3 Hari 2 Malam di Pulau Tuba, Langkawi bersama BesTuba !

Assalamualaikum dan salam sejahtera

3 Hari 2 Malam di Pulau Tuba, Langkawi bersama BesTuba !

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, semoga kita semua dikurniakan rezeki dan kesihatan yang melimpah ruah. Baiklah, seperti biasa, aku masih belum 'move on' lagi daripada FAM TRIP LANGKAWI yang aku sertai baru-baru ini. 

Berlangsung selama 5 hari dan 4 malam, kali ini aku nak kongsikan pengalaman dan cerita aku di Pulau Tuba, Langkawi. Selama 3 hari dan 2 malam, kami berkampung di Pulau Tuba melakukan pelbagai aktiviti menarik yang dibawakan oleh BesTuba. Apa itu BesTuba? Jangan risau, aku akan ceritakan semuanya ya! Selamat membaca!

{tocify} $title={KANDUNGAN}

3 HARI 2 MALAM DI PULAU TUBA, LANGKAWI BERSAMA BESTUBA!


3 Hari 2 Malam di Pulau Tuba, Langkawi bersama BesTuba !

Pada hari ketiga kami di Pulau Langkawi, selepas melawat Taman Lagenda Langkawi, kami terus ke Jeti Pelancongan Kuah atau dikenali juga sebagai Jeti Pekan Rabu. Dari sini kami terus menaiki bot menuju ke Pulau Tuba. 

BESTUBA  : KOPTUBAS

BesTuba merupakan nama komersil bagi Koperasi Kepulauan Tuba dan Selat (KOPTUBAS). Koperasi ini keahliannya adalah penduduk dan beralamat di Pulau Tuba itu sendiri.  BesTuba menawarkan pelbagai pakej menarik untuk pelancong yang ingin melakukan aktiviti di Pulau Tuba. 

https://www.aerill.com/2024/03/pengalaman-di-langkawi-skycab-dan-skybridge.html

Sehingga kini, Pulau Tuba dihuni seratus-peratus kaum melayu seramai 5000 orang penduduk, terdiri daripada 400 hingga 500 keluarga. Pekerjaan utama di Pulau Tuba ini adalah sebagai nelayan, tetapi ramai kaum belia yang bekerja di pulau terbesar dengan berulang alik menaiki bot. 


HARI PERTAMA DI PULAU TUBA

JPK - JETI PULAU TUBA

Perjalanan dari Jeti Pelancongan Kuah ke Jeti Pulau Tuba adalah sekitar 10 minit sehingga 15 minit sahaja. Untuk maklumat, tambang bagi bot penambang ini hanyalah RM5 sehala. 

Sampai sahaja di Jeti Pulau Tuba, kami terus meletakkan barang-barang seperti beg dan sebagainya ke dalam buggy, dan seterusnya menaiki motor menuju ke tempat makan tengahhari. Perut pun dah lapar. Seronok pulak bawa motor di kawasan sebegini, sebenarnya aku sendiri pun dah lama tak bawa motor, kali terakhir mungkin dua tahun lepas. 

MAKAN TENGAHHARI DI KAK TIMAH CHE NOOR 

3 Hari 2 Malam di Pulau Tuba, Langkawi bersama BesTuba !

Makan tengahhari pada hari tersebut dibawakan oleh Restoran Kak Timah Che Noor. Menu yang dimakan sudah pastinya menu kampung melayu yang dimasak dengan rasa kasih sayang. Aku sememangnya sangat suka manu dan lauk pauk sebegini. Kalau dibiarkan boleh tambah banyak kali nasi ya!

CHECK- IN TUBA ISLAND COTTAGE

3 Hari 2 Malam di Pulau Tuba, Langkawi bersama BesTuba !

Setelah perut diisi dengan menu yang lazat, perjalanan diteruskan menuju ke lokasi penginapan untuk hari pertama di Pulau Tuba. Untuk hari pertama di Pulau Tuba ini kami menginap di sebuah lokasi yang sangat tenang dan damai iaitu di Tuba Island Cottage. 

