Berapa Jumlah Bangunan Pencakar Langit di Malaysia?

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Malaysia merupakan antara negara di dunia yang memiliki bangunan pencakar langit terbanyak di dunia. Negara kita berada di kedudukan ke empat (4) keseluruhan dalam senarai yang dikeluarkan oleh Council on Tall Buildings and Urban Habitat (CTBUH), dengan sebanyak 358  buah bangunan tersenarai dengan ketinggian melebihi 150 meter. 

Untuk artikel kali ini kita akan melihat senarai bandar dengan jumlah bangunan pencakar langit terbanyak, senarai bangunan tertinggi dan juga sejarah bangunan tertinggi di Malaysia.


{tocify} $title={KANDUNGAN}

BERAPA JUMLAH BANGUNAN PENCAKAR LANGIT DI MALAYSIA?


Untuk maklumat, bangunan pencakar langit pertama telah dibina di Kuala Lumpur pada tahun 1978 dan sehingga sekarang Kuala Lumpur mempunyai salah satu latar langit tertinggi di dunia. Selain Kuala Lumpur dan kawasan metropolis sekitarnya, kebanyakan bangunan pencakar langit di Malaysia turut tertumpu di bandaraya George Town dan Johor Bahru. 

Sehingga tahun 2023, bangunan Merdeka 118 di Kuala Lumpur telah menjadi bangunan tertinggi di Malaysia, dibina dengan ketinggian 678.9 meter, mempunyai balai cerap tertinggi yang terletak di puncak menara.

Sejarah bangunan pencakar langit di Malaysia bermula dengan kemajuan pembinaan di Kuala Lumpur sekitar tahun 1970-an dan 1980-an, dimana rekod bangunan tertinggi sentiasa dipecahkan saban tahun. Pada tahun 1971, bangunan Sime Darby (sekarang dikenali sebagai Bangunan Takaful) dengan 28 tingkat merupakan bangunan pertama yang ketinggiannya melebihi 100 meter. Kemudiannya, pada tahun 1978, bangunan Bank Muamalat menjadi bangunan pencakar langit pertama di negara ini yang mengikut takrifan CTBUH.

Pada tahun 1985, bangunan setinggi 65 tingkat yang dikenali sebagai Komtar telah dibina di George Town menjadi bangunan pencakar langit pertama yang ketinggiannya melebihi 200 meter. Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat terletak di pusat bandaraya Kuala Lumpur merupakan bangunan pencakar langit tertinggi di dunia dari tahun 1998 sehingga 2004, dan sehingga kini masih memegang takhta sebagai bangunan pencakar langit kembar tertinggi di dunia.

Sehingga sekarang, Malaysia mempunyai sebanyak 285 buah bangunan yang sudah siap dengan ketinggian melebihi 150 meter, 67 buah bangunan melebihi ketinggian 200 meter dan 6 bangunan dengan ketinggian melebihi 300 meter. 

SENARAI 10 BANGUNAN TERTINGGI DI MALAYSIA


Berikut merupakan senarai 10 bangunan  pencakar langit tertinggi di Malaysia di mana bangunannya telah siap dibina. 9 daripada 10 bangunan pencakar langit ini terletak di ibu negara Kuala Lumpur manakala hanya 1 dari Johor Bahru. 


NONAMATINGGITINGKATTAHUNLOKASI
1MERDEKA 118678.9 METER1182023KUALA LUMPUR
2THE EXCHANGE 106453.6 METER952019KUALA LUMPUR
3MENARA PETRONAS 1451.9 METER881998KUALA LUMPUR
4MENARA PETRONAS 2451.9 METER881998KUALA LUMPUR
5MENARA KUALA LUMPUR421.0 METER-1994KUALA LUMPUR
6FOUR SEASONS PLACE342.5 METER742018KUALA LUMPUR
7MENARA TELEKOM310.0 METER552001KUALA LUMPUR
8THE ASTAKA TOWER A307.8 METER722018JOHOR BAHRU
9MENARA ILHAM274.0 METER582016KUALA LUMPUR
10MENARA PETRONAS 3267.0 METER602012KUALA LUMPUR


SENARAI BANDAR DENGAN BANGUNAN PENCAKAR LANGIT TERBANYAK DI MALAYSIA


Berikut merupakan senarai 10 bandar dengan jumlah bangunan pencakar langit terbanyak di Malaysia mengikut  takrifan CTBUH iaitu melepasi ketinggian 150 meter. 


