Ulasan Filem : The Marvels (2023)

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Filem The Marvels (2023) merupakan sebuah filem adiwira berdasarkan Komik Marvel. Diterbitkan oleh Marvel Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures, filem ini merupakan filem sekuel kepada filem Captain Marvel (2019) dan juga kesinambungan bagi siri mini Ms. Marvel (2022). Selain itu, filem ini juga merupakan filem ke 33 dalam Marvel Cinematic Universe. 

Tayangan perdana filem ini telah diadakan pada 7 November 2023 di Las Vegas dan mula ditayangkan di seluruh dunia bermula 10 November 2023. Sebahagian daripada filem Fasa 5 MCU, filem ini menerima ulasan dan kritikan yang pelbagai daripada pengkritik berdasarkan gaya pengarahan pengarahnya, elemen kelakar, dan juga keserasian antara pelakon utamanya. 

{tocify} $title={KANDUNGAN}

FILEM THE MARVELS (2023)


Pengarah : Nia DaCosta
Penulis : Nia DaCosta, Megan McDonnell, Ellissa KARASIK
Penerbit : Kevin Feige
Sinematografi : Sean Bobbitt
Edit : Catrin Hedström, Evan Schiff
Muzik : Laura Karpman
Tarikh Tayangan : 10 November 2023
Durasi : 105 minit
Bajet : $USD 220 Juta 

Rotten Tomatoes : 62%
Metacritic : 50/100
Cinemascore : B 


BARISAN PELAKON FILEM THE MARVELS (2023)


  • Brie Larson sebagai Carol Danvers / Captain Marvel
  • Teyonah Parris sebagai Monica Rambeau
  • Iman Vellani sebagai Kamala Khan / Ms. Marvel
  • Zawe Ashton sebagai Supremor Dar-Benn
  • Gary Lewis sebagai Emperor Dro'ge
  • Park Seo-joon sebagai Prince Yan
  • Zenobia Shroff sebagai Muneeba Khan
  • Mohan Kapur sebagai Yusuf Khan
  • Saagar Shaikh sebagai Aamir Khan
  • Samuel L. Jackson sebagai Nick Fury
  • Lashana Lynch sebagai Maria Rambeau / Binary
  • Tessa Thompson sebagai Valkyrie
  • Hailee Steinfeld sebagai Kate Bishop
  • Kelsey Grammer sebagai Dr. Hank McCoy / Beast

SINOPSIS FILEM THE MARVELS (2023)


[SPOILER] Keruntuhan Supreme Intelligence membawa kepada perang saudara di kalangan spesies Kree di dunia asal mereka di planet Hala. Konflik menjadikan planet ini tandus kerana ia kehilangan udara, air dan cahaya matahari.

Dar-Benn, pemimpin baharu Kree, mendapatkan separuh daripada Gelang Kuantum, yang mana Kamala Khan mempunyai separuh lagi. Dar-Benn memanfaatkan kuasa gelang tersebut, memasangkannya dengan tongkat saktinya, menamakan Universal Weapon, dan menggunakannya untuk mengoyakkan titik lompatan di angkasa. Anomali yang terhasil ditemui oleh S.W.O.R.D.


Sementara itu, Nick Fury, kini menetap di S.A.B.E.R. stesen angkasa lepas, menganjurkan rundingan damai antara Kree dan empayar Skrull. Fury memanggil Carol Danvers dan Monica Rambeau untuk menyiasat anomali titik lompat berhampiran S.A.B.E.R. Apabila Rambeau menyentuhnya, dia, Danvers, dan Kamala bertukar tempat melalui teleportasi. Pertukaran itu menyebabkan ketiga-tiga mereka bertempur dengan musuh Kree masing-masing, menjadikan rumah keluarga Khan yang musnah.

Apabila ketiga-tiga wanita itu kembali ke tempat asal mereka, Fury dan Rambeau melawat Kamala di Bumi. Semasa Kamala tidak sabar-sabar menunjukkan kuasanya, dia bertukar tempat dengan Danvers. Apabila Danvers terbang pergi, dia bertukar tempat dengan Kamala di udara. Kumpulan itu menduga bahawa kuasa berasaskan cahaya Danvers, Rambeau, dan Kamala dikaitkan melalui jalinan kuantum, dan mereka bertukar tempat apabila mana-mana daripada mereka menggunakan kuasa mereka.