3 Hari 2 Malam di Pulau Tuba, Langkawi bersama BesTuba !

Sempatlah merehatkan dan membersihkan diri untuk aktiviti yang seterusnya. Untuk hari tersebut memang penuh dengan aktiviti ya. 

HIKING & CAVING DI GUA WANG BULOH

3 Hari 2 Malam di Pulau Tuba, Langkawi bersama BesTuba !

Pada sebelah petangnya, kami meneruskan perjalanan menaiki motor untuk aktiviti seterusnya iaitu pendakian menuju ke Gua Wang Buloh. Pada mulanya aku sendiri beranggapan bahawa pasti mudah sahaja laluan pendakian kerana di FAM TRIP sebelum ini aku pernah mendaki Gunung Baling, jadi pendakian kali ini pasti mudah.

3 Hari 2 Malam di Pulau Tuba, Langkawi bersama BesTuba !

Rupa-rupanya, tidaklah mudah. Walaupun ketinggiannya rendah sahaja iaitu sekitar 110 meter sahaja, tetapi tanpa sebarang latihan pastinya aku sangat letih. Haha, itulah banyak makan sangat. Alhamdulillah, sekitar 45 minit pendakian, aku dan rakan-rakan pun tiba di Gua Wang Buloh.

3 Hari 2 Malam di Pulau Tuba, Langkawi bersama BesTuba !

Memang cantik Gua Wang Buloh ini, ditambah lagi anda boleh lihat berpuluh-puluh ekor kelawar di sini. Selepas beberapa gambar dan video diambil, tiba masa untuk turun semula. Dalam perjalanan, aku terbayang-bayangkan teh o ais yang sejuk dan manis.

3 Hari 2 Malam di Pulau Tuba, Langkawi bersama BesTuba !

Alhamdulillah, dalam perjalanan pulang ke Tuba Island Cottage, kami sempat singgah di sebuah gerai yang menyediakan teh o ais paling sedap di seluruh dunia! Selepas itu, kami berehat di sekitar kawasan Tuba Island Cottage, sambil menikmati pemandangan laut yang mana airnya yang surut semakin pasang. 

MAKAN MALAM DI WARUNG POKOK ASAM 

3 Hari 2 Malam di Pulau Tuba, Langkawi bersama BesTuba !

Setelah membersihkan diri dan merehatkan diri, aktiviti di sebelah malamnya bermula dengan makan malam di Warung Pokok Asam. Warung yang diusahakan secara kecil-kecilan sehinggalah berkembang menjadi lokasi popular untuk pengunjung menikmati Mee Udang dan beberapa menu lain yang menyelerakan.

3 Hari 2 Malam di Pulau Tuba, Langkawi bersama BesTuba !

RUMAH AZIM (ANYAMAN MENGKUANG & MUZIK TRADISI)

3 Hari 2 Malam di Pulau Tuba, Langkawi bersama BesTuba !

Selepas makan malam yang sungguh sedap dan mengenyangkan, kami meneruskan perjalanan menaiki motor menuju ke Rumah Azim. Di rumah ini kami dapat melihat bagaimana anyaman mengkuang dihasilkan, menghasilkan beberapa barangan yang berkualiti dan harga yang boleh mencecah ratusan ringgit. 

3 Hari 2 Malam di Pulau Tuba, Langkawi bersama BesTuba !

Selain itu, kami turut dipersembahkan persembahan nyanyian oleh Kumpulan Seni Budaya Harapan. Nyanyian dan persembahan yang cukup menghiburkan. Sekitar jam 11 malam, kami pun pulang ke Tuba Island Cottage untuk berehat dan tidur.

