAC 2024


Berikut merupakan tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan Mac 2024:

✅  4 Mac – Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu (Terengganu sahaja)
✅  12 Mac – Awal Ramadan (Johor, Kedah & Melaka)
✅  23 Mac – Hari Keputeraan Sultan Johor (Johor sahaja)
✅ 28 Mac – Hari Nuzul Al-Quran (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah & Sarawak)
✅ 29 Mac – Good Friday (Sabah & Sarawak sahaja)

Tarikh 12 Mac dijangka menjadi hari pertama permulaan Bulan Ramadan yang menandakan bermulanya ibadah berpuasa bagi umat Islam di Malaysia (Tertakluk pada perubahan)

BULAN APRIL 2024


Berikut merupakan tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan April 2024:

✅ 10 April – Hari Raya Aidilfitri (Semua Negeri)
✅ 11 April – Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua (Semua Negeri)
✅ 15 April – Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah (Melaka)
✅ 26 April – Hari Keputeraan Sultan Terengganu (Terengganu sahaja)

Umat Islam dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 10 April mengikut kalendar 2024 (tertakluk pada perubahan).

BULAN MEI 2024


Berikut merupakan tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan Mei 2024:

✅  1 Mei – Hari Pekerja (Semua Negeri)
✅ 17 Mei – Hari Keputeraan Raja Perlis (Perlis sahaja)
✅ 22 Mei – Hari Hol Pahang (Pahang sahaja)
✅ 22 Mei – Hari Wesak (Semua Negeri)
✅ 30 Mei – Pesta Kaamatan (Labuan & Sabah sahaja)
✅ 31 Mei – Pesta Kaamatan Hari Kedua (Labuan & Sabah sahaja)

Kecuali Hari Pekerja dan Hari Wesak, cuti dan hari pelepasan am bagi kalendar Mei 2024 adalah untuk negeri yang dinyatakan sahaja.


BULAN JUN 2024



Berikut merupakan tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan Jun 2024:

✅ 1 Jun – Hari Gawai (Sarawak)
✅ 2 Jun – Hari Gawai Hari Kedua (Sarawak)
✅ 3 Jun – Hari Gawai Hari Kedua (Sarawak)
✅ 3 Jun – Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong (Semua Negeri)
✅ 16 Jun – Hari Arafah (Terengganu)
✅ 16 Jun – Hari Keputeraan Sultan Kedah (Kedah sahaja)
✅ 17 Jun – Hari Raya Haji (Semua Negeri)
✅ 18 Jun – Hari Raya Haji Hari Kedua Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu

BULAN JULAI 2024


Berikut merupakan tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan Julai 2024:

✅ 7 Julai – Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown (Pulau Pinang)
✅ 7 Julai – Awal Muharram (Semua Negeri)
✅ 8 Julai – Cuti Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown (Pulau Pinang)
✅ 8 Julai – Cuti Awal Muharram (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu)
✅ 13 Julai – Harijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (Pulau Pinang)
✅ 22 Julai – Hari Sarawak (Sarawak sahaja)
✅ 30 Julai – Hari Keputeraan Sultan Pahang (Pahang sahaja)

Mengikut kalendar 2024, hanya 7 Julai (Awal Muhharram) sahaja merupakan cuti umum dan hari pelepasan am bagi semua negeri sementara tarikh lain yang dinyatakan di atas tertakluk untuk negeri yang terlibat sahaja.

BULAN OGOS 2024


Berikut merupakan tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan Ogos 2024:

✅ 24 Ogos – Harijadi Yang di-Pertua Negeri Melaka (Melaka sahaja)
✅ 31 Ogos – Hari Kebangsaan (Semua Negeri)

Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 67 pada tahun 2024.

BULAN SEPTEMBER 2024


Berikut merupakan tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan September 2024:

✅ 15 September – Maulidur Rasul (Semua Negeri)
✅ 16 September – Hari Malaysia (Semua Negeri)
✅ 29 September – Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Kelantan sahaja)
✅ 30 September – Hari Keputeraan Sultan Kelantan Hari Kedua (Kelantan sahaja)

BULAN OKTOBER 2024


Berikut merupakan tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan Oktober 2024:

✅ 5 Oktober – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah (Sabah sahaja)
✅ 12 Oktober – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak (Sarawak sahaja)
✅ 31 Oktober – Hari Deepavali Semua Negeri kecuali (Sarawak sahaja)