Ketiga-tiga mereka bergabung tenaga di koloni pelarian Skrull di planet Tarnax, di mana perbincangan mengenai penempatan semula telah dibubarkan. Dar-Benn membuka satu lagi titik lompat, yang menyedut atmosfera Tarnax ke dalam Hala untuk mencuba dan memulihkan udaranya. Selepas usaha tergesa-gesa untuk mengosongkan tanah jajahan, Danvers, Rambeau, dan Kamala membentuk pasukan yang secara tidak rasmi dirujuk oleh Kamala sebagai "The Marvels". Danvers memberitahu yang lain tentang legenda bahawa Gelang Kuantum telah digunakan untuk mencipta rangkaian pengangkutan titik lompat; mereka bertiga menjadi terjerat kerana hubungan mereka bersama dengan tenaganya apabila Dar-Benn mengganggunya. Titik lompatan Dar-Benn yang berulang kali menyebabkan ketidakstabilan rangkaian dan membahayakan alam semesta.


Dar-Benn sampai ke planet Aladna, di mana dia membuka titik lompatan untuk menarik air laut ke dalam Hala. Rancangan terakhirnya ialah merampas matahari Bumi untuk memulihkan planet Hala. The Marvels melawan dan menundukkan Dar-Benn, tetapi dia mencuri gelang Kamala dan menggunakan kedua-dua gelang bersama-sama untuk mengoyakkan satu lagi lubang di angkasa. Usaha berbuat demikian memusnahkan Dar-Benn dan meninggalkan ruangan koyak pada titik lompatan ke dalam multiverse. Selepas Kamala menuntut semula gelangnya, dia dan Danvers menggunakan kuasa gabungan mereka untuk memberi tenaga kepada Rambeau, membenarkan dia menutup lubang dari sisi lain, tetapi meninggalkannya terkandas dalam proses itu. Danvers terbang ke matahari Hala dan menggunakan kuasanya untuk memulihkannya.


Berpasukan buat seketika dengan Danvers dan Rambeau memberi inspirasi kepada Kamala untuk mencari wira lain dan membentuk kumpulan baharu, bermula dengan Kate Bishop. Dalam adegan pertengahan kredit, Monica Rambeau terjaga dalam alam semesta selari di mana dia disambut oleh versi ganti ibunya Maria dan Hank McCoy yang mutan.

*Google Translate

ULASAN FILEM THE MARVELS (2023)


Alhamdulillah, baru-baru ini aku berkesempatan untuk menonton filem The Marvels (2023) yang ditayangkan di pawagam. Mengikuti perjalanan watak-watak utamanya, aku pastinya teruja untuk melihat apa kesinambungan penceritaan yang ada dalam Fasa 5 Marvel Cinematic Universe ini. Baiklah, berikut adalah pendapat dan ulasan aku berkenaan filem The Marvels (2023).


Pertama, jalan cerita filem ini sebenarnya sangat menarik, kisah bagaimana tiga orang adiwira pertama kali bekerjasama untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Plot dimana ketiga-tiga kuasa mereka bersambung dengan sumber kuasa yang sama, menyebabkan mereka terikat apabila ingin menggunakan kuasa adalah satu plot yang sangat bijak. Melihat bagaimana mereka berjaya menjadikan kelemahan ini sebagai satu kemahiran baru, memang sungguh menarik. Selain itu, keserasian antara ketiga-tiga watak iaitu Carol Danvers, Monica Rambeau dan Kamala Khan berjaya dipaparkan dengan baik, bermula dari awal sehingga ke penghujung filem ini.

Dengan barisan pelakon yang hebat terutamanya Brie Larson, penerima anugerah Oscar, beliau berjaya membawa filem ini dengan baik, tetapi pujian utama perlu diberikan kepada pendatang baru iaitu Iman Vellani kerana wataknya yang bersahaja dan lucu berjaya diperlihatkan kepada penonton. Sisi wataknya yang ditonjolkan dalam siri Ms Marvel (2022) dibawa ke filem ini dan ia lebih bermakna kerana watak Kamala Khan akhirnya bertemu dengan idolanya, Captain Marvel. Selain itu,  Monica Rambeau yang dibawa oleh Teyonah Parris juga dibawa dengan baik terutamanya melalui babak-babak yang menonjolkan emosi. 


