Pengalaman Menginap di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengalaman Menginap di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling

Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Baiklah, seperti yang anda sedia maklum, baru-baru ini aku berkesempatan menyertai satu program fam trip ke daerah Baling. 

Alhamdulillah, memang banyak tempat menarik telah dilawati dan untuk kali ini aku nak ceritakan salah satu penginapan yang sempat kami singgah dan bermalam iaitu di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling.


{tocify} $title={KANDUNGAN}

PENGALAMAN MENGINAP DI PUSAT REKREASI AIR PANAS ULU LEGONG, BALING.

Pengalaman Menginap di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling

Sebenarnya berpuluh-puluh tahun dahulu, aku pernah datang ke sini bersama keluarga aku termasuklah arwah datuk dan arwah nenek aku. Ketika itu kedua-dua adik aku masih belum wujud di muka bumi ini, bermakna akulah anak bongsu yang dimanjakan dengan begitu baik oleh semua ahli keluarga kecuali kakak aku.

Ya, aku merupakan anak Kedah dan kampung aku terletak di Merbau Pulas, Kulim iaitu berdekatan dengan sempadan Kulim - Baling. Bermakna jarak dari kampung aku ke tempat ini tidaklah mengambil masa yang lama.

Pengalaman Menginap di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling

Berumur kurang daripada 10 tahun, ingatan aku pada waktu itu sangat samar-samar. Tetapi apa yang aku perasan adalah fasiliti pada masa kini adalah lebih baik dan jumlah kolamnya bertambah.

Aku masih ingat kami sekeluarga datang berkelah di waktu malam, sambil berendam dalam air panas. Of course aku tak berendam di tempat panas, sebab aku dimanjakan dengan air suam-suam kuku.

Pengalaman Menginap di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling

Tiba-tiba rindu keluarga lah pulak. Okay, aku teruskan lagi cerita. Fasiliti dan kemudahan aku lihat tersedia dengan baik. Orang pun sangat ramai terutamanya di waktu tengah malam, cuaca semakin sejuk, jadi dapat berendam dalam air panas memang sangat nyaman.

Sempat juga aku dengan rakan-rakan, Along Murni dan Zayani, membeli aiskrim yang dijual seorang pak cik. Harganya cukup murah, dan lebih seronok lagi beliau menghadiahkan kami kalendar tahun 2024 tiap seorang satu. Terima kasih pak cik.

Pengalaman Menginap di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling

Memang ramai sungguh yang datang, daripada yang kecil sehinggalah warga emas. Selain itu juga ramai juga kaum-kaum lain yang datang ke sini dan bukan hanya kaum melayu sahaja. 

PENGINAPAN DI PUSAT REKREASI AIR PANAS ULU LEGONG, BALING


Pengalaman Menginap di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling

Baiklah, aku yakin dan pasti ramai yang membaca artikel ini untuk ketahui tentang penginapannya bukan? Kalau seperti aku sendiri yang mana kampungnya terletak berdekatan sahaja dengan tempat ini, mungkin tidak akan menginap di sini dan akan balik hari sahaja.

Tetapi untuk warga luar, yang mungkin ingin menghabiskan masa lebih lama bersama keluarga di sini boelhlah menginap di sini. 

Pengalaman Menginap di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling

Okay, bilik yang aku menginap pada hari tersebut adalah jenis Chalet Standard.  Ada satu katil bersaiz queen dengan dekorasi minimal. Kelengkapan seperti perkakas mandi, peralatan buat air juga disediakan. 

Pengalaman Menginap di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling

Untuk anda yang mungkin bajetnya biasa sahaja bolehlah menginap di bilik seperti ini. Sekiranya anda mempunyai bajet lebih dan mempunyai anggota keluarga yang lebih besar boleh memilih bilik lain yang lebih selesa dan lebih luas seperti Chalet Deluce atau Chalet VIP.

HARGA TIKET & PENGINAPAN DI PUSAT REKREASI AIR PANAS ULU LEGONG, BALING.

Pengalaman Menginap di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling

Berikut adalah harga bagi tiket masuk dan juga penginapan di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling.

HARGA TIKET MASUK

⚡Dewasa dengan Mykad (13 Tahun ke atas)  : RM 12
⚡Kanak-Kanak dengan Mykid (13 Tahun ke bawah) : RM 6

⚡Dewasa tanpa Mykad (13 Tahun ke atas) : RM 25
⚡Kanak-Kanak tanpa Mykid (13 Tahun ke bawah) : RM 15

⚡Dewasa Rakyat Baling : RM 6
⚡Kanak-Kanak Rakyat Baling : RM 3 


HARGA PENGINAPAN

✅ Chalet Bajet : RM110+
✅ Chalet Standard : RM130 +
✅ Chalet Poolview : RM135 +
✅ Chalet Deluxe : RM150 +
✅ Dormitory : RM 260 +
✅ Chalet VIP : RM300 +
✅ Chalet A (Single Storey) : RM195 +
✅ Chalet A (Double Storey) : RM 385 +


Alhamdulillah, sepanjang penginapan di sini semuanya sangat selesa. Yang penting adalah dapat berendam dan berehat di kolam air panas. In shaa Allah satu hari nanti aku nak bawa keluarga aku untuk datang ke sini dan menggamit memori silam.

PUSAT REKREASI AIR PANAS ULU LEGONG, BALING



LOKASI : Kampung Keda Ulu Legong, 09100 Baling, Kedah

FB : https://www.facebook.com/prapulmdb/
IG : https://www.instagram.com/ululegonghotspring/

SEKIAN

#JomMaiKedah #KembaRojak #KedahWhereItAllBegan #EscapeToBeautifulNature #QttGroupTravel #NatureBasedTravelers #KolaGlobalTravel

Untuk sebarang pakej Nature-Based Travelers, anda boleh hubungi melalui :-

📱+60174079734
📱+60193036008
📩 : qttgroup.management@gmail.com

Artikel ini dihasilkan dari program QTT X KembaRojak FAM TRIP BALING yang berlangsung dari 13 Januari 2024 - 17 Disember 2024 anjuran QTT Group PLT, Global Travel Sdn Bhd (KOLA) & KembaRojak.

Jutaan terima kasih diucapkan pada semua penaja, Majlis Daerah Baling, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Baling (APM Baling), Malim gunung dan kumpulan Gua Sireh.

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post