Persaingan 30 Lagu Muzik-Muzik 38 Separuh Akhir Kian Terasa!

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Penantian yang ditunggu-tunggu oleh penggiat seni muzik kini hampir ke garisan penamat apabila 30 buah lagu telah disenarai pendek ke Muzik Muzik 38 Separuh Akhir (SFMM 38). 30 lagu terbaik sepanjang 2023 yang berjaya mara ke peringkat ini bakal berentap bagi menempah tiket ke Anugerah Juara Lagu 38.  

Pengumuman senarai penuh 30 buah lagu ini telah diadakan di sidang media Muzik Muzik 38 Separuh Akhir menerusi persembahan mantap daripada finalis Famili Duo 2023 iaitu Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi serta Sharul Kamal. Sidang media tersebut telah berlangsung di Jiospace, Petaling Jaya yang merupakan penaja lokasi sidang media dikendalikan oleh Sharifah Shahirah, Fahrin Ahmad dan Aisha HotFM.

Muzik-Muzik 38 Separuh Akhir akan dihoskan oleh Izzue Islam dan Fiza Frizzy, bakal bersiaran secara langsung selama tiga hari berturut-turut dari Studio 1, Glenmarie, Shah Alam dari 15 Disember 2023 hingga 17 Disember 2023, pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Setiap episod Muzik Muzik 38 Separuh Akhir akan dimeriahkan lagi dengan persembahan jemputan yang berbeza pada setiap episod iaitu Noraniza Idris (episod pertama), Akim & The Majistret (episod kedua) dan Search (episod ketiga) . Para peminat muzik tanah air juga boleh mengundi lagu kegemaran mereka melalui Undian Lagu Pilihan Alha Alfa, hanya dengan mengimbas QR Code yang tertera sepanjang 3 hari, sewaktu siaran langsung. 

Sidang produksi Muzik Muzik 38 Separuh Akhir  diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Sufian Che Isa sebagai penerbit eksekutif dan Noradillah Abdullah sebagai penerbit. 

Muzik Muzik 38 Separuh Akhir dibawakan khas oleh penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital, serta Hot FM sebagai rakan radio.

Dato Seri Alha Alfa turut kongsikan harapan beliau selaku penaja utama,

“Ini merupakan penampilan kali kedua buat kami setelah menaja program yang berprestij tinggi seperti Anugerah Juara Lagu. Bersesuaian dengan penajaan yang diteruskan, Alha Alfa Kosmetik sentiasa memahami keperluan pengguna untuk mendapatkan solekan yang sempurna. 
Pelancaran gandingan produk Set Anti Badai yang lengkap sekaligus menyahut kegairahan penonton Muzik-Muzik 38 Separuh Akhir yang setia menanti Keputusan 12 Lagu terbaik untuk berentap di Anugerah Juara Lagu 38. Saya berharap kerjasama selaku penaja utama bersama pihak TV3 kali ini turut memberi kesempatan yang baik bagi kedua dua belah pihak iaitu TV3 khusunya dalam merangka jenama Alha Alfa Kosmetik di masa akan datang.”

Jangan lupa menonton Muzik-Muzik 38 Separuh Akhir pada 15 Disember 2023 hingga 17 Disember 2023, pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang di TV3 dan strim HD secara langsung di www.tonton.com.my untuk mengetahui lagu mana yang bakal berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu 38.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

Berikut ialah SENARAI 30 LAGU YANG BERJAYA MARA KE SEPARUH AKHIR:




SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post