Tempat Menarik Wajib Dikunjungi di Daerah Baling, Kedah !

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tempat Menarik Wajib Kunjungi di Baling, Kedah !

Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku nak kongsikan beberapa tempat menarik di daerah Baling. 

Baling merupakan sebuah daerah yang terletak dalam negeri Kedah, Malaysia. Daerah ini bersempadan dengan daerah Kulim di sebelah selatan, Kuala Muda di sebelah barat, Sik di utara, negeri Perak di sebelah tenggara dan negara Thailand di sebelah timur laut. Daerah ini mempunyai keluasan sebanyak 1,530 kilometer persegi dan menjadi daerah yang kedua terbesar di Kedah selepas daerah Sik.

{tocify} $title={KANDUNGAN}

TEMPAT MENARIK WAJIB DIKUNJUNGI DI DAERAH BALING, KEDAH

Sepertimana yang telah dimaklumkan, terdapat beberapa tempat dan lokasi yang aku dan rakan-rakan terjah dalam program FAM TRIP ke Baling yang berlangsung pada pertengahan bulan Januari 2024.

Sebelum ini aku sudah kongsikan tempat makan menarik di daerah Baling dan kali ini pula adalah untuk senarai tempat-tempat menarik yang anda wajib datang dan singgah sekiranya anda berada di daerah Baling, Kedah.

#1 GALERI RUNDINGAN BALING

Tempat Menarik Wajib Kunjungi di Baling, Kedah !

Sekiranya anda masih ingat ketika sekolah menengah dahulu, dalam subjek Sejarah kita ada belajar tentang Rundingan Baling. Apa itu Rundingan Baling?

Baiklah, Rundingan Baling pada 28 dan 29 Disember 1955 merupakan detik bersejarah dalam usaha menamatkan pemberontakan bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) dimana rundingan ini melibatkan pihak Kerajaan Persekutuan terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Dato’ Sir Tan Cheng Lock dan David Marshall dengan pihak PKM yang terdiri daripada Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin.

Tempat Menarik Wajib Kunjungi di Baling, Kedah !

Untuk makluman anda, Galeri Rundingan Baling ini baru sahaja dibuka pada awal tahun 2024 yang lalu.  Pengarah Muzium Negeri Kedah, Suhaidi Shukri berkata dalam mengingati peristiwa bersejarah ini, maka Galeri Rundingan Baling ini dibuka dalam mempamerkan pelbagai peristiwa bersejarah berkaitan Baling yang berlaku sebelum kemerdekaan seperti Darurat di Tanah Melayu, Sejarah PKM, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Kezaliman Komunis, Pembanterasa Komunis di Tanah Melayu, Kesan Darurat, Kepimpinan Tempatan di Negeri Kedah dan Peristiwa Rundingan Baling.

Tempat Menarik Wajib Kunjungi di Baling, Kedah !

Ruang asal Galeri Rundingan Baling ini merupakan tempat rehat pemimpin PKM semasa rundingan tersebut berlaku dan tempat bersejarah sebegini harus dipelihara untuk tatapan generasi pada masa hadapan.

Untuk info, pihak Warisan Negara telah menjalankan kerja-kerja konservasi pembaikan bangunan dan selesai pada hujung tahun 2021. Pada tahun 2022, pihak Kementerian Pelancongan telah meluluskan kerja-kerja menyiapkan galeri pameran tetap yang dilaksanakan oleh pihak Lembaga Muzium Negeri Kedah dengan peruntukan sekitar RM270 ribu.

Tempat Menarik Wajib Kunjungi di Baling, Kedah !

Jom datang dan lihat salah satu lokasi penting dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan negara.

GALERI RUNDINGAN BALING

LOKASI : Bersebelahan Sekolah Kebangsaan Tunku Putra, Kampung Banggol Lada, 09100 Baling, Kedah

WAKTU OPERASI : Setiap Ahad : 10.00 Pagi - 4.30 Petang
LAMAN SESAWANG : https://www.muziumkedah.gov.my/
KADAR BAYARAN MASUK : Percuma

#2 PUSAT REKREASI AIR PANAS ULU LEGONG

Tempat Menarik Wajib Kunjungi di Baling, Kedah !

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong merupakan salah satu Pusat Pelancongan di Daerah Baling, Kedah Darul Aman, yang mula beroperasi sejak tahun 1998. Lokasinya terletak di Mukim Siong kira-kira 22KM dari bandar Baling.

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong merupakan destinasi pelancongan terkenal di utara semenanjung Malaysia. Menariknya, di sini terdapat kemudahan penginapan yang selesa, kolam mandian air panas berperingkat sesuai untuk semua peringkat umur serta sesuai kepada mereka yang menyukai aktiviti lasak.

Tempat Menarik Wajib Kunjungi di Baling, Kedah !

Untuk makluman, Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong ini ditadbir urus sepenuhnya oleh Jabatan Pembangunan Pelancongan dan Rekreasi Majlis Daerah Baling. Antara yang ditawarkan di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong adalah seperti : -

✅ KOLAM MANDIAN : Kolam mandian air panas semulajadi disediakan mengikut pilihan kategori yang sesuai untuk semua kategori pengunjung yang datang.

