Pengalaman Menyertai XPDC Integriti 2023 - Menang Video Kreatif !

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengalaman Menyertai XPDC Integriti 2023 - Menang Video Kreatif !

Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Tak sangka tahun 2023 sudah semakin menghampiri penghujugnya. Alhamdulillah, kali ini aku nak kongsikan dengan anda satu acara yang aku sertai bersama geng KembaRojak [AlongMurni & Zayani] iaitu program XPDC Integriti 2023 !

{tocify} $title={KANDUNGAN}

PENGALAMAN MENYERTAI XPDC INTEGRITI 2023

Pengalaman Menyertai XPDC Integriti 2023 - Menang Video Kreatif !

XPDC Integriti 2023 adalah pertandingan berkonsep gabungan acara antara 'Amazing Race' dan 'Treasure Hunt' di mana setiap kumpulan  yang terdiri daripada  3 hingga 4 orang bertanding untuk mencari petunjuk dan menyelesaikan teka-teki berdasarkan petunjuk yang diberikan. Mereka akan mengharungi beberapa jenis cabaran di lokasi yang menarik, bekerjasama untuk menyelesaikan cabaran secara fizikal dan mental demu untuk melengkapkan pertandingan ini.

Pengalaman Menyertai XPDC Integriti 2023 - Menang Video Kreatif !

Berlangsung pada tarikh 9 Disember 2023, acara bermula seawal jam 7.30 pagi di persekitaran Dataran Wawasan Putrajaya. Pendaftaran kenderaan dan juga penyerahan nombor pasukan, pelekat kenderaan dan t-shirt rasmi pertandingan serta sarapan diberikan sebelum acara utama bermula pada jam 9.30 pagi.

Tepat jam 9.30 pagi acara utama bermula di mana para peserta dilepaskan serta dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Nor Yahati Binti Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia.

Untuk durasi selama 4 jam, XPDC Integriti 2023 ini menyaksikan penyertaan 147 pengamal media dan kakitangan agensi kerajaan, membentuk pasukan tiga atau empat individu. Setiap pasukan memulakan pengembaraan yang mendebarkan melalui lokasi yang ditetapkan di Putrajaya untuk mencapai objektif pertandingan ini.

Antara aktiviti yang kami iaitu para peserta lakukan adalah memanjat titian tangga Putrajaya, bermain lompat tali, berkayak, bergambar di lokasi ikonik di sekitar Putrajaya dan sebagainya. 

Pengalaman Menyertai XPDC Integriti 2023 - Menang Video Kreatif !

Pengalaman Menyertai XPDC Integriti 2023 - Menang Video Kreatif !

Oh ya, kami juga perlu menyelesaikan teka-teki berdasarkan rangkaian kedai-kedai sekitar Presint 15 Putrajaya. Memang susah sebenarnya. Selain itu, ada juga tugasan untuk membeli barangan yang akan diberikan kepada mereka yang memerlukan dan juga tugasan media sosial dimana kami perlu memuat naik gambar dan video.

Alhamdulillah, semakin menghampiri jam 1.30 tengahhari, kami pun berjaya menyelesaikan tugasan semampu yang mungkin. Masa yang perlu ditamatkan oleh para peserta adalam pada jam 1.30 tengahhari, sekiranya lewat markah akan ditolak. 

HADIAH XPDC INTEGRITI 2023

Pengalaman Menyertai XPDC Integriti 2023 - Menang Video Kreatif !

Oh ya lupa pula nak cerita pasal hadiah yang bakal diterima oleh pemenang. Berikut adalah hadiah yang ditawarkan kepada pemenang XPDC Integriti 2023 adalah seperti berikut ;-

Juara : RM3,000.00
Naib Juara : RM2,000.00
Ketiga : RM1,000.00
Keempat hingga Kelima : RM500
Keenam hingga Kesepuluh : RM200

Video Kreatif (IG) : RM300
Photo Kreatif (IG) : RM200
Caption Social Media Terbaik (IG) : RM200


KEMBAROJAK MENANG VIDEO KREATIF !



Alhamdulillah, walaupun KembaRojak tidak berjaya mendapat tempat dalam senarai 10 terbaik, tetapi kami berjaya bagi kategori Video Kreatif ! Untuk mendapat tempat 10 terbaik secara peribadinya aku rasa agak sukar kerana banyak kumpulan yang memang berpengalaman dalam treasure hunt / explorace.

Tetapi alhamdulillah, kami berjaya juga bagi kategori yang lain. Yang paling seronok bagi aku adalah dapat melakukan aktiviti dengan kawan-kawan dan juga dapat jalan-jalan sekitar Putrajaya. In shaa Allah sekiranya XPDC Integriti akan diadakan di tahun 2024, aku dan rakan-rakan pasti akan turut serta.

SEKIAN

1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Tahniah atas kemenangan! Semoga akan dapat sertai lagi aktiviti sebegini di masa akan datang dan comeback stronger!

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post