HARI KEDUA DI PULAU TUBA

CHECK-OUT TUBA ISLAND COTTAGE

Seawal jam 8 pagi, kami terus bersiap dan menyediakan beg untuk dibawa ke lokasi penginapan berikutnya. Selama 3 hari 2 malam di Pulau Tuba, kami menginap di dua penginapan yang berbeza.

SARAPAN DI KAK TIMAH CHE NOOR

3 Hari 2 Malam di Pulau Tuba, Langkawi bersama BesTuba !

Aktiviti yang paling aku suka adalah makan! Pagi tersebut kami bersarapan di restoran yang sama iaitu Restoran Kak Timah Che Noor. Untuk menu bersarapan pada pagi tersebut memang sedap-sedap belaka. Menu makanan laut menjadi pilihan aku. Selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke Jeti Pulau Tuba untuk aktiviti berikutnya.

BESTUBA BUGGY TOUR

3 Hari 2 Malam di Pulau Tuba, Langkawi bersama BesTuba !

Sampai sahaja di Jeti Pulau Tuba, kami menaiki buggy yang disediakan untuk aktiviti BesTuba Buggy Tour. Berikut merupakan antara lokasi yang disinggah dalam BesTUba Buggy Tour, Tanjung Peluru, OOTD Spot, Buffalo Park, GeoPark Bridge dan LekoShow.

✅ Tanjung Peluru

3 Hari 2 Malam di Pulau Tuba, Langkawi bersama BesTuba !

Terletak berdekatan dengan Jeti Kampung Tepi Laut, di sini kami dibawa melihat 'mini oysters' dan bagaimana cara untuk mengambilnya. Hidupan ini juga merupakan antara yang menjadi makanan di dalam hidangan penduduk di sini.

Pemandangan di Tanjung Peluru ini juga memang sangat cantik. Cuma cuaca sahaja yang agak panas, membantutkan emosi aku. 

✅ OOTD SPOT & BUFFALO PARK

3 Hari 2 Malam di Pulau Tuba, Langkawi bersama BesTuba !

Perjalanan BesTuba Bugger Tour diteruskan lagi menuju ke tempat OOTD popular dan juga kawasan Buffalo Park. Sempat juga kami bergambar di tengah panas, dan kemudiannya bergambar bersama dengan sekawanan kerbau. Pasti mereka pelik melihat manusia-manusia ini yang teruja melihat kerbau. 

✅ LEKOSHOW

3 Hari 2 Malam di Pulau Tuba, Langkawi bersama BesTuba !

Perjalanan diteruskan lagi menuju ke LekoShow. Apa itu LekoShow? Baiklah, LekorShow merupakan lokasi penghasilkan keropok lekor asli di Pulau Tuba ini yang berbeza daripada keropok lekor lain yang terdapat di Malaysia.

Anda dapat melihat proses pembuatan keropok lekor dari mula sehinggalah siap. Selain itu, anda juga dapat mencuba sendiri keropok lekor ini. Bagi aku, keropok lekor disini lebih sedap kerana rasa isinya yang lebih padat.

✅ GEOPARK BRIDGE

3 Hari 2 Malam di Pulau Tuba, Langkawi bersama BesTuba !

GeoPark Bridge merupakan sebuah jambatan yang menghubungkan Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting. Jangan keliru ya, Tasik Dayang Bunting yang popular itu terletak di sebelah satu lagi manakala di bahagian bersebelahan dengan Pulau Tuba mempunyai penduduk dan dikenali sebagai Kampung Selat. 

Sebelum terbinanya jambatan ini pada tahun 2007, penduduk berulang alik dengan menaiki bot sahaja. Sekarang dengan terbinanya jambatan ini memudahkan urusan seharian. 

3 Hari 2 Malam di Pulau Tuba, Langkawi bersama BesTuba !

MAKAN TENGAHHARI DI KAK NAH MEE UDANG 

Aktiviti berikutnya seperti yang aku maklumkan sebelum ini merupakan aktiviti yang paling aku suka iaitu aktiviti makan. Terletak berdekatan dengan GeoPark Bridge, kami dibawa untuk makan makanan laut di Kak Nah Mee Udang.

