Penginapan Mendamaikan di Tuba Island Cottage, Pulau Tuba, Langkawi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Penginapan Mendamaikan di  Tuba Island Cottage, Pulau Tuba, Langkawi

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, semoga semuanya dalam keadaan baik-baik belaka. Baiklah, kali ini aku ingin meneruskan lagi menceritakan pengalaman aku ketika FAM TRIP LANGKAWI yang baru sahaja berlangsung di awal bulan Mac yang lalu.

Untuk artikel kali ini, aku nak kongsikan tentang sebuah lokasi penginapan di Pulau Tuba yang anda boleh pilih sebagai lokasi bermalam dan beristirehat iaitu Tuba Island Cottage.

{tocify} $title={KANDUNGAN}

TUBA ISLAND COTTAGE

Penginapan Mendamaikan di  Tuba Island Cottage, Pulau Tuba, Langkawi

Alhamdulillah, Tuba Island Cottage merupakan lokasi penginapan untuk malam pertama di Pulau Tuba manakala malam kedua adalah di Resort Noba. Setibanya kami di Jeti Pulau Tuba, barang-barang dan beg kami terlebih dahulu sampai, manakala kami semua menaiki motor menikmati pemandangan sekitar Pulau Tuba.

Penginapan Mendamaikan di  Tuba Island Cottage, Pulau Tuba, Langkawi

Tuba Island Cottage menawarkan penginapan yang mendamaikan, selesa dan tenang sahaja. Seperti yang anda sedia maklum, Pulau Tuba merupakan sebuah pulau yang didiami hanya 5,000 orang sahaja, jadi sememangnya tidak sibuk seperti di bandar-bandar besar.

Penginapan Mendamaikan di  Tuba Island Cottage, Pulau Tuba, Langkawi

PENGINAPAN DI TUBA ISLAND COTTAGE

Penginapan Mendamaikan di  Tuba Island Cottage, Pulau Tuba, Langkawi

Terdapat beberapa jenis penginapan yang ditawarkan di Tuba Island Cottage ini. Jumlah kesemua bilik penginapan adalah 10 buah bilik, iaitu 6 penginapan jenis Superior Room manakala bakinya adalah Standard Room. Terdapat satu lagi bilik yang dijadikan bilik 'standby' sekiranya bilik-bilik lain mempunyai masalah. 

Penginapan Mendamaikan di  Tuba Island Cottage, Pulau Tuba, Langkawi

Penginapan Mendamaikan di  Tuba Island Cottage, Pulau Tuba, Langkawi

Superior Room membawakan penginapan yang serba selesa, bilik yang luas, lengkap dengan katil queen, sebuah bilik air, pendingin hawa, kipas syiling, perkakas membuat air, TV dan sebagainya. Bilik jenis Standard pula ruangan lebih kecil, tetapi masih lagi selesa untuk penginapan dan berehat.

Penginapan Mendamaikan di  Tuba Island Cottage, Pulau Tuba, Langkawi

KAWASAN SEKITAR TUBA ISLAND COTTAGE


Tuba Island Cottage ini terletak berdekatan dengan laut. Dari kawasan dalam penginapan ini sudah boleh kelihatan air laut. Alhamdulillah, aku sempat berjalan-jalan sekitar tepi laut, memandangkan air masih surut. Memang cantik kawasannya, bolehlah menenangkan fikiran yang buntu.

Penginapan Mendamaikan di  Tuba Island Cottage, Pulau Tuba, Langkawi

Oh ya, untuk makan jangan risau, terdapat kedai makan berdekatan yang mana anda boleh memilih pelbagai jenis makanan yang enak dan paling best masih boleh membuat pesanan sehingga lewat malam.

Penginapan Mendamaikan di  Tuba Island Cottage, Pulau Tuba, Langkawi

Untuk anda yang berhajat mahu bercuti di Pulau Tuba, dan melakukan aktiviti di sekitarnya bolehlah memilih Tuba Island Cottage sebagai lokasi penginapan. Anda boleh hubungi Puan Watie di nombor yang tertera di butiran di bawah. 

TUBA ISLAND COTTAGE



LOKASI : Kampung Teluk Berembang,Jalan Teluk Puyuh, Pulau Tuba, Langkawi, Kedah

Hubungi : 019-831 7810

Emel : tubaislandcottage@yahoo.com

FACEBOOK : https://www.facebook.com/profile.php?id=61555828177898


QTT Fam Trip ke Langkawi/Tuba telah dianjurkan pada 2 Mac 2024  sehingga 6 Mac 2024 oleh QTT Group Plt dengan kolaborasi bersama LADA, Jupeter Holidays dan dibantu oleh KembaRojak.

QTT Group Plt dan Kola global Travel Sdn Bhd menawarkan pakej 'Nature-Based Travelers 2MY' dimana mereka akan mengatur dan menyusun itinerari yang menarik, unik serta menampilkan tempat-tempat menarik di Malaysia.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi mereka di +60174079734 atau +60193036008, atau email di qttgroup.management@gmail.com dan guna kod rujukan ini : QTTNBT-02  

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post