NONEGERI /WILAYAHBANDARJUMLAH
1KUALA LUMPURKUALA LUMPUR166
2PULAU PINANGGEORGE TOWN35
3JOHORJOHOR BAHRU33
4SELANGORAMPANG JAYA12
5SELANGORPETALING JAYA10
6PAHANGBENTONG6
7MELAKAMELAKA5
8SELANGORSEPANG4
9SELANGORSHAH ALAM4
10SELANGORSUBANG JAYA4


SEJARAH BANGUNAN TERTINGGI DI MALAYSIA



Berikut merupakan senarai bangunan yang pernah memegang takhta sebagai bangunan tertinggi di Malaysia. Sehingga tahun 2023, bangunan tertinggi di Malaysia adalah Merdeka 118 yang juga merupakan bangunan dan struktur kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Dubai, UAE. 


TAHUNBANGUNANTINGGITINGKATLOKASI
1897 - 1942BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD 40 METER3 TINGKATKUALA LUMPUR
1942 - 1960BANGUNAN SULTAN IBRAHIM60 METER5 TINGKATJOHOR BAHRU
1960 -1963BANGUNAN LEE YAN LIAN73 METER18 TINGKATKUALA LUMPUR
1963 -1971BANGUNAN PARLIMEN MALAYSIA77 METER20 TINGKATKUALA LUMPUR
1971 - 1973MENARA TAKAFUL110 METER28 TINGKATKUALA LUMPUR
1973 - 1978CROWNE PLAZA MUTIARA KL130 METER36 TINGKATKUALA LUMPUR
1978 -1980MENARA BUMIPUTRA COMMERCE (MUAMALAT)150.5 METER34 TINGKATKUALA LUMPUR
1980 -1983MENARA DBKL 1151 METER35 TINGKATKUALA LUMPUR
1983 - 1984MENARA KH152 METER36 TINGKATKUALA LUMPUR
1984 - 1985KOMPLEKS DAYABUMI157 METER35 TINGKATKUALA LUMPUR
1985 - 1986MENARA DATO' ONN175 METER40 TINGKATKUALA LUMPUR
1986 -1988KOMTAR231.7 METER65 TINGKATGEORGE TOWN
1988 -1998MENARA MAYBANK243.5 METER55 TINGKATKUALA LUMPUR
1998 -2019MENARA BERKEMBAR PETRONAS451.9 METER88 TINGKATKUALA LUMPUR
2019 - 2021THE EXCHANGE 106453.6 METER95 TINGKATKUALA LUMPUR
2021 - KINIMERDEKA 118678.9 METER118 TINGKATKUALA LUMPUR


BERAPA BANYAK LAGI BANGUNAN PENCAKAR LANGIT DI MALAYSIA AKAN DIBINA?


Mengikut senarai yang telah dikeluarkan, sebanyak 21 bangunan sedang dalam pembinaan dan telah diluluskan pembinaannya manakala  13 lagi bangunan sedang dipertimbangkan untuk kelulusan dan pembinaannya. 

Jika dilihat kebanyakan pembangunan bangunan pencakar langit adalah sekitar metropolis Kuala Lumpur dan metropolis Penang. Tak sabar nak ketahui bangunan pencakar langit dengan binaan unik pada masa hadapan seiring dengan arus pemodenan di negara Malaysia.

SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post