Menjejak Ketenangan Alam: Pengalaman Menginap di Pak Raja Villas, Langkawi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Menjejak Ketenangan Alam: Pengalaman Menginap di Pak Raja Villas, Langkawi

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku nak kongsikan pula tentang sebuah lagi penginapan serba indah dan tenang di Langkawi. Kepada yang belum tahu, baru-baru ini iaitu sekitar awal bulan Mac yang lalu, aku berkesempatan menyertai satu FAM TRIP ke Langkawi selama 5 hari 4 malam.

In shaa Allah dalam artikel kali ini aku akan kongsikan tentang pengalaman penginapan aku di Pak Raja Villas, Langkawi ! Selamat membaca. 


{tocify} $title={Kandungan}

MENJEJAK KETENANGAN ALAM : PENGALAMAN MENGINAP DI PAK RAJA VILLAS, LANGKAWI

Menjejak Ketenangan Alam: Pengalaman Menginap di Pak Raja Villas, Langkawi

Pak Raja Villas merupakan sebuah kawasan menempatkan beberapa jenis penginapan untuk pengunjung datang dan berehat bersama rakan-rakan dan sebagainya. Kami menginap di sini pada malam kedua dan alhamdulillah, penginapan di sini sememangnya sangat tenang dan selesa.

PENGINAPAN DI PAK RAJA VILLAS 

Di Pak Raja Villas terdapat tiga jenis penginapan yang tersedia mengikut jumlah tetamu. Penginapan pertama dikenali sebagai Villa yang boleh menempatkan sehingga 6 orang. Terdapat tiga buah bilik didalamnya, dan setiap bilik mengandungi bilik air dan tandasnya tersendiri.

Menjejak Ketenangan Alam: Pengalaman Menginap di Pak Raja Villas, Langkawi

Ruang tamu dan dapur juga turut tersedia, lengkap dengan kipas, pendingin hawa, TV dan perabot. Di dapur pula lengkap dengan kelengkapan membuat air dan sebagainya. Selain itu, seterika dan papannya juga turut disediakan.

Menjejak Ketenangan Alam: Pengalaman Menginap di Pak Raja Villas, Langkawi

Penginapan lain yang tersedia adalah Studio yang boleh memuatkan sehingga 4 orang, terdapat dua buah bilik termasuklah 2 tandas dan bilik air. Dapur dan ruang tamu turut tersedia. Jenis penginapan terakhir adalah Room yang boleh menempatkan 2 orang tetamu, lengkap dengan tandas dan ruang tamu. 

Menjejak Ketenangan Alam: Pengalaman Menginap di Pak Raja Villas, Langkawi

FASILITI TERSEDIA DI PAK RAJA VILLAS

Pak Raja Villas merupakan sebuah lokasi penginapan yang memberikan keselesaan kepada tetamu. Beberapa fasiliti disediakan untuk memberikan keselesaan dan  kemudahan baut tetamu. Antara fasiliti yang tersedia di Pak Raja Villas adalah seperti ; -

Menjejak Ketenangan Alam: Pengalaman Menginap di Pak Raja Villas, Langkawi

  • Kawasan meletak kenderaan yang luas, mampu memuatkan sehingga 2 buah bas dan beberapa kenderaan lagi.
  • Dua buah kolam renang iaitu kolam renang dewasa dan kolam renang kanak-kanak
  • Sebuah dewan serbaguna yang boleh digunakan sebagai tempat mesyuarat, kelas dan juga majlis keramaian. 
  • Dewan makan, untuk tetamu majlis bersantap dan sebagainya. 
  • Kawasan BBQ untuk keluarga dan rakan-rakan berseronok di samping berenang di kolam renang. 
  • Basikal untuk disewa juga disediakan sekiranya tetamu berminat untuk melihat dan bersiar-siar di sekitar sawah padi. 
Menjejak Ketenangan Alam: Pengalaman Menginap di Pak Raja Villas, Langkawi

PEMANDANGAN SEKITAR PAK RAJA VILLAS LANGKAWI

Menjejak Ketenangan Alam: Pengalaman Menginap di Pak Raja Villas, Langkawi

Perkara pertama yang menjadi tarikan bagi aku adalah pemandangan sekitar Pak Raja Villas yang cukup mendamaikan. Dapat melihat gunung-gunung dan bukit bukau tersergam indah di belakang, serta dikelilingi sawah padi yang menghijau.

Menjejak Ketenangan Alam: Pengalaman Menginap di Pak Raja Villas, Langkawi

Kawasan di sekitar Pak Raja Villas juga dihias dengan cantik serta beberapa pokok buah-buahan tempatan ditanam dan antaranya adalah pokok mangga, belimbing, ciku, betik, rambutan dan juga cempedak. Sekiranya terdapat buah dan ia sudah ranum, pengunjugn boleh ambil begitu sahaja!

JOM MENGINAP DI PAK RAJA VILLAS LANGKAWI

Menjejak Ketenangan Alam: Pengalaman Menginap di Pak Raja Villas, Langkawi

Untuk anda yang datang ke Langkawi mungkin boleh memilih untuk menginap di Pak Raja Villas. Walaupun lokasinya adalah lebih ke dalam tetapi ia tetap mempunyai tarikan tersendiri. Anda masih boleh mengunjugi tempat-tempat menarik sekitar Langkawi meskipun menginap di sini. 

Menjejak Ketenangan Alam: Pengalaman Menginap di Pak Raja Villas, Langkawi

Oh ya, lupa nak cerita , waktu Check In adalah pada jam 3 petang manakala Check Out adalah pada jam 12 tengahhari. Deposit diperlukan ya untuk penginapan di sini manakala fasiliti seperti kolam renang boleh diguna bermula jam 9.00 pagi sehingga 9.00 malam. 

Untuk sebarang pertanyaan, tempahan dan sebagainya, anda boleh menghubungi pihak Pak Raja Villas melalui butiran yang diberikan di bawah. 

PAK RAJA VILLAS LANGKAWI


LOKASI : Lot 690, Paya Keli, Kampung Padang Gaong, Mukim Ulu Melaka, 07000 Ulu Melaka, Kedah

HUBUNGI : 011-3509 5079

FACEBOOK : https://www.facebook.com/pakrajavillas/
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/pak_raja_villas/
TIKTOK : https://www.tiktok.com/@pakrajavillas

QTT Fam Trip ke Langkawi/Tuba telah dianjurkan pada 2 Mac 2024  sehingga 6 Mac 2024 oleh QTT Group Plt dengan kolaborasi bersama LADA, Jupeter Holidays dan dibantu oleh KembaRojak.

QTT Group Plt dan Kola global Travel Sdn Bhd menawarkan pakej 'Nature-Based Travelers 2MY' dimana mereka akan mengatur dan menyusun itinerari yang menarik, unik serta menampilkan tempat-tempat menarik di Malaysia.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi mereka di +60174079734 atau +60193036008, atau email di qttgroup.management@gmail.com dan guna kod rujukan ini : QTTNBT-02  

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post