3 Hari 2 Malam di Pulau Tuba, Langkawi bersama BesTuba !

Di sini aku mencuba Mee Kuah Udang Sotong. Memang sedap sangat, dan anda boleh lihat saiz hidangan serta saiz sotong dan udangnya yang memang besar. Harganya pun cuma RM18 sahaja. Memang sangat berpatutan. 

3 Hari 2 Malam di Pulau Tuba, Langkawi bersama BesTuba !

BESTUBA BOAT TOUR

3 Hari 2 Malam di Pulau Tuba, Langkawi bersama BesTuba !

Setelah kekenyangan, aktiviti diteruskan lagi di sebelah petang. Aktivit berikutnya adalah BesTuba Boat Tour. Antara lokasi yang tersenarai dalam 'tour' ini adalah, island hoping, mangrove tour, Batu Reban dan sebagainya.

✅ Island Hopping 

3 Hari 2 Malam di Pulau Tuba, Langkawi bersama BesTuba !

Kami dibawa melihat beberapa pulau kecil yang dikenali sebagai Pulau Lima dan Pulau Dua. Kedudukannya terletak di selatan Pulau Dayang Bunting. Sempat juga bergambar kenang-kenangan di sini.

✅ Batu Reban


Kawasan ini dipercayai pernah menjadi lokasi pengambaran untuk filem Hollywood. Sebuah kawasan yang cantik, juga anda boleh menjerit atau melaungkan sesuatu, suara anda akan dipantulkan semula. 


✅ Mangrove Tour

Lawatan diteruskan lagi menuju ke kawasan paya bakau yang dijaga dengan baik. Paya bakau sememangnya dikenali sebagai benteng laut semulajadi yang sangat kukuh. Dapat juga belajar bagaimana pokok paya bakau ditanam secara semulajadinya. 

3 Hari 2 Malam di Pulau Tuba, Langkawi bersama BesTuba !

Alhamdulillah, aktiviti BesTuba Boat Tour berakhir dan seterusnya kami dibawa ke Jeti Pulau Tuba, dan menaiki motor untuk ke lokasi penginapan seterusnya.

RESORT NOBA, PULAU DAYANG BUNTING

Perjalanan menaiki motor menuju ke Resort Noba, Pulau Dayang Bunting memang sungguh mendamaikan. Walaupun agak jauh, tetapi perjalanan sangat tenang. Seperti yang diberitahu, Resort Noba ini terletak di bahagian Pulau Dayang Bunting yang mempunyai penduduk. 

3 Hari 2 Malam di Pulau Tuba, Langkawi bersama BesTuba !

Terletak berhadapan dengan laut, Resort Noba sememangnya lokasi penginapan yang menarik, fasiliti yang tersedia pun cukup memuaskan. Biliknya juga selesa dan mempunyai pelbagai jenis mengikut kesesuaian tetamu. 


MAKAN MALAM DI ROGAYAH CAFE

Setelah berehat dan membersihkan diri di Resort Noba, di sebelah malamnya kami menuju ke kawasan sekitar Jeti Pulau Tuba untuk aktiviti seterusnya. Sebelum melakukan aktiviti tersebut, kami makan malam di Rogayah Cafe.

3 Hari 2 Malam di Pulau Tuba, Langkawi bersama BesTuba !

Menu yang disediakan pada malam tersebut memang cukup menyelerakan. Apa yang pasti di Pulau Tuba ini makanan laut adalah merupakan makanan yang utama. Memang banyak sotong, udang dan sebagainya yang aku makan sepanjang berada di sini. Alhamdulillah. 