✅ PENGINAPAN : Menawarkan penginapan yang selesa dan damai, menyediakan pilihan bilik dengan harga yang berpatutan untuk semua pengunjung.

✅ AKTIVITI : Pelbagai aktiviti lasak boleh dilakukan dan menikmati kesegaran air terjun semulajadi, berakit dan berkayak menjadikan satu pengalaman yang berharga.

✅ ALAM SEMULAJADI : Nikmati kehijauan flora alam semulajadi yang aman, damai dan menyegarkan, jauh dari hiruk pikuk kota untuk mendapatkan ketenangan bersama keluarga.

Tempat Menarik Wajib Kunjungi di Baling, Kedah !

Terdapat empat jenis kolam air panas di sini iaitu : -

✅ Kolam UtamaKolam utama membekalkan sumber air panas kepada kolam-kolam yang lain. Berkeluasan 544.70 mps dan merupakan kolam yang terbesar. Para pengunjung tidak dibenarkan mandi di kolam ini kerana suhunya mencecah darjah kepanasan 50' C. Para pengunjung dapat melihat sumber mata air panas yang keluar di celah-celah batu sulfur yang terdapat di dalam kolam ini. Tahap kedalaman kolam ini ialah 1.6 meter.

✅ Kolam Dewasa : Kolam yang sesuai untuk pengunjung yang datang berkeluarga atau pun berkumpulan. Pihak pengurusan menyediakan 4 buah kolam yang berkeluasan 400mps.Kadar kedalaman kolam diantara 1.3-1.6 meter dengan suhu mencecah 40'C. Para pengunjung dapat merendamkan kaki dengan selesa dan akan merasai khasiat rendaman di dalam air panas semulajadi.

✅ Kolam Wanita : Kolam ini dikhaskan untuk pengunjung wanita yang tidak selesa untuk mandi di kolam dewasa. Penghadang diwujudkan bagi menghalang pandangan orang ramai.

✅ Kolam Kanak-KanakKolam ini berkeluasan 148.17 mps dan suhu maksimum bagi kolam ini ialah 39'C. Kadar kedalaman kolam ini ialah 0.5-0.6 meter dan sesuai untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.Kanak-kanak yang mandi di kolam ini perlu diawasi oleh ibu bapa bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

PUSAT REKREASI AIR PANAS ULU LEGONG

LOKASI : Kampung Keda Ulu Legong, 09100 Baling, Kedah
LAMAN SESAWANG : https://www.mdbalingtourism.gov.my/chaletprapul/
WAKTU OPERASI : SETIAP HARI 24 JAM
HUBUNGI : 04 - 473 1024 / 019 - 571 1024


#3 GUA SIREH

Tempat Menarik Wajib Kunjungi di Baling, Kedah !

Gua Sireh merupakan sebuah gua yang terletak di dalam daerah Baling, Kedah. Terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Baling, Gua Sireh ini mempunyai keunikan dan daya tarikannya tersendiri. 

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Gua sireh ini sudah ada masyarakat terawal yang mendiami gua sejak 16,000 hingga 17,000 tahun lalu kerana terdapat banyak kesan fosil atau kulit kerang dan siput lama yang kelihatan.

Tempat Menarik Wajib Kunjungi di Baling, Kedah !

Selain batu berbentuk sireh junjung, terdapat beberapa lagi batu dengan imej menarik seperti burung, singa, pengisar tepung, gajah, lembu kucing dan perahu patah.

Anda boleh baca artikel pengalaman di Gua Sireh yang lebih panjang lebar dan lengkap di : https://www.aerill.com/2024/01/meneroka-keindahan-gua-sireh-baling.html

GUA SIREH

LOKASI : Kampung Padang Che Mas, Dalam Wang, 09100, Baling, Kedah.
HUBUNGI : 013-411 4325
WAKTU OPERASI : 9.00 Pagi - 5.00 Petang


#4 PUSAT REKREASI WENG VALLEY

Tempat Menarik Wajib Kunjungi di Baling, Kedah !

Pusat Rekreasi Weng Valley merupakan sebuah lokasi pelancongan terbaru yang terletak di Felcra Gugusan Weng, Baling, Kedah. Diuruskan oleh penduduk Felcra sendiri, terdapat beberapa tarikan menarik disini yang anda boleh rasai sendiri.

Antara tarikannya adalah seperti taman air, ladang madu lebah kelulut, menunggang ATV, berkayak dan menaiki keretapi mini.

Tempat Menarik Wajib Kunjungi di Baling, Kedah !

Untuk membaca cerita lebih lengkap dan penuh anda boleh terus ke : https://www.aerill.com/2024/01/weng-valley-destinasi-pelancongan-penuh.html

PUSAT REKREASI WENG VALLEY

LOKASI : Felcra Weng, Baling, Kedah
WAKTU OPERASI : 10.00 Pagi - 7.00 Malam
HUBUNGI 019-470 2949

#5 GUNUNG BALING

Tempat Menarik Wajib Kunjungi di Baling, Kedah !