Selain itu, watak-watak sampingan seperti Nick Fury dan keluarga Kamala juga tidak kurang juga dari segi memberi nilai tambah kepada filem ini. Paling mencuit hati adalah Goose dan flerken-flerken lain yang sangat comel!

Dengan durasi yang paling pendek setakat ini untuk filem Marvel, plot dan jalan cerita dalam filem ini sememangnya sudah cukup untuk memberikan penonton kepuasan dalam penceritaannya. Bagi aku, tiada babak-babak yang perlahan dan sebagainya, yang paling aku suka adalah elemen aksi yang menyaksikan babak-babak tersebut diterajui oleh wanita.


Baiklah, bukanlah satu kelemahan ketara tetapi kekurangan kecil untuk filem ini bagi aku adalah pada watak penjahat utamanya iaitu Dar-Benn. Motif yang dibawa agak lemah iaitu semata-mata ingin membalas dendam terhadap apa yang dilakukan oleh Captain Marvel pada planet Hala yang semakin tenat. Melalui perbuatan Dar-Benn yang ingin membalas dendamlah terjadinya plot-plot lain di dalam filem ini, contohnya seperti ke planet Tarnax dan Aladna.

Secara keseluruhannya, filem The Marvels (2023) merupakan sebuah filem yang menarik, penuh dengan aksi, keserasian watak utamanya menjadi tunggak utama untuk filem ini berjaya. Selain itu, pengarahan Nia DaCosta yang berjaya hasilkan sesuatu yang segar berbanding filem dan siri terdahulunya. 


Untuk filem-filem Marvel Studios tahun ini, iaitu Ant-Man and the Wasp : Quantumania (2023), Guardians of the Galaxy Vol. 3 (2023) dan The Marvels (2023), ketiga-tiganya filem yang menghiburkan dan jika mengikut urutan adalah seperti berikut ;  

GOTG 3 > The Marvels > Quantumania

Tahniah Marvel Studios untuk naskhah yang dihasilkan untuk tayngan pada tahun 2023 ini. Jumpa di tahun 2024 dan tahun-tahun berikutnya. Untuk itu, aku berikan filem ini :

BINTANG : ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐/10


ISU TOXIC & SUPERHERO FATIGUE 

Baiklah disini aku mempunyai sedikit isu bukan dengan filem ini tetapi dengan peminat filem komik yang toxic. Bayangkan, filem belum ditayangkan lagi, sudah dikecam. Tonton pun belum, kecaman sudah bermula.

Kalau dilihat di YouTube, berpuluh-puluh dan mungkin ratus video kecaman berkenaan Brie Larson dilakukan. Trend ini sebenarnya boleh dilihat daripada filem pertamanya terdahulu lagi. Fans toxic dan taksub melampau, terutamanya mereka yang tidak gemar filem yang diterajui wanita ini mempunyai perangai yang sama, kecam dan mengecam sepanjang masa.


Jujur, sebenarnya sekarang memang ada trend 'superhero fatigue' dimana ramai orang mula letih dengan kebanjiran konten berkenaan adiwira, tetapi ia bukanlah sebab utama sesebuah filem itu dikecam. Sebagai contoh, untuk filem ini, ketika mula ditayangkan mendapat peratusan rendah iaitu hanya 54% sahaja, kemudiannya terus meningkat kepada 62%. Untuk 'audience score' pula adalah 85%, bermakna ramai penonton yang menyukai filem ini. 

Untuk itu, aku sendiri jika melihat video atau kecaman terhadap apa jua filem, aku pastinya akan menonton filem itu terlebih dahulu. Barulah ulasan diberikan sama ada filem itu manarik atau tidak. Bukannya sekadar mengecam tanpa menonton filem dengan harapan kecaman itu akan mendapat tontonan yang tinggi. 

SEKIAN

RUJUKAN :
  • Wikipedia
  • Google Image
  • Marvel Studios

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post