MENCANDAT SOTONG

3 Hari 2 Malam di Pulau Tuba, Langkawi bersama BesTuba !

Aktiviti paling dinantikan sepanjang trip kali ini adalah mencandat sotong. Sebenarnya seumur hidup aku, ini merupakan kali pertama melakukan aktiviti ini. Kerap juga mendengar cerita-cerita rakan, membayangkan entah bilalah aku dapat mencandat sotong.

3 Hari 2 Malam di Pulau Tuba, Langkawi bersama BesTuba !

Alhamdulillah, dalam trip ini berjaya juga aku melakukan aktiviti ini. Perjalanan dimulakan dengan menaiki bot menuju ke kawasan mencandat sotong. Memang banyak bot-bot dengan lampu hijau yang dapat dilihat, yang mana masing-masingnya sedang mencandat sotong.

Dapat belajar bagaimana cara mencandat sotong. Selain itu, kami juga dapat melihat bagaimana cara menjala sotong. Memang cukup teruja. Kami selesai mencandat sotong sekitar jam 12 tengah malam dan seterusnya pulang ke jeti setelah selesai semuanya.

HARI KETIGA DI PULAU TUBA

3 Hari 2 Malam di Pulau Tuba, Langkawi bersama BesTuba !

Untuk hari ketiga, aktiviti di Pulau Tuba telah pun berakhir. Pada pagi tersebut, aku sempat mengambil beberapa gambar sekitar Resort Noba sebagai kenang-kenangan dan pada jam 8.00 pagi kami menaiki bot menuju ke Jeti Pelancongan Kuah.


PAKEJ-PAKEJ MENARIK DITAWARKAN BESTUBA 

BesTuba menawarkan beberapa pakej-pakej menarik untuk pelancong yang ingin melakukan aktiviti di Pulau Tuba ini. Selain itu, mereka juga menyediakan pengangkutan di sini seperti bot, buggy, atv dan juga van. Untuk penginapan pula, BesTuba mempunyai 4 unit chalet terapung yang tersedia untuk penginapan.

OPERASI BOT JETI PULAU TUBA

3 Hari 2 Malam di Pulau Tuba, Langkawi bersama BesTuba !

Operasi bot di Jeti Pulau Tuba adalah bermula pada jam 8.30 pagi sehingga jam 7 malam. Jangan risau, sekiranya ada kecemasan, terdapat bot yang dalam 'mood standby' untuk membawa anda keluar dari pulau ini.

PERKHIDMATAN SEWA MOTOR 

Perkhidmatan sewa motor dan skuter tidak diuruskan oleh BesTuba tetapi oleh penduduk di sini sendiri. Berikut adalah harga bagi sewaan sehari bagi motor dan skuter :-

✅ Motor :  RM20 (Termasuk minyak)
✅ Skuter :  RM25 (Termasuk minyak)

Untuk info lanjut berkenaan pakej dan tawaran BesTuba anda boleh ke kaunter mereka di Jeti Pelancongan Kuah atau terus ke laman sosial media mereka seperti di bawah.


BESTUBA (KOPERASI KEPULAUAN TUBA DAN SELAT)

FACEBOOK : https://www.facebook.com/p/Chalet-Terapung-BesTuba-100063643087675/

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/the_bestuba/

TIKTOK : https://www.tiktok.com/@thebestuba


QTT Fam Trip ke Langkawi/Tuba telah dianjurkan pada 2 Mac 2024  sehingga 6 Mac 2024 oleh QTT Group Plt dengan kolaborasi bersama LADA, Jupeter Holidays dan dibantu oleh KembaRojak.

QTT Group Plt dan Kola global Travel Sdn Bhd menawarkan pakej 'Nature-Based Travelers 2MY' dimana mereka akan mengatur dan menyusun itinerari yang menarik, unik serta menampilkan tempat-tempat menarik di Malaysia.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi mereka di +60174079734 atau +60193036008, atau email di qttgroup.management@gmail.com dan guna kod rujukan ini : QTTNBT-02  

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post