WOW! Tiket Konsert 'Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza' SOLD OUT dalam Masa 2 Jam !

Assalamualaikum dan salam sejahtera

onsert 'Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza'

Penyanyi No 1 Malaysia, Dato' Sri Siti Nurhaliza memohon maaf kepada peminat yang gagal mendapatkan tiket konsertnya  melalui perkongsian di laman Instagram dan Facebook beliau. 

"Alhamdulillah. Terima kasih dari lubuk hati terdalam.

Maafkan saya kepada yang tak dapat membelinya. Saya minta maaf sedalam-dalamnya juga. Saya memahami ada yang mencuba dan tidak sempat mendapatkannya.

Ada rezeki di persembahan yang lain nanti. Doakan saya. "

Tiket bagi konsert  beliau telah habis dijual dalam tempoh dua jam selepas ia dibuka untuk pembelian secara dalam talian.  Tiket bagi mengikuti konsert ini dijual pada harga serendah RM129 sehingga RM799 di laman web KLTICKET.

Konsert yang diberi nama "Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza" bakal berlangsung pada 9 Mac 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Untuk makluman, kali terakhir beliau mengadakan konsert di Axiata Arena adalah pada tahun 2019 melalui konsert siri jelajah Siti Nurhaliza On Tour termasuklah di Singapura dan Indonesia.

Rata-rata peminat kecewa kerana terlepas membeli tiket dan berharap agar pihak Siti Nurhaliza akan menambah satu hari lagi atau menukar ke lokasi lebih besar seperti Stadium Nasional Bukit Jalil.

onsert 'Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza'

Dato' Sri Siti Nurhaliza telah menjelaskan secara terperinci tentang penganjuran konsert ini juga menerusi perkongsian hanya di laman sosial media sahaja. 

Bismillahirrahmanirrahim..
Setiap orang ada cara dan peranan, ada bentuk saran, pengorbanan dan sumbangan, ada cara menyediakan, memberikan serta menyalurkan.

Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza satu medium yang menatang keinginan, menghulurkan keprihatinan dan menghidangkan kebersamaan, dengan hasrat dan tujuan, dari kita untuk kita, menebar ke serata, sampai tepat ke destinasi yang dibawa.

Yayasan Nurjiwa dengan penuh keikhlasan menghadirkan pentas karya untuk kita dapat membantu sesama. Semoga setiap usaha kita melimpahkan rahmat dan pahala sebesar-besarnya.

Setiap orang ada cara tersendiri, ada inisiatif dan peranan, Yayasan Nurjiwa menerusi persembahan Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza menghamparkan sejuta kasih sayang menerusi penyampaian karya, persembahan jiwa dan pengucapan bahasa sukma.

Terimalah Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza pada 9 Mac 2024, Axiata Arena Bukit Jalil, 8.30 malam.

Terima kasih kepada CUCKOO yang membawa khas persembahan konsert ini dan juga beberapa pihak lain yang akan diumumkan pada satu sesi sidang media khas pada bulan Januari 2024.


PECAH REKOD ELLA, MAGIS SITI NURHALIZA 


Siti Nurhaliza berjaya pecahkan rekod Ella dengan penjualan tiket habis terjual dalam masa dua jam sahaja!

Terdahulu,  Ratu Rock negara, Ella, 56, mencipta sejarah apabila konsertnya, Jilid Akhir Ella Puteri Kota 2.0 diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai konsert penyanyi tempatan pertama yang tiketnya habis terjual dalam tempoh 24 jam.

Untuk rekod, Siti Nurhaliza merupakan penyanyi pertama yang mengadakan konsert di Axiata Arena (Stadium Putra) selama 4 dekad berbeza! 

✅ Konsert Live Siti Nurhaliza (1999)
✅ Konsert Mega Siti Nurhaliza (2001)
✅ Konsert Siti Nurhaliza On Tour (2019)
✅ Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza (2024)

SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post