Gunung Baling merupakan sebuah gunung batu kapur yang termasuk dalam kategori gunung ' limestone outcrops'. Gunung ini terletak di Mukim Pulai, Daerah Baling dan berketinggian 546 meter.

laluan mendaki di Gunung Baling boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama laluan hutan sederhana yang bertanah di mana disini trek pendakian akan terus mendaki bukit agak mencabar. Kedua laluan hutan sederhana yang berbatu, dan ketiga laluan berbatu yang ditumbuhi pokok renek dan buluh.

Tempat Menarik Wajib Kunjungi di Baling, Kedah !

Pendakian ke puncak Gunung Baling kebiasaannya mengambil masa sekitar 2 hingga ke 3 jam. Pendakian turun pula mengambil masa 1.5 sehingga 2 jam.

Untuk membaca kisah pengalaman penuh mendaki Gunung Baling, anda boleh ke : https://www.aerill.com/2024/01/pengalaman-mendaki-gunung-baling-kedah.html

PEJABAT PENDAKIAN GUNUNG BALING

WAKTU OPERASI : Setiap Hari 
EMAIL : mdbaling@mdbaling.gov.my
HUBUNGI : 04 -4701803

#6  TITI HAYUN LUBUK PEDATI

Tempat Menarik Wajib Kunjungi di Baling, Kedah !

Satu lagi lokasi yang sanagt cantik yang boleh anda kunjungi adalah Lubuk Pedati. Terletak di kaki Gunung Baling, di sini terdapat sebatang sungai yang mengalir deras. Pemandangan dengan latar belakang dinding batu kapur yang cantik bagaikan anda berada di luar negara!

TITI HAYUN LUBUK PEDATI

LOKASI : Lubuk pedati, Sungai Kaki Gunung Baling

#7 DUSUN TOK WAK DESA

Tempat Menarik Wajib Kunjungi di Baling, Kedah !

Dusun Tok Wak Desa merupakan sebuah lokasi riadah yang sangat cantik dan begitu dekat dengan alam. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah seperti berkelah, mandi-manda, berkhemah, BBQ, makan di dalam sungai dan sebagainya.

Tempat Menarik Wajib Kunjungi di Baling, Kedah !

Diusahakan oleh Pak Long, Dusun Tok Wak Desa ini sememangnya sesuai untuk anda datang bersama seisi keluarga mahupun rakan-rakan untuk beriadah dan mengeratkan silaturrahim sambil melakukan aktiviti bersama di sini.

Untuk membaca artikel lebih panjang lebar dan lebih lengkap, anda boleh ke : https://www.aerill.com/2024/01/pesona-alam-dusun-tok-wak-desa-baling.html


DUSUN TOK WAK DESA

LOKASI : Jalan Ulu Legong, K702, 09100 Baling, Kedah

HUBUNGI : 019-508 8258
FACEBOOK : https://www.facebook.com/dusuntokwakdesasentosasince2016/
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/imohdakhir/
TIKTOK : https://www.tiktok.com/@mohdakhir58


Daerah Baling, Kedah sememangnya mempunyai tarikannya tersendiri. Jika sebelum ini mungkin daerah Langkawi lebih dikenali oleh para pelancong tidak kira tempatan mahupun luar negara, daerah Baling kini turut mempunyai lokasi-lokasi pelancongan yang menarik setanding dengan tempat popular yang sedia ada.

SEKIAN

#JomMaiKedah #KembaRojak #KedahWhereItAllBegan #EscapeToBeautifulNature #QttGroupTravel #NatureBasedTravelers #KolaGlobalTravel

Untuk sebarang pakej Nature-Based Travelers, anda boleh hubungi melalui :-

📱+60174079734
📱+60193036008
📩 : qttgroup.management@gmail.com

Artikel ini dihasilkan dari program QTT X KembaRojak FAM TRIP BALING yang berlangsung dari 13 Januari 2024 - 17 Disember 2024 anjuran QTT Group PLT, Global Travel Sdn Bhd (KOLA) & KembaRojak.

Jutaan terima kasih diucapkan pada semua penaja, Majlis Daerah Baling, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Baling (APM Baling), Malim gunung dan kumpulan Gua Sireh.

4 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Baling, Kedah complete tempat riadah seisi keluarga. Dari muzium, makanan, penginapan, aktiviti dan mendaki gunung. Semua lengkap! Seronok tengok gambar dan baca penulisan pengalaman Aerill.

    ReplyDelete
  2. Banyak tempat menarik kat Baling rupanya kan. Next time boleh buat trip ke Baling dengan family pulak

    ReplyDelete
  3. Wow!!! There’s so many interesting things to see at Baling. Reading your post makes me want to visit Baling this year. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  4. Wow… there is so many interesting places to visit in Baling. Reading your post makes me want to go there. Thank you for sharing.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post