BULAN NOVEMBER 2024


Berikut merupakan tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan November 2024:

✅ 1 November – Hari Keputeraan Sultan Perak (Perak sahaja)

BULAN DISEMBER 2024


Berikut merupakan tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan Disember 2024:

✅ 11 Disember – Hari Keputeraan Sultan Selangor (Selangor sahaja)
✅ 24 Disember – Cuti Hari Natal (Sabah sahaja)
✅ 25 Disember – Hari Krismas (Semua Negeri)


TAKWIM PERSEKOLAHAN SESI 2024/2025

Kini para guru-guru dan ibu bapa boleh membuat semakan mengenai takwim akademik 2024 yang telah rasmi dikeluarkan oleh KPM. Rujukan untuk takwim akademik ini adalah sangat penting untuk mengetahui perkembangan dan tarikh-tarikh penting sesi persekolahan tahun 2024 yang bakal bermula.

Kalendar Akademik 2024 ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Disediakan dua rujukan jadual yang berbeza kerana perbezaan cuti hujung minggu. Untuk kumpulan A bermula sekolah pada Ahad sehingga khamis dan cuti hujung minggu pada jumaat hingga sabtu. Manakala, kumpulan B bermula pada isnin sehingga jumaat dan cuti hujung minggu pada sabtu hingga ahad.

Berikut adalah jadual takwim akademik 2024;

Kalendar tahun 2024 dan takwim persekolahan sesi 2024/2025


Cuti Perayaan Sepanjang Sesi Persekolahan Sepanjang Tahun 2024/2025

Di dalam takwim akademik 2024 ini disenaraikan juga cuti-cuti perayaan di sekolah untuk tahun 2024 dan 2025. Seperti kita maklum negara kita adalah negara yang mempunyai pelbagai budaya dan bangsa. Sebagai negara yang majmuk, KPM telah merangka cuti khas untuk perayaan semua kaum.

Berikut adalah senarai cuti hari perayaan sepanjang persekolahan untuk sesi 2024/2025:

Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2024 : 10 & 11 Februari 2024 (Dalam Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2023/2024)
Perayaan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2024 : 10 & 11 April 2024 (Rujuk cuti tambahan KPM)
Pesta Kaamatan (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja) : 30 & 31 Mei 2024 (Dalam cuti penggal 1 , sesi 2024/2025)
Perayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja) : 1 & 2 Jun 2024 ( Dalam cuti penggal 1, sesi 2024/2025)
Hari Deepavali (Kecuali negeri Sarawak) : 31 Oktober 2024 (Rujuk cuti tambahan KPM)
Perayaan Hari Krismas : 25 Disember 2024 ( Dalam cuti penggal 3, Sesi 2024/2025)
Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2025 : 29 & 30 Januari 2025 ( Dalam cuti akhir persekolahan sesi 2024/2025)



Di dalam takwim akademik 2024 ini juga telah di senaraikan senarai cuti mengikut penggal sepanjang sesi persekolahan.

Untuk cuti sekolah bagi tahun 2024/2025 terdapat empat cuti sekolah bagi tiga penggal. Cuti sekolah ini diberikan berbeza mengikut kumpulan a dan kumpulan B. Selain itu KPM juga telah menetapkan hari-hari tertentu adalah diberikan cuti khas.

Berikut adalah senarai cuti sekolah tahun 2024;

Kumpulan A

✅ Cuti penggal 1: 25 Mei – 2 Jun 2024 (10 hari)
✅ Cuti penggal 2: 14 September – 22 September 2024 (9 hari)
✅ Cuti penggal 3: 21 Disember – 29 Disember 2024 (9 hari)
✅ Cuti akhir sekolah: 18 Januari – 16 Februari 2025 (30 hari)

Kumpulan B

✅ Cuti penggal 1: 25 Mei – 2 Jun 2024 (9 hari)
✅ Cuti penggal 2: 14 September – 22 September 2024 (9 hari)
✅ Cuti penggal 3: 21 Disember – 29 Disember 2024 (9 hari)
✅ Cuti akhir sekolah: 18 Januari – 16 Februari 2025 (30 hari)


Takwim akademik 2024 ini adalah sah dipakai sepanjang tahun 2024 dan memasuki tahun 2025. Diharapkan dengan penyediaan jadual ini dapat membantu ramai pihak dan memudahkan urusan serta perancangan untuk tahun 2024 dan juga 2025. 

SEKIAN


0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post