Review Hotel Evergreen Laurel Penang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Review Hotel Evergreen Laurel Penang

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Baiklah, kali ini aku ingin kongsikan satu lagi tempat penginapan yang anda boleh cuba sekiranya anda bercuti di negeri Pulau Pinang.

Seperti mana yang anda maklum, baru-baru ini aku ada menyertai satu program menarik dikenali sebagai Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0 yang diadakan di bandaraya Georgetown, Pulau Pinang. Anda boleh baca kisah dan pengalaman aku menyertai program itu di ; https://www.aerill.com/2023/11/pengalaman-sertai-miss-shophia-shopping.html

Bersempena dengan program tersebut, aku dan rakan-rakan yang lain menginap di sebuah hotel yang menarik terletak di Persiaran Gurney, Georgetown, Pulau Pinang iaitu Hotel Evergreen Laurel Penang.

{tocify} $title={ISI KANDUNGAN}

REVIEW HOTEL EVERGREEN LAUREL PENANG

Review Hotel Evergreen Laurel Penang

Hotel Evergreen Laurel Penang merupakan sebuah hotel yang terletak di Persiaran Gurney. Hotel yang telah dibina pada tahun 1997 ini mempunyai 18 tingkat keseluruhannya. Merupakan sebuah hotel 5 bintang yang merupakan sebahagian daripada kumpulan Evergreen International Hotel, hotel ini mempunyai lebih daripada 300 buah bilik.

Masuk sahaja ke ruangan lobi hotel ini, memang sangat mewah, melambangkan sebuah hotel 5 bintang, mempunyai beberapa sofa tempat duduk. Sampai sahaja di hotel tersebut, aku terus ke ruangan Reception untuk check-in.

Review Hotel Evergreen Laurel Penang

Hotel ini berada dalam 1.2 km ke Gurney Paragon dan Gurney Plaza. Muzium Kolonial Pulau Pinang berada sejauh 2.3 km. Chinatown dan Muzium Upside Down Penang terletak 3.5 km dari Hotel Evergreen Laurel Penang. Fort Cornwallis dan Muzium Wonderfood berada 4.6 km dari tempat penginapan ini. Manakala, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pula berada sekitar 20 km.


BILIK PENGINAPAN DI HOTEL EVERGREEN LAUREL PENANG

Review Hotel Evergreen Laurel Penang

Baiklah, seterusnya aku nak kongsikan tentang bilik pula. Eh tapi sebelum itu untuk check-in adalah pada jam 2 petang manakala check-out pula adalah pada jam 12 tengahhari.

Hotel ini menawarkan pelbagai jenis bilik iaitu :-
  • Superior Single
  • Superior Twin
  • Deluxe Single
  • Deluxe Twin
  • Executive Suite
  • Deluxe Suite
  • Evergreen Suite
Review Hotel Evergreen Laurel Penang

Untuk penginapan kali ini, aku bermalam di bilik Twin Deluxe Room yang menawarkan pemandangan laut. Aku berkongsi bilik ini dengan seorang lagi peserta program yang sama. 

Review Hotel Evergreen Laurel Penang

Baiklah, di dalam bilik ini tersedia dua buah katil single yang cukup selesa. Sebuah meja kecil, sofa dan juga almari yang luas. Selain itu, bilik ini turut lengkap dengan kemudahan membuat teh dan kopi, TV LCD, peti ais kecil dan juga peti simpanan keselamatan. Oh ya, pengering rambut, seterika dan papannya turut tersedia. Di dalam peti ais pula terdapat beberapa jenis air tin dan juga botol air mineral percuma untuk tetamu.

Review Hotel Evergreen Laurel Penang

Review Hotel Evergreen Laurel Penang

Untuk ruangan tandas dan bilik air pula memang sangat luas dan selesa. Lengkap dengan sebuah tab mandi, kelengkapan mandi dan membersih diri turut disediakan buat tetamu. 

Review Hotel Evergreen Laurel Penang

Review Hotel Evergreen Laurel Penang

Review Hotel Evergreen Laurel Penang


MAKAN-MAKAN DI HOTEL EVERGREEN LAUREL PENANG


Untuk makan, hotel ini mempunyai tiga buah restoran iaitu Cafe Laurel, Lobby Lounge dan Evergarden. Restoran Evergarden merupakan sebuah restoran makanan cina yang popular, bukan hanya kerana makanannya tetapi kerana berstatus halal.

Review Hotel Evergreen Laurel Penang

Untuk sarapan pula, sebenarnya ia mengikut tempahan yang telah anda lakukan sama ada bilik penginapan termasuk dengan sarapan atau tidak. Sarapan di hotel ini disediakan di Café Laurel yang terletak di aras bawah iaitu berdekatan dengan ruangan Reception.

Selain itu, terletak di Persiaran Gurney, lokasi hotel ini sememangnya strategik untuk anda mencari restoran dan kawasan tempat makan sepanjang jalan ini. Oh ya, dua buah pusat membeli belah iaitu Gurney Paragon dan Gurney Plaza turut terletak berdekatan dengan hotel ini. 


KEMUDAHAN DAN FASILITI DI HOTEL EVERGREEN LAUREL PENANG

Antara kemudahan-kemudahan lain di Hotel Evergreen Laurel Penang ini termasuklah kemudahan tempat meletak kenderaan percuma, kemudahan WIFI percuma, dan anda boleh mendapatkan perkhidmatan penukaran mata wang, aturan lawatan dan perkhidmatan concierge di kaunter penyambut tetamu 24 jam.

Review Hotel Evergreen Laurel Penang

Hotel Evergreen Laurel turut mempunyai dua kolam renang, (1 untuk dewasa, 1 untuk kanak-kanak), sebuah gymnasium, jacuzzi, sauna, gelanggang tennis, Business Centre dan ruangan permainan kanak-kanak.

Review Hotel Evergreen Laurel Penang

Review Hotel Evergreen Laurel Penang

Sebagai sebuah hotel untuk perniagaan, hotel ini masih menawarkan kemudahan buat mereka yang datang ke Pulau Pinang untuk bercuti. Menepati statusnya sebagai sebuah hotel perniagaan, terdapat sebuah ballroom bersaiz besar untuk sebarang konvensyen, acara, perkahwinan dan sebagainya. 


ULASAN KESELURUHANNYA

Review Hotel Evergreen Laurel Penang

Secara keseluruhannya, pengalaman menginap di hotel ini sememangnya selesa. Dibina lebih dari 20 tahun dahulu, hotel ini masih kelihatan cantik dan selesa. Ya, walaupun sebuah hotel yang memfokuskan kepada perniagaan dan sebagainya, tetapi aku rasa pelancong yang ingin bercuti, tak kira warga tempatan atau antarabangsa masih boleh menginap di sini dengan kemudahan serta faktor lokasinya yang agak strategik.

Review Hotel Evergreen Laurel Penang

HOTEL EVERGREEN LAUREL, PENANG


Lokasi : 53, Persiaran Gurney, George Town, Malaysia
Hubungi : 04-222 9988
Email : elhpen@evergreen-hotels.com

SEKIAN



0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post